Sunday 8 January 2012

UMNO SEMPORNA BANTAH PERHIMPUNAN 901



UMNO Bahagian Semporna membuat laporan polis membantah Perhimpunan 901 Bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka diumumkan isnin (Esok).

Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Haji Jamman berkata, Umno Bahagian Semporna membantah sekeras-kerasnya perhimpunan ini berikutan dikenal pasti boleh mengugat ketenteraman awam serta mengundang masalah kepada masyarakat setempat.

Katanya, meskipun Perhimpunan itu sudah mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun dikhuatiri mereka enggan mematuhi 10 syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan.

"Kita mewakili seluruh masyarakat daerah Semporna melalui Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri dan Umno Bahagian Semporna membantah sekeras-kerasnya perhimpunan ini sekali gus membuat laporan polis bagi menyatakan hasrat terhadap bantahan perhimpunan ini.

"Meskipun kami di Semporna jauh berbanding kejadian perhimpunan ini di Ibu Negara, namun ini merupakan tanggungjawab serta semangat cintakan keamanan yang perlu didahulukan oleh seluruh lapisan rakyat."

Beliau berkata demikian dalam Satu sidang media selepas mengetuai Umno Bahagian Semporna Membuat laporan polis, di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, di sini Kelmarin.

Mohd Azis berkata, pihaknya yakin 10 syarat itu gagal dipatuhi oleh penganjur, antaranya kemungkinan mereka akan membuat bising serta menganggu prosiding Mahkamah sekali gus gagal bersurai selepas sejam keputusan diumumkan.

"Kita yakin ada di antara 10 syarat yang dikeluarkan PDRM gagal dipatuhi pihak penganjur berikutan kemungkinan tindakan agresif peserta perhimpunan. Mereka perlu menghormati keputusan Mahkamah.

"Oleh itu, Kita menyeru kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas sekiranya Penganjur Perhimpunan 901 gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PDRM," katanya.

Mohd Azis berkata, pihak Penganjur juga perlu mengambil kira tindakan mereka itu mungkin boleh mengundang masalah kepada pelancong serta peniaga dan orang ramai di sekitar Ibu Negara.

13 comments:

  1. Kebanyakan masa, rakyat tidak perlu mengadakan perhimpunan seperti ini untuk memperjuangkan mana-mana isu.

    ReplyDelete
  2. Di Sandakan bantah, di Semporna pun ada.

    ReplyDelete
  3. kebenaran bersyarat telah diberikan kepada penghimpunan ini.

    ReplyDelete
  4. DSAI didapati tidak bersalah. Cabang kehakiman telah menjalankan tugas bebas daripada campur tangan cabang eksekutif.

    ReplyDelete
  5. banyak pihak yang membantah perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
  6. apa pun kes sudah selesai dan perhimpunan jalanan tidak patut diamalkan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. memang wajar pun ramai yang membantah sebab dari pengalaman perhimpunan dan demo yang telah dibuat sebelum ini, semuanya bawa kesan negatif.

    ReplyDelete
  8. bila ada yang tidak memuaskan hati lebih baik bincang secara profesional, bukan menunjuk perasaan seperti berdemo dan berhimpun.

    ReplyDelete
  9. Perhimpunan menentang keputusan mahkamah adalah satu yang memalukan. Apa guna kehakiman yang ada di Negara kita ini.

    ReplyDelete
  10. Perhimpunan seperti ini tidak wajar digalakkan, ia bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  11. akhirnya sia2 laporan yang dibuat setelah keputusan mahkamah akhirnya memihak kepada Anwar..

    ReplyDelete
  12. bantahan seperti ini tidak perlu dibuat memandangkan perhimpunan itu hanya berlaku di semenanjung.. lain la kalau di Sabah..

    ReplyDelete