Tuesday 10 January 2012

WAKIL RAKYAT BONGAWAN JANJI PALSU?

PENDUDUK di tiga buah Kampung iaitu Kg. Viging, Kambau dan Kg. Ambatuan di Bongawan menarik nafas lega dan melahirkan perasaan teruja kerana permintaan mereka kepada wakil rakyat selama lebih 6 tahun untuk membina perhentian bas telah dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 5 jam oleh Pemimpin SAPP Bongawan.

“Rakyat tidak minta banyak, tapi kalau sudah berkali-kali memohon, kita pun jemu, nasib baik SAPP ada, syukurlah ada juga tempat kami berteduh, jangankan minta yang besar perhentian bas untuk penduduk berteduh pun BN tak mampu buat sehingga memaksa kita berteduh di bawah pokok kelapa sawit, bila hujan kita basah kuyup” demikian dinyatakan oleh mantan Pengerusi JKKK Kg. Viging, Fedelis yang kini menyertai SAPP.

Menurut Naib Pengerusi CLC N.23 Bongawan, Jamil William, masalah masyarakat setempat sebenarnya mudah diselesaikan sekiranya pemimpin lebih prihatin dan bersikap lebih matang.

Beliau berkata, peruntukan besar dan memakan masa lebih 6 tahun tidak diperlukan untuk membina sebuah perhentian bas, kemudahan paling asas penduduk luar bandar, apatah lagi ketiga-tiga buah kampung tersebut hanya kurang 30 minit perjalanan dari Pekan Bongawan.

Jamil yang mendengar masalah penduduk ini kira-kira sebulan yang lepas, telah berusaha mencari dana membeli zink, kayu dan sebagainya untuk tujuan pembinaan, dan akhirnya direalisasikan secara bergotong royong pada hari ini.

Menurut beliau lagi beberapa program gotong-royong sejajar dengan program “Dengar Lihat dan Selesai” akan turut diadakan dalam masa terdekat untuk membina beberapa buah lagi perhentian bas.

Salah seorang penduduk, Laimun menyatakan kekesalannya, “Wakil rakyat kami hanya tahu berjanji dan meminta simpati bila tiba masa pilihanraya, tetapi sebaik pilihanraya selesai, batang hidung pun tak nampak”

Turut hadir bersama bergotong royong ialah Naib Presiden/Pengerusi CLC Bongawan Jaafar Ismail, serta Setiausaha Penganjur Pusat/Pengerusi CLC N.27 Lumadan Jamain Sarudin, serta Ahli Jawatankuasa CLC N.23 Bongawan.

13 comments:

  1. Rakyat cuma mahukan sebuah perhentian bas, bukan juga mahal ataupun susah untuk dibinakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu setakt perhentian bas, buat sendiri pun boleh.. itupun nak harap kerajaan buat jg.

      Delete
  2. Wakil rakyat juga ada peruntukan sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah kecil seperti ini, tidak payah merujuk kepada kerajaan Sabah untuk perkara macam ni.

    ReplyDelete
  3. diharapkan wakil rakyat yang menjadi pilihan ahati rakyat menjalankan mandat yang diberikan.

    ReplyDelete
  4. Anak Sabah said...

    Rakyat cuma mahukan sebuah perhentian bas, bukan juga mahal ataupun susah untuk dibinakan.

    ya...betul tu....

    ReplyDelete
  5. jangan pula jadi kacang lupakan kulit...

    ReplyDelete
  6. Sediakan kemudahan asas kepada penduduk kampung. Walaupun permintaan mereka hanyalah sebuah bus stop. Bukannya projek mega juga kan.

    ReplyDelete
  7. perkara kecil pun boleh jadi besar jika ia dipolitikkan. perhentian bas seperti ini sebenarnya boleh dibina oleh penduduk kampung sendiri jika betul2 ada inisiatif. tapi, tengoklah bila pembangkang tahu ada keperluan rakyat yang tidak dipenuhi oleh kerajaan, datanglah mereka mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  8. wakil rakyat pun satu. sepatutnya kawasan2 di bawah jagaannya perlu sentiasa dipantau. kalau begini cara kerja wakil rakyat, ada peluang tidak tersenarai sebagai winnable candidate pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  9. Janji haruslah ditunaikan. Jangan biarkan penduduk menunggu janji yang tidak terlaksana.

    ReplyDelete
  10. Kita tidak mahu kerana satu pihak yang menabur janji maka satu parti yang buruk namanya.

    ReplyDelete
  11. jika pondok inilah kemudahan paling asas bagi kampung ini, bermakna kampung tersebut tidaklah terlalu kritikal berbanding dengan kampung2 lain yang masih kekurangan pelbagai kemudahan asas..

    ReplyDelete
  12. perhentian bas memang tidak susah untuk dibina, tapi susah untuk memenuhi semua keperluan penduduk kampung sekaligus.. wakil rakyat tidak sekadar menjaga sebuah kampung.. banyak kampung yang memerlukan perhatian beliau..

    ReplyDelete