Monday 23 January 2012

TABIKA ANAI-ANAI, JUSLI SERAH KEPADA KKLW

WAWANCARA.....Datuk Juslie sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai masalah Bangunan TABIKA KEMAS.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 300 orang yang terdiri daripada Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Kapitan Cina, Ketua Cawangan, Ahli Jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kawasan Libaran telah mengikuti Program Pengukuhan Organisasi Pimpinan UMNO Bahagia Libaran.

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Sandakan selama 3 hari itu yang bermula pada 22 Jan hingga 24 Jan 2012 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Libaran yang juga Ahli Parliman Libaran, Datuk Hj Juslie KK Hj Ajirol.

Dalam ucapannya, antara lain menjelaskian tujuan program itu diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada ketua-ketua masyarakat untuk menimba ilmu dalam hal ehwal pentadbiran sesebuah organisasi; di samping mengeratkan siratulrahim di kalangan pengundi-pengun di kawasan Gum-Gum dan Sungei Sibuga, dalam naungan Parlimen Libaran.

Sejurus selepas merasmikan program tersebut, Sabahkini.Net sempat mengadakan temubual eksklusif dengan Ajirul mengenai masalah bangunan TABIKA KEMAS Taman Rimba yang sudah usang seperti yang telah dilaporkan di Portal Online Sabahkini.Net baru-baru ini.

Katanya, pihak Parlimen Libaran yang memang prihatin dengan nasib 250 murid TABIKA tersebut yang terpaksa belajar di sebuah bangunan sementara dalam kekurangan serba serbi; termasuk meja, bangku dan kipas angin.

“Sepatutnya pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bila sudah nampak keadaan bangunan tersebut dalam keadaan usang dan tidak boleh digunakan oleh murid-murid belajar mereka membuat laporan kepada KKLW agar diambil tindakan segera," kata Jusli.

Pihaknya,kata Jusli, bukan tidak mahu bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut; tetapi peruntukannya tidak mencukupi untuk membiayai kerosakan tersebut.

"Bukankah pihak KEMAS ini di bawah Kementerian Kemajuan Wilayan dan Luar Bandar banyak peruntukan. Jjadi mereka kenalah minta kepada KKLW dan kita akan sokong penuh,” jelas Jusli yang merayu agar menteri KKLW turut padang melawat Tabika berkenaan kerana bimbang dijadikan isu pembangkang pada pilihanraya umum akan datang.


SEMENTARA....Rumah Persendirian digunakan buat sementara waktu sebagai TABIKA KEMAS.

HADIRIN...Para peserta yang hadir program berkenaan.

Katanya lagi, Pengerusi TABIKA KEMAS sepatutnya melaporkan dengan terperinci kepada pegawai KEMAS kawasan Libaran mengenai masalah ini agar diambil tindakan segera dan bukannya menunggu untuk mendapatkan peruntukan Parlimen atau ADUN.

“Bagaimanapun, saya akan berunding dengan Pegawai KEMAS. Seberapa boleh saya tidak ingin mencampuri urusan pentadbiran KKLW, tetapi memandangkan Tabika ini terletak di kawasan saya, maka akan cuba membantu dan mencari jalan penyelesaian," ujar Jusli yang menggesa KEMAS mencari tapak baru agar bangunan baru boleh menampung pelajar yang semakin ramai.

No comments:

Post a Comment