Tuesday 21 February 2012

25 CAWANGAN KDM MALAYSIA BUBAR


SEBANYAK 25 cawangan KDM Malaysia daripada Zon Membakut dan Kimanis telah menarik balik pendaftarannya daripada berdaftar dengan KDM Malaysia.

Hasrat ini telah dinyatakan oleh Ahli Bersekutunya, Awang Bakar Ajak dan Ahli KDM Malaysia, Robin Apoi lnario.

Dalam satu kenyataan yang dihantarkan ke akhbar ini, Awang Bakar dan Robin, berkata mereka mewakili kesemua cawangan berbuat demikian adalah kerana hilang kepcrcayaan kepada badan NGO itu serta masalah dalaman yang melanda pertubuhan ini khususnya yang berlaku di Zon Membakut.

"Kesemua 25 cawangan KDM Malaysia telah bersetuju menarik diri daripada berdaftar dengan KDM Malaysia," kata mereka.

Sementara itu, Awang Bakar berkata tindakan ini juga diambil berikutan senario semasa yang berlaku di kawasan itu.

Awang Bakar yang juga KDM Kimanis berkata, pihaknya juga menyokong kepimpinan ketiga-tiga pemimpin yang ada dalam kawasan Parlimen Kimanis iaitu Ketua Bahagian yang juga Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Haji Aman; Wakil Rakyat Bongawan, Datuk Haji Karim Haji Bujang dan Wakil Rakyat Membakut, Datuk Haii Mohd Arifin Mohd Arif.

"Kita juga menyokong agar ketiga-tiga pemimpin ini akan terus dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang kerana kita yakin mereka akan membawa kemenangan dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Oleh itu, Awang Bakar juga berharap senario politik yang berlaku dalam kawasan itu akan dapat diselesaikan dengan baik kerana segala propaganda yang berlaku tidak akan membawa apa-apa faedah dan makna kepada mana-mana pihak.

"Segala propaganda ini hanyalah perbuatan yang sia-sia dan wajar ditangani dan diselesaikan dengan sebaik mungkin," katanya (SABAH TIMES).

No comments:

Post a Comment