Tuesday 17 January 2012

SIAPA JUAL AGAMA KEPADA TYT?

Oleh : CITRA MASADI

TINDAKAN kumpulan fanatik di dalam UMNO menjual nama TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Masjid Baru Sukau telah menyebabkan dunia memandang serong terhadap syiah Islam di Malaysia; terutama 'keperibadian buruk' TYT yang menjadi nama geografi kepada institusi paling tinggi dalam agama, iaitu Masjid.

Dalam Artikel Sabahkini.net berjudul 'PKR Lapor Polis Salahlaku Jenayah TYT Sabah' saya telah mendedahkan kes jenayah TYT dan terbaru seorang Ahli Forum Disquss Sabahkini yang menggunakan nama Ahli UMNO telah mendedahkan Juhar pernah bernikah dengan Wanita Inggeris dan mempunyai dua orang anak, katanya;

"Ini si Juhar dulu ada bini orang Inggeris. Saya dpt tau dia ada anak dengan bini lama dia org Inggeris itu. Sekarang apa cerita dengan bini dan anak2 dia itu??."

Saya tidak ingin menyalahkan beliau di atas kesilapan masa lampau beliau, namun persoalannya apa sudah jadi dengan janda beliau dan dua anak perempuan Juhar yang ditinggalkan di London? Masihkah menganut agama Islam atau kembali kepada agama ibu mereka atau murtad?

Sebagai pemimpin agung 'Bumiputera' Islam di Sabah, Juhar sepatutnya 'Sedar Diri' dan menolak dengan baik namanya mahu diabadikan sebagai nama geografi untuk Masjid (maaf bukan balairaya atau kandang kambing); bukannya 'Syok Sendiri' membelanjakan ratusan ribu untuk majlis pecah tanah pada hari ini ketika rakyat Sukau seakan 'murtad' dan menyekutukan Allah kerana bingung mempertahankan tanah adat mereka dirampas oleh konglomerat dan pemimpin politik.

Mungkin benar kata ulama ternama bahawa di akhir zaman nanti, agama Islam dipersenda dan pemimpin dilantik di kalangan mereka yang meletakkan sepatu di kepala!

Bagaimanapun, belum terlambat untuk Juhar kembali ke pangkal jalan, membimbing Umat Islam di Sabah memakmurkan masjid dan meninggalkan amalan khurafat yang mendewakan warna kuning kerana Tuhan Azzawajalla lebih besar kuasanya daripada TYT.

Juhar sepatutnya mendedahkan apa terjadi kepada dua orang anak perempuannya, sebelum media membongkar kisah silamnya dengan lebih tragis! Semoga kerisauan kita tidak benar dan Juhar kembali kepada ajaran Islam yang syumul; sebagai penaung agama dan bukannya sebagai 'Raja Pakau' yang tidak berkuasa melakukan apa-apa melainkan untuk dikocok-kocok!

13 comments:

  1. Baik tanyalah penduduk di kawasan itu tentang pendapat mereka, jika mereka semua bersetuju untuk menggunakan nama TYT sebagai nama masjid tersebut, itu pilihan mereka. Jika tidak setuju, biarlah mereka memilih nama yang dirasai sesuai.

    ReplyDelete
  2. Why is the TYT past personnel life being bought into the spotlight? Should he serve his tenure diligently, then this matter should not be mentioned. Personel matters and obligation to serve to state and people are two seperate matters.
    Well at least that's my personnel thought on the matter

    ReplyDelete
  3. Citra ni, pasal benda remeh mcm ni pun nak bising, pasal nama masjid tu tak perlu nak dijadikan isu.

    ReplyDelete
  4. Citra, buat kajian tu biar teliti dan detail bukan berdasarkan komen orang lain. Setakat mahu kasi femes muka saja baik tidak payah.

    ReplyDelete
  5. bukan isu pun ni. sembarang saja. Kalau sudah buat report buat apa mahu tambirang di sni. tunggu saja hasil siasatan. Ceh!!!

    ReplyDelete
  6. hmm...gara-gara nama masjid pun boleh sampai jadi macam ni?

    ReplyDelete
  7. isu nama ni sepatutnya tidak timbul dan diperbesarkan. agaknya ada pihak yang sengaja untuk mengheret TYT dalam isu politik.

    ReplyDelete
  8. rasanya perlu bagi pengajaran pada mereka yang suka mempersendakan TYT. sebelum ini pun ada juga yang buat fitnah terhadap TYT.

    ReplyDelete
  9. Janganlah asyik menghentam TYT. untuk pengetahuan Citra TYT tidak ada hubung kait dengan politik dengan kata lain TYT bersih dari politik.

    ReplyDelete
  10. Kenyataan sebegini hanya untuk orang yang tidak ada pendidikan. TYT bukannya orang politik tapi hanya sebagai seorang ketua di Sabah. Hanya berperanan menasihat dan sebagainya dan bukannya untuk politik.

    ReplyDelete
  11. Why don't Citra expresses his objection in a formal manner instead of criticizing in media?

    ReplyDelete
  12. jika Citra benar2 perihatin kepada isu agama dan masjid, kenapa beliau senyap bila kerajaan PAS kedah merobohkan madrasah semata2 mahu memberikan laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah??

    ReplyDelete
  13. adakah fungsi masjid itu akan terjejas teruk jika nama TYT digunakan?? adakah nama masjid lebih penting dari fungsinya??

    ReplyDelete