Monday 23 January 2012

UTAMAKAN KESETIAAN KEPADA PARTI



KESETIAAN kepada parti harus mengatasi kesetiaan kepada pemimpin, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata ini penting kerana yang membentuk kerajaan adalah parti dan bukannya individu.

Katanya, pemimpin datang dan pergi, tetapi parti terus kekal untuk memerintah dan memberi khidmat kepada rakyat.

"Sebenarnya kejayaan yang dicapai setakat ini adalah hasil dari keberkesanan perlaksanaan pelbagai dasar parti yang telah dipilih menjadi parti yang memerintah sejak merdeka lagi.

"Pemimpin datang dan pergi tapi parti harus terus memberi khidmat kepada masyarakat," katanya ketika berucap kepada pemimpin Kadazandusun Umno di kawasan Kadamaian, di sini hari ini.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menegaskan pemimpin yang sekadar mempopularkan diri dan membelakangkan parti harus diketepikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli parti supaya komited serta meletakkan kepentingan parti mengatasi segalanya.

Beliau turut meminta pemimpin KDM Umno di Kadamaian supaya bekerja keras untuk menentukan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili BN akan mempertahankan kawasan ini dengan peningkatan majoriti, demi meneruskan agenda transformasi kerajaan.

No comments:

Post a Comment