Monday 16 January 2012

TRANSFORMASI ASAS CAPAI NEGARA MAJU



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju tidak akan tercapai jika transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan dan ia perlu didokong semua pihak termasuk rakyat bagi merealisasikan hasrat mencapai sebuah negara maju.

"Bidang pendidikan adalah satu bidang keutamaan yang perlu diperjuangkan, yang perlu disuntik dari segi kewangan, prasarana serta dokongan moral semua pihak termasuk rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah cemerlang pelajar UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) Parlimen Pekan, Pahang, kelmarin.

Najib berkata, sebanyak 22 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun adalah diperuntukkan untuk bidang pendidikan, yang membuktikan kerajaan amat menekankan pencapaian cemerlang bidang pendidikan negara.

"Selain itu kita tambah lagi peruntukan menerusi badan-badan dan yayasan, seperti di Pahang, Yayasan Pahang untuk memajukan bidang pendidikan negara, kita juga cari dari sumber-sumber lain untuk bidang pendidikan, malah peruntukan untuk wakil rakyat juga banyak disalurkan untuk bidang pendidikan," katanya.

"Apa yang kita ingin capai untuk menjadi sebuah negara maju tak mungkin jadi kenyataan jika kita tidak dapat bangunkan jumlah modal insan, jumlah yang mencakupi dalam bidang-bidang penting," katanya.

Najib berkata semua lapisan rakyat perlu mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan menekankan pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam bidang pendidikan.

"Ini adalah pelaburan untuk kita mencapai sebuah negara maju dan ia tak mungkin tercapai tanpa memajukan bidang pendidikan.

"Kita tak mungkin mencapai negara maju jika kita tidak buat transformasi untuk membangunkan modal insan, tidak buat transformasi kepada rakyat," katanya.

Pada majlis itu seramai 328 pelajar UPSR dan 146 pelajar PMR Parlimen Pekan mendapat anugerah pelajar cemerlang yang berupa sumbangan wang tunai berjumlah RM200 setiap pelajar, sumbangan daripada Yayasan Pahang.

Terdahulu ketika berucap pada majlis perasmian pusat komuniti perumahan bersepadu kampung Padang Rumbia, dekat Paloh Hinai, Najib berkata usaha transformasi menjadikan negara maju perlulah didokong semua pihak.

"Projek perumahan bersepadu di sini misalnya, mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak swasta, ia satu kerjasama yang baik dalam usaha mentransformasi pembangunan negara ini," katanya.

Seramai 50 keluarga miskin di kawasan berkenaan yang layak, dipilih untuk menduduki rumah berkenaan secara percuma. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Pendidikan dan transformasi modal insan amat diperlukan supaya boleh mencapai negara maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree as well. Education is definitely important, a well educated society will be able to bring a country forward faster than lowly educated society.

      Delete
    2. kalau begitu, pastikan sistem pendidikan sentiasa teratur/sistematik. sebab dari pengalaman mengenai PPSMI, memang tidak begitu memuaskan hati pelbagai pihak kerana sering diubah2.

      Delete
  2. tranformasi perlu dilakukan kepada yang lebh baik bagi memastikan negara kita terus maju dan berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada era mahathir, 'anjakan paradigma' digunakan. Sekarang pula perkataan 'transformasi'.
      Tetapi kedua-dua perkataan membawa niat yang sama. Kita perlu beralih kepada kedudukan yang lebih baik agar kita dapat memajkan diri sekaligus merealisasikan wawasan 2020.

      Delete
  3. Kejayaan transformasi memerlukan sokongan dan kerjasama rakyat. Sama2 la kita menyokong transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  4. program transformasi meliputi Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Luar Bandar, Program Transformasi Digital dan Program Transformasi Politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ini bukan suatu tugas yang mudah dan memerlukan tempoh masa yang panjang serta sokongan penuh rakyat. semoga apa yang telah dirancang oleh kerajaan berjalan dengan lancar.

      Delete
  5. "Kita tak mungkin mencapai negara maju jika kita tidak buat transformasi untuk membangunkan modal insan, tidak buat transformasi kepada rakyat...

    Benar apa yang dikatakan oleh PM itu. Jika kita tidak memberikan yang terbaik pasti kita tidak akan mencapai dengan apa yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. To achieve the transformation, need to change the negative thinking and attitude into positive.

    ReplyDelete
  7. ketika kerajaan sibuk membangunkan bidang pendidikan dan modal insan, ada pula pihak yang sibuk menghasut pelajar untuk melakukan huru hara..

    ReplyDelete
  8. apa2pun saya harap transformasi kerajaan ini mampu membawa perubahan yang besar kepada bidang pendidikan dan modal insan di negara ini..

    ReplyDelete