Tuesday 3 January 2012

TOLONG HALANG KEBANJIRAN PENYOKONG LGBT



Oleh : AZMAN ARIIFIN

MAKLUMAT yang baru penulis terima mengatakan UMNO dan BN telah membentuk kumpulan pengacau untuk mengganggu himpunan rakyat untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau ‘Gerakan 901′ pada 9 Januari nanti di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah tambahan kepada pengacau dari Perkasa yang turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama.

Berbezanya, kumpulan pengacau ini akan terdiri daripada golongan gelandangan dan penagih dadah sekitar Kuala Lumpur yang akan berpura-pura menyertai perhimpunan tersebut kononnya untuk memberi sokongan kepada Anwar sedangkan hakikatnya, kehadiran mereka disitu ialah untuk mencetus kekacauan seterus membenarkan tanggapan yang sedang tersebar meluas bahawa perhimpunan tersebut bermotifkan politik dan kacau bilau.

Tambah mengejutkan, sumber tersebut menyatakan kepada penulis bahawa kumpulan pengacau ini juga akan turut disertai sekumpulan orang yang berpura-pura mewakili Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Kehadiran mereka adalah sebagai simbolik kepada sokongan beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka November lepas, selain kes pendakwaan terhadap Anwar itu sendiri yang membabitkan soal liwat.

Penulis yakin, kehadiran kumpulan ini akan menarik keluar lebih ramai lagi golongan sama untuk menyertai himpunan rakyat tersebut sehinggakan gerakan 901 yang bertujuan membebaskan Anwar Ibrahim, bertukar seolah-olah menjadi perarakan LGBT pula.

Semua ini sengaja direka cipta sedemikian rupa untuk menjatuhkan reputasi Pakatan Rakyat dan ‘melarikan’ perhatian rakyat dari mesej sebenar yang cuba ditonjolkan melalui penganjuran himpunan sedemikian.

Sedikit tips yang boleh penulis berikan untuk mengenal pasti kumpulan pengacau yang kononnya mewakili golongan LGBT ialah, mereka akan berpakaian yang sangar keterlaluan dan membawa poster dengan mesej yang langsung tidak selari dengan matlamat penganjuran himpunan rakyat tersebut.

Penulis ingin menganjurkan, jika perlu digunakan sedikit kekerasan untuk menghalau mereka dari merosakkan himpunan rakyat tersebut, jangan teragak-agak untuk menggunakannya. Mungkin pada sesetengah orang gesaan ini agak keterlaluan tapi anggap saja ini adalah perkara yang terpaksa dilakukan untuk memastikan himpunan pada hari tersebut tidak lari dari matlamat asal.

Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, penglibatan penulis dalam himpunan sedemikian bukan baru. Penulis pernah melihat sendiri taktik sama dilakukan pada tahun 1998.

Terdesak dengan kebangkitan rakyat pada waktu itu yang seakan tidak mampu dibendung, pelbagai cara digunakan untuk mencemarkan imej penganjur perarakan oleh pihak berkenaan, termasuk mengupah penagih dadah dari kawasan berdekatan untuk membuat kacau dan kesalahan kemudiannya dipalitkan kepada penganjur perhimpunan.

Justeru penulis ingin memberi ingatan kepada penganjur Gerakan 901 ini agar berhati-hati dengan pembabitan golongan-golongan yang disebutkan di atas kerana mereka mungkin termasuk dalam kumpulan pengacau yang dibiayai UMNO dan BN ini tadi untuk merosakkan himpunan kita.

Sememangnya kita mengalu-ngalukan kehadiran rakyat dari apa golongan sekalipun dalam jumlah yang ramai bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar tapi ia perlulah selari dengan matlamat mengapa himpunan tersebut diadakan.

No comments:

Post a Comment