Saturday 11 February 2012

AZIZAH TIDAK GENTAR TEMUI RAKYAT


CACAT.....Kecacatan penglihatan tidak menjadi benteng penghalang sentuhan kasih antara pemimpin dengan rakyat.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

“JANGAN takut temui rakyat untuk selesaikan masalah rakyat.” Itulah kata-kata yang sering dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias dalam setiap perjumpaannya dengan pemimpin masyarakat di DUN Klias.

Merealisasikan pesanannya, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pangguna itu sendiri sentiasa turun padang untuk melihat keperluan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya beliau memenuhi ruang waktu yang ada untuk menziarahi beberapa penduduk kurang bernasib baik di Kampung Kubu, Beaufort.

Dalam program Sentuhan Kasih itu Azizah telah menyampaikan bantuan sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk.

Azizah turut menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada seorang penduduk cacat penglihatan di sebuah rumah separuh siap. Beliau juga telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menyiapkan rumah penduduk tersebut.

Beliau yang diiringi, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Beaufort, Rokiah Salleh; Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Beaufort, Ramli Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kubu, Jainal Jilon dan kakitangan UPKR, sempat melawat dan melihat sendiri perkembangan kedai runcit peserta Azam Niaga melalui program 1 Azam di kampung itu.

BUAL.....Azizah kelihatan sedang berbual dengan seorang penduduk yang mendapat bantuan kerusi roda.

11 comments:

  1. Agree with Azizah that leaders should not be afraid to help the people solve their problems as it is their duty to do so.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Sentuhan Kasih program will continue to help more disadvantaged folks like the sick, elderly, disabled or hardcore poor.

    ReplyDelete
  3. Datuk Azizah semamng pemimpin yang prihatin dan dekat di hati rakyat yang menyokong beliau.

    ReplyDelete
  4. sebagai pemimpin mmg tak perlu gentar untuk temui rakyat, tak ada sebab untuk gentar. mmg tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada istilah gentar bagi seorang pemimpin.

      Delete
  5. pemimpn jg perlu membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  6. selalulah turun padang dan jalankan tanggungjawab bukan mengikut musim atau keadaan.

    ReplyDelete
  7. Saya suka dengan cara Azizah. Teruskan selesaikan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  8. Saya percaya jika semua pemimin melakukan kerja seperti Azizah pasti penduduk akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  9. sejak kebelakangan ini Azizah yang paling aktif turun padang.. dari mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat sehingga la kepada penganjuran program..

    ReplyDelete
  10. Selain memberi nasihat, Azizah praktikkan apa yang diucapkan oleh beliau sendiri. Barulah rakyat percaya dan yakin dengan Azizah. Good luck.

    ReplyDelete