Sunday 12 February 2012

1CARE HANYA ‘PENAMBAHBAIKAN’

Oleh : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL

RANCANGAN Putrajaya untuk melaksanakan Skim Penjagaan Kesihatan '1Care' hanyalah satu penambahbaikan sistem kesihatan sedia ada, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai, kelmarin.

Menteri Kesihatan itu memberitahu pemberita sebarang perbincangan berkenaan 1Care masih lagi di peringkat 'pra-matang'.

Beliau (gambar) mengulangi pendirian bahawa perkara itu masih lagi di 'peringkat perbincangan' walaupun dilihat sebagai cubaan untuk meredakan kemarahan awam berikutan pendedahan di internet oleh golongan professional; termasuk mereka yang terlibat dalam perbincangan dengan kerajaan berkenaan pelaksanaan 1Care sejak tiga tahun lalu.

“Kami tidak mengubah sistem, hanya menambahbaik sahaja. Kami sedang meningkatkan keupayaan sistem ini,” katanya.

Tambahnya, kementerian beliau sedang membuat perbandingan dengan negara-negara luar untuk dijadikan asas terhadap 1Care.

“Permintaan untuk kesihatan semakin meningkat, beban terhadap kesihatan semakin tinggi, kata Liow, dan menjelaskan 'penambahbaikan' perlu bagi pelan kesihatan negara.

Ditanya mengapa kerajaan tidak menambah bajet untuk kesihatan berbanding memperkenalkan sistem baru, Liow menjelaskan “kos kesihatan negara meningkat setiap tahun.”

“Kali terakhir adalah RM16 juta, peningkatan 10 peratus daripada tahun sebelumnya (2010). Kami telah lakukan perkara itu,” katanya.

Menteri MCA itu mengesahkan bahawa blueprint 1Care dijadualkan akan lengkap pada penghujung tahun 2013, yang mana kementeriannya diberi tempoh dua tahun untuk menyiapkannya.

“Sekiranya 1 Care tidak sesuai, kerajaan boleh menolaknya. Apa yang lebih penting adalah respon daripada badan professional. Kami tidak boleh memberikan maklumat berkenaannya sekarang, kami tidak mempunyai maklumat, ahli jawatankuasa sedang membincangkan perkara itu,” kata Liow.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan kertas cadangan 1Care masih lagi di peringkat perbincangan dan kerajaan berhak menolak skim itu sekiranya tidak sesuai dengan kehendak rakyat Malaysia.

Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman menerima tekanan ekoran menyatakan maklumat lengkap berkenaan skim itu masih di peringkat idea dan rancangan dan ia masih belum dilaksanakan walaupun laporan berita menyatakan sebaliknya.

“Mengulas berkenaan 1Care, ia masih lagi di peringkat perancangan. Terdapat 11 kumpulan kerja teknikal (TWG) termasuk penglibatan umum dan swasta."

Liow hari ini menafikan 1Care akan memaksa rakyat Malaysia menyumbangkan 10 peratus daripada pendapatan mereka bagi membiayai skim tersebut.

“Perkara ini telah diputarbelit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya, menambah rancangannya hanya melibatkan sumbangan daripada kerajaan, majikan dan pekerja.

Dr Hasan telah menjelaskan berkenaan perkara itu semalam dan mengesahkan kerajaan telah menetapkan RM34 juta untuk skim baru itu, mengesahkan setiap kos untuk skim itu akan dibiayai oleh kerajaan, majikan, pekerja dan mereka yang bekerja sendiri.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Unit Kewangan Nasional, Dr Rozita Halina Hussein, berkata Khamis lalu, 1Care akan dijadikan mandatori, tapi sektor swasta akan diberi pilihan sama ada untuk menyertai skim tersebut atau tidak yang melihatkan bantahan daripada pemegang saham.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa skim tersebut “sudah berada di peringkat sangat maju” bukan peringkat pra-matang seperti di dakwa menteri.

1Care menimbulkan kemarahan umum selepas dipercayai golongan pengamal perubatan dan perniagaan akan dipaksa menyumbangkan 10 peratus pendapatan mereka setiap bulan kepada skim tersebut.

Melalui sistem sedia ada, pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan sama ada di hospital awam mahupun swasta dan membayar menggunakan duit poket mereka sendiri, atau bayaran minimum bagi hospital kerajaan yang telah disubsidi kerajaan.

Kementerian memberi jaminan bahawa 1Care tidak akan membebankan rakyat dengan kos berlebihan dan berkata perjanjian kewangan akan dibuat.

10 comments:

  1. Hope that the Government and the Ministry of Health will discuss and consider this plan thoroughly before implementing it.

    ReplyDelete
  2. Make sure it is really necessary and can benefit the people without adding to their burden.

    ReplyDelete
  3. This is a good plan. Hopefully with the coorperation between both sector will make this a reality.

    ReplyDelete
  4. hopefully with these additional compliments it will further enhance the existing health system.

    ReplyDelete
  5. moga skim ini jika dilaksanakan ia dpt memberi manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. harap 1Care tu akan memberi manfaat kepada rakyat M'sia dan tidak membebankan mereka yang tidak berkemampuan.

    ReplyDelete
  7. Ini masih lagi dalam perbincangan maka kita tunggu apa keputusan seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  8. Ini demi kebaikkan para pekerja itu sendiri untuk kesihatan. Apa salahnya kita melabur untuk kesihatan kita.

    ReplyDelete
  9. berapakah kos yang perlu dibiayai oleh kerajaan, majikan dan pekerja?? pihak kerajaan perlu jelaskan lebih detail berkenaan dengan sumbangan 10% dari pendapatan pekerja..

    ReplyDelete
  10. jika tidak mahu skim ini diputar belit, rajin2 la tampil memberikan penjelasan dan menjawab soalan2 yang dikemukakan oleh pihak pembangkang dan juga orang awam..

    ReplyDelete