Wednesday 29 February 2012

AHLI PARLIMEN KINABATANGAN LINDUNGI PATI?

WAWANCARA....Sabahkini.Net sedang menemubual Yusri Kassim berhubung kemunduran kampung Dumundung yang dipencilkan wakil rakyat BN.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI

"SEJAK dilahirkan di Kampung Dumundung kira-kira 36 tahun yang lalu, kami sekeluarga, termasuk keluarga yang telah meninggal dunia, selama ini kempunan untuk mengecapi kemudahan asas yang dijanjikan wakil rakyat BN pada setiap kali pilihanraya umum," ujar Yusri Kassim, anak jati kampung berkenaan.

Yusri tidak menafikan bahawa kerajaan BN/UMNO memang banyak membawa kemajuan dalam arus perdana pembangunan sama ada di luar bandar mahupun di bandar yang disalurkan melalui wakil rakyat masing-masing.

Katanya, sebagai contoh, penduduk Kampung Pulau Lubukan amat bertuah kerana pesat membangun dan dilimpahi pelbagai kemudahan asas yang disalurkan melalui ADUN Sukau dan Ahli Parlimen Kinabatangan.

"Bukan macam kampung kami (Dumundung), walaupun dalam kawasan DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan, tetapi terus dianak tirikan dan terpinggir dalam serba serbi,' kata Yusri yang menjelaskan keputusannya memanggil Sabahkini.net membuat liputan bukan bermaksud penduduk anti kerajaan.

Tetapi kata Yusri, beliau kesal bukan alang kepalang kerana Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin terus membisu seribu bahasa terhadap masalah yang melanda kampung Dumundung.

"Kami amat hairan kerana Kampung Semayang yang majoriti penduduknya PATI (orang Filipina tanpa sebarang dokumen) dan hanya 30 peratus sahaja penduduk tempatan, tetapi Bung telah berikan kemudahan asas seperti rumah PPRT sebanyak 10 buah dan kini telah didiami oleh PATI," kata Yusri berbanding dengan Kampung Dumundung yang penduduknya 100 peratus orang tempatan dan 70 peratus daripadanya bangsa Sungei, namun terus berdepan dengan kemelut kemiskinan tegar.

Tegas Yusri, beliau kesal kerana pemimpin UMNOseperti Bung sering mendabik dada dengan cakap takburnya bahawa kerajaan BN/UMNO adalah kerajaan yang terbaik kerana 100 peratus penduduk luar bandar mendapat kemudahan asas.

"Tetapi kenapa kampung Dumundung masih tersisih? Apakah Bung menganggap tidak memerlukan undi penduduk tempatan atau Kampung Dumundung bukan terletak di Sabah? Apa cerita sebenarnya ini?” tanya Yusri.

PPRT....Sudah hampir tujuh tahun memohon PPRT tetapi sehingga kini Siti tidak mendapat khabar berita ketika rumahnya hampir menyembah bumi.

USANG.....Jambatan 'papan dua keping' di Kampung Dumundung menunjukkan hati budi Bung Mokhtar.

Sementara itu, seorang surirumah, Siti Amir Hamza, 52, yang mempunyai lima orang anak dan suaminya sebagai seorang nelayan yang menyifatkan kehidupan yang mereka jalani sebagai 'hidup segan, mati tak mahu' meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.

“Kami sudah memohon PPRT sejak tahun 2006 lagi dan sampai sekarang tiada sebarang jawapannya yang diberikan. Tapi kalau PATI yang mohon esok, bulan depan sudah diluluskan,” jelas Siti dengan nada jengkel.

Sehubungan itu, bagi pihak warga Kg Dumundung, Siti memohon ehsan dan jasa baik ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman agar melantik Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Kampung Dumundung agar mendapat perhatian sepenuhnya daripada kerajaan.

"Kami sudah tidak sanggup lagi berkongsi Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dengan Kampung Sungai Madang kerana selama ini hampir 10 tahun mereka langsung tidak memperdulikan nasib warga kampung Dumundung," rayu Siti dalam nada sebak.

7 comments:

  1. Bung need to explain himself whether he is protecting the PATI.

    ReplyDelete
  2. If the people's representatives could not serve the people well, it is only right that they are replaced with other much better candidates.

    ReplyDelete
  3. Those who successfully being voted in as the people's leader must remember to fulfill their duty to the people.

    ReplyDelete
  4. Kampung Dumundung tidak harus dibiarkan terpinggir dari arus pembangunan.

    ReplyDelete
  5. Mungkin kita tidak boleh salahkan adun atau ahli parlimen. Kerana mungkin tidak ada laporan yang diterima oleh pihak tersebut menyebabkan perkara ini tidak ada pembelaan.

    ReplyDelete
  6. Bung sudah nafikan tuduhan ini..

    http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=11020:bung-mokhtar-nafi-lindungi-pati&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course he will deny it.Maybe there were some miscommunication among the villagers. This matter should be rectified.

      Delete