Tuesday 17 January 2012

WASPADA TAKTIK BN PANCING UNDI



KOMPONEN Pakatan Rakyat daripada PKR yang diketuai oleh Zainuddin Hassan selaku Ketua Delegasi PKR Batu Sapi, turun melawat masyarakat Tiong Hua di Pasar Minggu Tanah Merah, Sandakan.

Ketika lawatannya, Zainuddin sempat memberi penerangan kepada seorang Veteran Politik, Uncle Chin mengenai isu-isu semasa dan yang telah diumumkan oleh Dato’ Seri Najib berhubung pemberian insentif tunai BR1M sejumlah RM 500 kepada setiap rakyat Malaysia.

Zainuddin menasihati agar Chin tidak terpedaya dengan taktik pancing undi BN terutamanya orang Tiong Hua kerana mereka tahu semakin sukar mendapat undi daripada golongan yang telah lama matang dalam politik pada PRU-13.

“Pemimpin BN kata ini bukan Politik atau lebih tepat pancing undi. Tetapi ketika rakyat pergi menemui LHDN untuk mengambil bayaran RM500 pada hari ini, mereka hanya diberi resit kelulusan dan akan menerima Cek bayaran di pejabat-pejabat Bahagian UMNO di mana mereka mengundi. Adakah ini yang di maksudkan oleh Perdana Menteri?” tanya Zainuddin kepada Chin.

Ketika PR melancarkan Risalah Jingga, kebanyakan masyarakat di Batu Sapi, khususnya berketurunan Tiong Hua amat menyokong dan mengalakkan Pakatan Rakyat kerap turun padang dan mendampingi rakyat sentiasa.

Dalam kunjungan singkat tersebut, Zainuddin menerima pelbagai maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat dan akan memberitahu pucuk pimpinan PKR supaya dapat menjadi pemangkin kepada penyelesaian masalah masyarakat yang hanya kekal sebagai janji sejak zaman berzaman.

13 comments:

  1. Bukan senang untuk mendapatkan sokongan rakyat, terutamanya rakyat muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..golongan muda ini dikatakan banyak yang berpendirian 'atas pagar'.

      Delete
  2. The outcome of this tactic can only be known during GE-13

    ReplyDelete
  3. Some supported PR, but some still continue to support BN. We cannot tell the people who to vote or what to do, it depends on the voters.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kita berserah kepada rakyat siapa kerajaan plihan mereka

      Delete
  4. pembangkang atau BN, masing2 ada cara tersendiri untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  5. dan rakyat akan membuat keputusan untuk memilih party mana.

    ReplyDelete
  6. dekat2 PRU ni semua parti pun tengah memancing.

    ReplyDelete
  7. sepatutnya turun padang dan membantu rakyat itu bukan dilakukan pada masa2 tertentu saja terutama dekat2 PRU. itulah yang membuatkan tindakan parti2 sering dipandang serong.

    ReplyDelete
  8. Salah..Rasanya tajuk itu tidak sesuai untuk BN. Tapi waspada taktik Pembangkang pancing undi. Pelbagai cara telah pembangkang lakukan untuk memastikan rakyat menyokong mereka. Dari membuat fitnah kecil hingga ke fitnah besar..Dari janji manis ke janji terang bulan bintang.

    ReplyDelete
  9. Every party also have its own tactics in gaining the vote from voters. Double standard.

    ReplyDelete
  10. kerajaan ikhlas membantu rakyat, dia pula sibuk menghasut rakyat supaya semua rakyat tidak menerima bantuan itu.. adakah ini bermakna, kerajaan tidak perlu membantu rakyat jika pilihanraya semakin hampir??

    ReplyDelete
  11. rakyat juga perlu berhati2 dengan pihak yang terdesak menggunakan apa sahaja cara bagi menghalang rakyat menikmati apa sahaja sumbangan dari kerajaan.. bagi saya menghulurkan bantuan jauh lebih baik dari sekadar turun padang menghasut rakyat dan berkempen tanpa menghulurkan apa2 bantuan..

    ReplyDelete