Sunday 8 January 2012

V.K. LIEW CALON DUN KARAMUNTING?



TERIMA KASIH...Seorang Warga Tua menerima Ang Pau daripada V.K Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FAIRUL ZAMAN

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum yang ada di negeri ini khususnya yang tinggal di Sandakan dalam pengagehan apa juga bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Ini adalah sudah menjadi dasar dan tanggungjawab para pemimpin kerajaan melalui parti-parti komponen BN yang dipilih orang rakyat semasa pilihanraya umum lalu untuk menjaga kepentingan kebajikan semua kaum yang ada di setiap sudut kawasan yang diwakili.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun baru Cina (Gong Xi Fa Chai) di Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarin.

Katanya, Masyarakat Cina di negeri ini mahupun di daerah Sandakan harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional agar kerajaan dapat meneruskan agendanya untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi; agar dapat dikecapi bersama tanpa mengira kaum, agama dan faham ideologi politik yang berbeza.

“Sebagai Ahli Parlimen yang diberi mandat oleh rakyat di kawasan Sandakan, saya harus berlaku adil dalam pemberian mahupun bantuan kepada rakyat jelata terutamanya menjelangnya perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun baru Cina yang bakal disambut pada 23 Januari ini” ujarnya.

Diajukan soalan oleh Sabahkini.Net berhubung ura-ura kononnya VK Liew bakal berpindah tempat ke Karamunting untuk bertanding bagi kerusi DUN pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti, beliau hanya menjawab ini bergantung kepada keadaan kerana sekarang terlalu awal untuk meramalkan kedudukannya, sama ada terus kekal di parlimen Sandakan atau sebaliknya.

“Sekarang sukar saya memberi jawaban kerana ini semuanya hanya spekulasi semata-mata untuk para analisa politik yang suka menggembar gemburkan perkara remeh sehingga menjadi bahan perbualan di sana sini,” ujarnya sambil mengukir senyum.

Seramai 1,388 orang warga tua masyarakat Cina di Karamunting dan sekitar parlimen Sandakan masing-masing menerima ang pow dan barang-barang keperluan iaitu beras dan makanan ringan.

Sejurus selepas dari Dewan Masyarakat Sandakan VK Liew dan pegawai-pegawai kanannya pergi melawat ke pejabat LDP Bahagian Karamunting yang terletak di Bandar Ramai-Ramai.

Tujuan V.K.Liew melawat ke pejabat tersebut adalah untuk meninjau lebih dekat lagi akan situasi dan suasana pejabat berkenaan sambil suai kenal para pegawai dan kakitangan pejabat bahagian itu.

KUNJUNGAN......Kunjungan VK Liew ke pejabat LDP Karamunting disambut oleh Ketua Bahagiannya Lai sambil memberikan kad jemputan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

WAWANCARA....Kelihatan Ketua Bahagian Lai Kai Ming sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net.

Dalam temubual eksklusif Sabahkini.Net dengan Ketua Bahagiannya iaitu Lai Kim Ming yang baru saja dilantik pada 20 September 2010 bagi mengambil alih daripada Datuk Peter Pang yang keluar meninggalkan LDP pada tahun lalu menjelaskan; LDP Karamunting kini telah mempunyai ahli seramai 2,600 orang.

Katanya, bahagiannya sudahpun siap sedia dan telah mengemaskinikan gerakan jentera pilihanraya umum ke 13 nanti yang bakal diadakan pada bila-bila masa saja dari sekarang.

“Soal siapa calon LDP di kawasan Karamunting itu tidak penting, asalkan kerusi DUN Karamunting sejak dari dulu lagi memang milik LDP harus dipulangkan semula kepada pemilik asalnya.

“Datuk Peter Pang bertanding pada pilihanraya umum ke 12 beliau memenangi kerusi DUN Karamunting adalah atas tiket LDP/BN; jadi wajar kerusi DUN dipulangkan semula kepada LDP,” kata Lai yang menafikan berlaku perebutan antara parti komponen BN.

11 comments:

  1. V.K Liew banya membantu rakyat setempat juga, tidak hairan kenapa beliau dipilih menjadi calon lagi.

    ReplyDelete
  2. Tidak dinafikan yang beliau ada potensi untuk dicalonkan bertanding nanti.

    ReplyDelete
  3. V.k adalah calon yg baik, dicalonkan di mana sekalipun, peluang menang pasti tinggi.

    ReplyDelete
  4. tidak kisah siapa yang dicalonkan, yang penting mampu menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  5. setiap pemimpin haruslah sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. VK Liew pasti jadi 'winnable candidate'.

    ReplyDelete
  7. rakyat di bawah pimpinan VK Liew pasti tahu siapa yang lebih layak untuk dicalonkan nanti. apapun, politik ni sukar diramal. pernah berlaku juga kes di mana dilihat seorang pemimpin tu berpotensi dan akan dicalonkan pada pilihan raya tapi akhirnya sebaliknya telah berlaku. mana2 wakil rakyat kenalah bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan tersebut.

    ReplyDelete
  8. Sebagai seorang pemimpin seharusnya perlu sentiasa turun padang dan juga membantu penduduk. Ini bagi memastikan sokongan penduduk tidak akan pudar.

    ReplyDelete
  9. Harap Datuk V.K Liew mampu mendapatkan sokongan daripada rakyat setempat.

    ReplyDelete
  10. lagi bagus jika beliau dicalonkan di kawasan yang telah banyak menerima sumbangan beliau..

    ReplyDelete
  11. Dun Karamunting patut diberikan saja kepada muka baru dalam LDP, atau benarkan saja kerusi itu diambil oleh komponan BN yang lain..

    ReplyDelete