Wednesday 15 February 2012

BAGUS TUTUP SAHAJA SABAHKINI.NET!



Saudara Pengarang,

KENAPAKAH membiarkan Blogger JohnBabagon sewenangnya mencaci agama? Janganlah atas nama kebebasan perkara ini tidak dipantau sehingga menyentuh sensitiviti agama. Bagus tutup sahaja Sabahkini.net kalau tidak dapat mengawal keadaan. Walaupun tuan menyatakan tidak bertanggung jawab terhadap komen pembaca tetapi kena pantaulah. Nampaknya pihak tuan seolah-olah menggalakkan caci-mencaci agama antara pembaca dalam komen yang mereka lontarkan!

Salam Hormat,

BOON HAI SONG

boon_58@yahoo.com

(NOTA : SABAHKINI.NET bukanlah blog tepi jalan yang boleh membina pagar dan menghalang para blogger lain untuk memasuki atau mengutarakan pandangan mereka, sebaliknya portal bebas milik rakyat Sabah. Sabahkini.net teguh dengan pendirian menyokong Fasal 7, BoG (Bill of Guarantee) iaitu tiada tapisan terhadap internet. Jika ada yang menyinggung perasaan anda sila buat laporan polis terhadap JohnBabagon atau blogger lain).

9 comments:

  1. Memang susah Sabahkini boleh memantau komen pembaca kerana menolak penapisan Internet, tiada apapa yang boleh dibuat terhadap mereka yang mengeluarkan kata-kata kasar ataupun yang berbau perkauman.

    ReplyDelete
  2. it's all up to the individual.

    ReplyDelete
  3. Best way is: Agree to disagree.

    ReplyDelete
  4. walaupun Sabah kini bagi kebebasan memberi pandangan, namun semasa memberi komen, kena juga etika gunakanlah bahasa yang baik dan elakkan masukkan unsur penghinaan.

    ReplyDelete
  5. Tiada alasan kenapa Sabahkini.net perlu ditutup.

    ReplyDelete
  6. Kita harus saling menghormati. Sepatutnya isu seperti tu tidak terjadi sekiranya masing2 tahu had kebebasan bersuara.

    ReplyDelete
  7. Apa-apa perkara perlulah ditapis sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. ba, bagus pengadu buat saja laporan polis.. kadang2 orang awam juga boleh dipersalahkan kerajaan menyalahgunakan kebebasan.. tidak ada yang baiknya jika kebebasan itu bersifat mutlak..

    ReplyDelete
  9. Gara2 si John Babagon saja terus mahu Sabahkini.net ditutup? Kalau tidak suka, janganlah dilayan.

    ReplyDelete