Thursday 5 January 2012

SIAPA DALANG TINDAKAN DERHAKA LAJIM?



Oleh : KUSIN MASDIN

TINDAKAN Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Haj Okin melakukan bidalan ‘Pukul Anak Sindir Menantu’ telah menyebabkan senario politik Sabah bergejolak sebelum Perdana Menteri membubarkan parlimen.

Sebagai ‘Raja Katak’ sejak 1994, Lajim diketahui sebagai seorang pemimpin yang tamak dan dalam masa yang sama ‘penakut’ untuk bertindak sendirian sekalipun diangkat sebagai ‘Janang Gayuh’ oleh Masyarakat Bisaya di Beaufort.

Sejak akhir-akhir ini, Lajim sudah berani menentang arus dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak sealiran dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah termasuk muncul dan berucap di Majlis Pembangkang; dalam masa yang sama menyumpah seranah Kerajaan BN kerana gagal membangunkan Beaufort, termasuk prasana asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya.

Hakikatnya, Lajim percaya bahawa pucuk pimpinan BN Sabah sekarang akan diganti Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO, Datuk Mohd Shafie Apdal dijangka akan dinobatkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk memimpin pilihanraya umum akan datang.

Lambakan projek NKRA di Beaufort terutama Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik (BELB) dan rangkaian Jalanraya seolah-olah menjadi umpan kepada Lajim untuk melakukan perang psikologi (Saiwar) kepada pucuk pimpinan UMNO Sabah.

Bersandarkan keyakinan kepada ketokohan Shafie, Lajim tidak gentar diambil tindakan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah dan mula menunjukkan belang sebenar termasuk enggan menafikan penglibatannya dalam penubuhan Sabah People Front (SPF), malah semakin ligat menemui pemimpin pembangkang di Sabah dan di Kuala Lumpur.

Persoalannya, benarkan Lajim kini menjadi ‘Kuda Tunggangan Shafie’ atau tokoh lain yang mengidamkan ‘kerusi’ Ketua Menteri Sabah? Siapakah di sebalik Lajim dan siapakah empat orang tokoh UMNO yang menubuhkan SPF?

13 comments:

  1. Harap Lajim akan menjelaskan pendirian beliau dalam BN dan juga keputusan beliau untuk keluar ataupun kekal bersama BN?

    ReplyDelete
  2. Adakah Lajim akan keluar dari BN, kita masih belum boleh pasti lagi. Tunggulah kenyataan daripadanya.

    ReplyDelete
  3. Takkan 24 jam mahu memuji saja? Tiada kerajaan yang sempurna. Mungkin juga ucapannya dimanipulasi sebagai modal bahan politik pihak tertentu.

    ReplyDelete
  4. belum tentu lagi Lajim nak keluar, sudah byk kenyataan keluar.

    ReplyDelete
  5. kita tunggu ja apa pendirian Lajim, tapi rasanya dia pasti akan kekal bersama BN.

    ReplyDelete
  6. Tidak perlulah risau dengan BN. Datuk Musa Aman rasanya masih boleh memimpin Sabah.

    ReplyDelete
  7. Lajim keluar UMNO, itu hanyalah khabar angin semata-mata.

    ReplyDelete
  8. tidak perlulah membuat sebarang spekulasi. lebih baik fokus terhadap isu lain yang lebih penting.

    ReplyDelete
  9. tidak bolehkah beliau berucap dirumah terbuka? tidak bolehkah beliau mengkritik kerajaan? pemimpin yang jujur lebih baik dari pemimpin yang hipokrit dan suka ambil kesempatan disebalik apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  10. sekirannya Lajim ni keterlaluan sudah tentu CM sudah keluar kenyataan untuk menegur tindakan Lajim.

    ReplyDelete
  11. Dalang??? jangan cepat/gemar dengan ramalan2. biar kenyataan muncul dengan sendiri.

    ReplyDelete
  12. sebelum ini Bumburing jadi mangsa bilamana beliau membuat kenyataan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang.. macam2 spekulasi timbul malah ada yang menokok tambah kenyataan beliau bagi memberikan gambaran bahawa beliau akan keluar parti.. tapi akhirnya dinafaikan oleh beliau sendiri.. sekarang, Lajim pula dijadikan mangsa..

    ReplyDelete
  13. perkara seperti ini hanya untuk pecah belahkan parti. Lajim perlu singkirkan pandangan2 yang mengatakan bahawa beliau akan keluar parti jika benar itu tidak akan berlaku.

    ReplyDelete