Tuesday 17 January 2012

SPRM SAMBUT BAIK CADANGAN ISYTIHAR HARTA

Oleh : SYED MU’AZ SYED PUTRA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria agar kesemua hakim mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti badan kehakiman.

“Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakimhakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasakan integriti institusi kehakiman di negara ini.

“SPRM dari semasa ke semasa sentiasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan system dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi ini,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Ariffin seperti yang dilaporkan beberapa media berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam mengisytiharkan harta hakim.

“Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka,” katanya.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

“Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini,” katanya.

Menurut SPRM, satu unit khas telah dibentuk untuk mengenalpasti mekanisme yang bersesuaian bagi perlaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta hakim selaras dengan Arahan yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran 1993.

“Hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan juga adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Suruhanjaya ini sebagai sebuah agensi yang mempromosi amalan integriti dan ketelusan sentiasa menyokong apa sahaja usaha daripada mana-mana agensi yang ingin bekerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya.

Sementara itu Presiden ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau Bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

“TI-M percaya gambaran sebenar, liabiliti, pinjaman dan hutang juga akan dapat didedahkan. Pendedahan ini akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur asing terhadap integriti, tanggungjawab dan pentadbiran yang baik,” katanya.

10 comments:

  1. Kita serahkan cadangan ini kepada SPRM untuk membuat perancangan.

    ReplyDelete
  2. The first of many steps towards transparency governance

    ReplyDelete
  3. semua pemimpin harus isytiharkan harta mereka, rakyat berhak tau nilai harta mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sana, boleh tahu juga sama ada terdapat penyelewengan

      Delete
  4. Transparent is one of the method to get people trust.

    ReplyDelete
  5. harap semua pemimpin dapat beri kerjasama.

    ReplyDelete
  6. Ini mungkin cuma satu candangan dan belum lagi ada kata putus.

    ReplyDelete
  7. Transparency is highly demanded in declaring their assets.

    ReplyDelete
  8. jika SPRM menyokong cadangan ketua hakim negara, pegawai2 SPRM bila lagi mahu istihar harta?? begitu juga dengan anggota beruniform yang lain.. ini penting bagi membuktikan kepada orang awam bahawa anggota beruniform kita tidak terlibat dengan gejala rasuah sepanjang menjalankan tugas..

    ReplyDelete