Saturday 4 February 2012

ABU KASSIM TERIMA PENGIKTIRAFAN INTERPOL

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menerima pengiktifaran daripada Kumpulan Pakar Antarabangsa Interpol Mengenai Rasuah (IGEC) di Perancis.

Beliau adalah antara tujuh penerima yang menerima pingat dan sijil pengiktirafan daripada Setiausaha Agung Interpol (Polis Antarabangsa), Ronald K.Noble pada satu majlis selepas berakhir mesyuarat IGEC di ibu pejabat Sekretariat Agung Interpol pada Khamis.

Menurut kenyataan Interpol, Abu Kassim, yang merupakan ahli IGEC, menerima pengiktirafan itu atas sumbangan dan penglibatannya dalam usaha memerangi rasuah secara global.

Interpol berkata antara pencapaian IGEC sejak ditubuhkan pada 1999 ialah penghasilan dokumen "The Global Standards to Combat Corruption in Police Forces/Services and the Library of Best Practices" yang diterima pakai seluruh dunia sebagai panduan dalam penyiasatan kes rasuah.

Nobel berkata Interpol dan setiap daripada 190 negara anggota agensi itu menghargai sumbangan dan dedikasi setiap ahli IGEC itu. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment