Sunday 8 January 2012

STAR TIADA PELUANG DI SABAH



PARTI komponen Barisan Nasional (BN) berasaskan masyarakat Kadazandusun percaya Parti Reformasi Negeri (STAR) yang dilancarkan di Sabah semalam tidak mempunyai peluang di negeri ini.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata parti itu, yang berpusat di Sarawak, hanya 'memeriahkan' arena politik di negeri ini berikutan dasar Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

"Kita yakin parti itu tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Sabah kerana parti itu juga tidak diterima di Sarawak.

"Parti itu sudah lama 'tidur' dan tentu sekali sudah banyak bermimpi. Sekarang mereka bangun dari tidur kerana mahu memberitahu apa yang telah mereka mimpi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas penubuhan cawangan parti itu di negeri ini yang mana bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi pengerusinya.

Johnny, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata parti berkenaan tidak menunjukkan kesepakatan dengan golongan yang turut memperjuangkan hak Sabah dan tidak mahu bersatu dengan parti komponen BN yang mempunyai perjuangan yang sama bagi menguatkan perjuangannya.

"Jika perjuangan mereka sama dengan kebanyakan parti dalam BN, mereka hanya membuang masa dan apa yang mereka buat memang tidak berbaloi," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata kebangkitan semula STAR tidak akan memberi impak besar dalam senario politik semasa di Sabah, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Seperti yang kita tahu, parti STAR ini adalah satu parti yang lapuk yang kini tidak lagi mendapat sokongan ramai di kalangan rakyat di Sarawak.

"Saya melihat kehadiran parti ini di Sabah hanya memenuhi tuntutan demokrasi dan tidak memberi gambaran jelas tentang agenda penubuhannya menyebabkan parti tersebut menaruh harapan dan simpati di negeri lain," katanya.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata setiap parti akan dinilai oleh rakyat berdasarkan merit masing-masing.

Beliau tidak hairan dengan tindakan Jeffrey menyertai dan membawa parti luar ke Sabah, tetapi keputusan sebenar terserah kepada pengundi.

"Sudah menjadi hasratnya (Jeffrey) untuk menjadi presiden parti dia sendiri dan saya rasa kali ini hasratnya itu sudah tercapai.

"Tetapi saya rasa kita (dalam BN) perlu mempamerkan kepada rakyat bagaimana kita bekerja dan tunjukkan prestasi kerja kita sejak bertahun-tahun," katanya. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Masih terlalu awal untuk meramalkannya. Lebih baik semua parti persiapkan jentera p/raya masing2.

    ReplyDelete
  2. All parties should focus on facing the next General Elections, Star presence in the state will only become another competitor for all.

    ReplyDelete
  3. Its all up to the people to vote in the party that is most suitable for the state. Every party will be considered before their votes are cast.

    ReplyDelete
  4. Star adalah parti baru, belum tahu bagaimana perjuangannya dan sejauhmana sokongan yang diperolehi.

    ReplyDelete
  5. laluan star tidak begitu mudah di Sabah, perlu byk kerja keras.

    ReplyDelete
  6. bnyak parti sedia ada yang berpengaruh di Sabah ni. mungkin ianya sukar utuk star.

    ReplyDelete
  7. apa pun, semua parti kini berusaha gigih untuk mendapat sokongan rakyat. rakyat pandai-pandailah memilih.

    ReplyDelete
  8. apa pencapaian terbesar STAR di Sarawak sebelum ini?

    ReplyDelete
  9. terpulang kepada pemimpin STAR bagaimana untuk mendapat keyakinan dan sokongan rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Semua itu terpulang kepada rakyat untuk menilainya. STAR masih baru maka tidak nampak semangat sebenar perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  11. semua parti pembangkang tidak ada peluang di Sabah melainkan mereka sepakat mengadakan pertandingan satu lawan satu..

    ReplyDelete
  12. tidak adakah parti tempatan pembangkang di Sabah sampai Jeffrey terpaksa menggunakan parti dari Sarawak??

    ReplyDelete