Friday 10 February 2012

ANWAR CUBA UBAH UNDANG-UNDANG M'SIA?



MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semulajadi manusia.

Katanya, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

"Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

"Sejak revolusi Perancis, slogan 'Liberte', 'Egalite', 'Fraternite', iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus," katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc semalam, yang bertajuk 'Lapok'.

Katanya, dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang.

"Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

"Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi," kata Dr Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semulajadi manusia, katanya, termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.

Malah, tambah Dr Mahathir, di Barat kini boleh adakan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan, pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan.

Menurut Dr Mahathir seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap sebagai baik bagi semua manusia maka itu mereka (Barat) melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

"Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya untuk cubaan tersebut (mengubah undang-undang di Malaysia) kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik," katanya.

Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan ke atas mangsa zina atau liwat, sebab itu, apabila seorang wanita melaporkan yang Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia (IMF) Dominque Strauss-Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Dominque dan jawatannya dilucutkan, katanya.

"Di Malaysia juga apabila laporan diterima daripada mangsa yang dianya telah diliwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya," katanya.

Beliau berkata bahawa 'teknikal' bukan bermakna tidak, jenayah berlaku, bukan tidak berlaku dan hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya.

"Mungkin orang lain yang melakukan jenayah itu! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain?, Wallahuwalaam," kata Dr Mahathir. (Bernama)

8 comments:

  1. Those laws and regulations which are already outdated or no longer relevant should be changed so that we can be up to date with the change of times.

    ReplyDelete
  2. undang-undang barat yang tidak sesuai dgn budaya kita tak harus diamalkan.

    ReplyDelete
  3. Semakin popular Anwar dengan kisah2 menarik minat rakyat M'sia atau luar. sehinggakan majalah porno Jepun menyiarkan kisah dia.

    ReplyDelete
  4. kalau rakyat terlalu mengamalkan kebebasan, alamat hancurlah negara.

    ReplyDelete
  5. Biarkan saja Anwar dengan diri dia. Yang penting sekarang rakyat sendiri dapat menilai bagaimana pentadbiran yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. mula timbul keraguan saya terhadap kepimpinan Anwar.. yang saya risaukan ialah, sekiranya beliau berjaya menduduki kerusi PM, beliau akan melakukan perubahan yang bertujuan untuk menjaga kepentingan beliau dalam kerajaan..

    ReplyDelete
  7. lihat saja keadaan parti beliau PKR.. setiap kali pemilihan mesti berlaku kekecohan.. begitu juga setiap kali pilihanraya, mesti ada komponen pakatan yang tidak puas hati dengan keputusan beliau.. jika parti sendiri tidak mampu diurus dengan baik, bagaimana pula dengan urusan negara dan undang2 negara??

    ReplyDelete
  8. Ada-ada saja..undang-undang kena sentiasa dikemaskini dan biar ia relevan dengan masa dan keadaan.

    ReplyDelete