Monday 6 February 2012

2 MANGSA CULIK RAYU EHSAN KERAJAAN?

Oleh : MUTALIB M.D

SABAHKINI.NET sebentar tadi menerima SMS daripada Pingganan Janjalani, Koresponden Sabahkini.net di Jolo, Filipina menyatakan bahawa beliau menerima signal daripada kumpulan penculik bahawa dua rakyat Malaysia yang diculik di Selatan Filipina, Pang Chong Pong, 47 (Sarawak) dan Mohd Nazaruddin Saidin, 37 (Selangor) masih hidup; tetapi kekurangan zat makanan dan lemah.

Menurut Pingganan yang memantau pergerakan penculik memaklumkan bahawa beliau dapat menyusup masuk ke dua kumpulan berlainan dan dapat menghubungi tebusan tiga hari lalu.

Dalam SMSnya, Pingganan menyatakan kedua-dua rakyat Malaysia itu merayu agar Kerajaan Sarawak dan Selangor prihatin terhadap nasib mereka kerana mereka bimbang keselamatan mereka setelah militan Malaysia dibunuh berdekatan dengan tempat persembunyian penculik.

Pingganan tidak menyatakan berapa jumlah tebusan yang diminta tetapi hanya memaklumkan penculik belum menerima sebarang bayaran sejak mangsa diculik.

Usaha untuk menghubungi Pingganan gagal kerana beliau dipercayai cuba menyusup masuk kepada kumpulan yang ingin membeli dua tebusan berkenaan untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi.

Sabahkini.net akan cuba mendapatkan maklumat daripada Gabenor Tawi-Tawi, Haji Sadikul Sahali Adala melalui beberapa koresponden Sabahkini.net di Sulu dalam masa yang terdekat.

10 comments:

  1. harap mereka dapat diselamatkan oleh kerajaan M'sia

    ReplyDelete
  2. Semoga kerajaan dan PDRM mampu bekerjasama dengan pihak polis Filipina untuk menyelamatkan mangsa culik serta menumpaskan aktiviti culik.

    ReplyDelete
  3. Harap masalah culik dapat dicegah pada masa depan dan rakyat Sabah perlulah berhati-hati bila ke negara Filipin atuapun bergaul dengan mereka.

    ReplyDelete
  4. Hopefully they can be rescue as soon as possible

    ReplyDelete
  5. ambil tindakan segera bagi membebaskan tebusan2 tersebut. keadaan mereka kini amat teruk.

    ReplyDelete
  6. kegiatan pengganas di negara jiran memang sangat menggugat keamanan dan keselamatan di negara ini. harap2 kerjasama serantau dapat menghapuskan kegiatan pengganas selatan Filipina yang semakin menjadi2.

    ReplyDelete
  7. Perkara ini perlu juga disiasat terlebih dahulu bagi memastikan kebenarannya. Kita takut ada agenda penipuan berlaku .

    ReplyDelete
  8. terlalu mudah pengganas asing ini mendapat wang dari Malaysia.. bagaimana kes penculikan sentiasa boleh berlaku sedangkan kerajaan mewar2kan kawalan sempadan sentiasa dikawal ketat??

    ReplyDelete
  9. selamatkan dulu tebusan warga tempatan kita kemudian lakukan operasi besar2an menggunakan kekuatan tentera kita untuk membersihkan sempadan negara dari sebarang ancaman pengganas..

    ReplyDelete
  10. Macam mereka boleh diculik? Bahaya betul sekarang ni.

    ReplyDelete