Friday 6 January 2012

SIAPA YANG LAYAK GANTI ANWAR?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan dengan jelas bahawa akan ada penganti jika beliau terpaksa masuk ke penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Dari satu segi, kita boleh menarik nafas lega kerana beliau sudah membuat perhitungan awal.

Bagaimanapun, dari segi yang lain tidaklah sebegitu memberangsangkan. Siapa yang paling layak mengganti beliau selaku Ketua Pembangkang? Pastinya Ketua Pembangkang yang baru harus datang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga.

Kalau diubah dari parti lain, nanti juak-juak UMNO kata habis madu sepah dibuang, rampasan kuasa dan PKR tidak dihormati serta macam-macam lagi. Jadi, strategi ada pengganti sudah tepat, cuma persoalan terpenting sekarang ialah siapa pengganti yang tepat pula?

Kak Wan (Wan Azizah) memanglah Presiden PKR, tetapi mampukah beliau mengemudi Pakatan Rakyat dengan memastikan ‘Warlord’ dan ‘Godfathers’ politik pembangkang negara seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, Nik Aziz dan orang-orang PKR terus berkerjasama.

Kita tahu Kak Wan senang dijadikan sasaran dan beliau bukan ahli politik sebenar. Beliau terjun ke dunia politik pun disebabkan kasih sayang beliau kepada Anwar. Walaupun khabarnya Anwar telah menyebut beliau sebagai pengganti, mampukah kita bersetuju bahawa itu adalah pilihan yang paling tepat?

Mampukah beliau berhadapan dengan nama-nama besar pembangkang lain untuk mencari penyelesaian sesuatu isu andai kata berlaku pertikaman lidah antara rakan-rakan PR.

Dengan UMNO ligat akal mereka untuk memusnahkan kesepakatan PR, sampai mana Kak Wan mampu menjadi ‘binding’ faktor untuk pakatan pihak pembangkang terus kekal.

Maka, dengan akal yang waras dan pemikiran strategik jangka panjang, kita harus memilih seseorang daripada PKR, tetapi orang itu haruslah bersifat mampu menjadi faktor penghubung antara semua.

PKR harus kekal sebagai jambatan antara PAS dan DAP dan pada masa yang sama, menjadi kuasa terpenting dalam Pakatan Rakyat (PR). Kak Wan bukan pilihan terbaik. Maaf untuk berkata demikian, tetapi adakalanya hakikat itu perlu dipersebutkan walaupun ia pahit.

Secara zahirnya, ada dua nama yang timbul di pemikiran penulis. Salah seorang adalah Nurul Izzah dan satu lagi Azmin Ali. Nurul kerana beliau adalah anak Anwar. Sangat simbolik bukan, bapa ke penjara, anak sambung perjuangan.

Bukan sekadar bagus dari segi meraih simpati, namun mungkin itu juga yang terbaik untuk menjaga hati Kak Wan. Sudah la suami ke penjara, takkan anaknya pun nak dikesampingkan begitu sahaja?

Azmin pula adalah Timbalan Presiden PKR. Beliau adalah orang kanan paling disayangi dan dipercayai Anwar. Dengan kedudukan Azmin dalam parti dan kepercayaan Anwar kepada beliau, Azmin mungkin pilihan yang terbaik.

Faktor umur (walaupun tidak terlalu tua), Azmin nampak lebih gagah sikit berbanding Nurul untuk mengemudi PR.

Namun, macam dikata penulis, hati Kak Wan kena jaga, pasal kita mungkin tidak dapat menerima Kak Wan selaku Ketua Pembangkang, namun menolak anaknya yang juga seorang Giant Killer (menewaskan Shahrizat lembu) adalah tindakan tidak sensitif.

Apa pun, mungkin lebih baik jika Anwar sendiri menilai kembali pilihan beliau dan siapa yang dirasakan lebih layak. Kita hanya mampu memberikan pandangan kepada keluarga politik itu.

11 comments:

  1. Biar Pakatan Rakyat yang menentukan siapa yang tersesuai untuk menggantikan DSAI.

    ReplyDelete
  2. Mungkin juga DSAI akan teruskan memimpin PKR sendiri, siapa tahu apa yang akan terjadi?

    ReplyDelete
  3. Terlalu banyak kemungkinan. Silap2 si Nurul Izzah.

    ReplyDelete
  4. Bakal ganti Anwar nanti kalau boleh biarlah latar belakangnya bersih, seseorang yang berintegriti tinggi dan berjiwa rakyat. Ada calon yang sesuai?

    ReplyDelete
  5. Pastikan orang yang mengantikannya adalah orang yang berkebolehan dan boleh untuk memimpin rakyat.

    ReplyDelete
  6. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

    ReplyDelete
  7. nampaknya Anwar akan terus berada dalam pentas politik negara.

    ReplyDelete
  8. dalam fikiran Anwar, cuma ada tiga orang saja yang layak.. Azizah, Azmin atau Nurul Izzah..

    ReplyDelete
  9. jika Anwar mahu PKR dan Pakatan diterima oleh rakyat, buatlah transformasi besar2an.. kalau mahu buat perlantikkan, biarlah calon yang diketengahkan itu bukan yang telah dijangka oleh para penganalisa politik..

    ReplyDelete
  10. siapa? tu terserah pada presiden PKR dan ahli2nya.

    ReplyDelete
  11. Nurul Izzah? Bini dia atau pelajar2 yang kena rekrut.

    ReplyDelete