Tuesday 14 February 2012

BAHAGIAN PBRS SILAM DISERANG AHLI UMNO?


KETUA

Oleh : HASRIAH MUHAMMAD

KETUA Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Silam, Datu Mahmud Ahmad telah diserang di luar Dewan SJK Siew Ching, Lahad Datu oleh tiga orang saudara mara Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi setelah menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Bendera BN anjuran Pemuda UMNO Silam.

Beberapa orang saksi yang melihat kejadian berkenaan telah menghubungi koresponden Sabahkini.net di Lahad Datu memaklumkan kejadian berkenaan kerana mangsa enggan membuat laporan polis sekalipun hidung berdarah ditumbuk oleh penyerang, salah seorangnya bernama Mapilih Habibawa.

"Saya nampak Mantan Ketua Bahagian UMNO Silam, Haji Mohd Yusof Apdal pujuk Mahmud jangan lapor polis kerana akan mendatangkan risiko dia (Yusof) tidak dipilih menjadi calon Ahli Parlimen Silam kerana Majlis itu adalah tajaannya dan dilaksanakan Pemuda UMNO Silam," kata Kassim yang melihat Yusof Apdal menghulur RM500 kepada Mahmud untuk menutup mulut.

Kata Kassim, ketika kejadian berkenaan ada Polis Cawangan Khas nampak tetapi tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada ketuanya kerana menganggap insiden berkenaan isu dalaman parti.

Dalam pada itu, menurut Kassim, ketika berucap di majlis berkenaan, Mahmud yang menyuarakan pandangan ahli PBRS dan sebagai rakan kongsi BN Silam menegur sikap Ahli Parlimen yang gemar menabur janji palsu, mengkhianati pengundi dan mengamalkan sikap permusuhan dengan parti komponen.

Kritikan terbuka tersebut membuatkan penyokong Salleh Kalbi marah sehingga mereka bertindak menyerang dan mencederakan Mahmud; namun sempat dileraikan oleh hadirin setelah serangan mereka menyebabkan hidung Mahmud berdarah dan tubuhnya lebam.

Yusof Apdal merupakan adik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang diwar-warkan akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Silam atau Adun Kunak atau Lahad Datu.

Sebelum ini Yusof Apdal adalah Ketua UMNO Bahagian Silam sebelum digantung keahliannya kerana didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang.

Di Majlis tersebut, Yusof turut memberi angpau RM50 bagi setiap Ketua Cawangan dan Wakil Parti Komponen yang menghadiri 'Majlis Jual Air Liur' untuk melobi calon kerana ada gerakan memungut tandatangan menyokong beliau sebagai calon sebelum menyerahkan bendera BN dan wang berkenaan sebagai saguhati.

Menurut Kassim, semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Semporna pada 17 Januari 2012, Yusof telah menyewa 10 buah bas mini untuk membawa Ketua-Ketua Umno Cawangan di Lahad Datu dan diberikan wang poket RM200 setiap seorang untuk menunjukkan beliau mempunyai penyokong dan mendesak Ketua-Ketua Cawangan tersebut melobi calon untuknya.

Usaha Sabahkini.net menghubungi Mahmud dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup gagal. Bagaimanapun menurut rakan Mahmud, kecederaan yang dialami Mahmud tidak begitu serius dan enggan berjumpa dengan wartawan kerana menganggap kes berkenaan sebagai salah faham.

Sebelum ini, 'Budaya Samseng' sudah lama diamalkan di Silam kerana Ketua Bahagian UMNO sebelum ini, Datuk Haji Mohd Yusof Amat Jamlee pernah menumbuk dan mencederakan seorang perwakilan; malah turut mengupah tiga PATI dan Ketua Cawangan UMNO Tg Kapur Darat untuk menyerang hendak dan mencederakan Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D.

8 comments:

  1. Harap pihak polis akan menyiasat perbuatan 'samseng' ini. Kenapa Saudara Haji Salleh menyerang Mahmud Ahmad?

    ReplyDelete
  2. Jika ini benar berlaku, ianya sangat memalukan kerana ahli2 politik tidak bersikap profesional tetapi hanya pentingkan kedudukan dan wang.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya biarlah pihak polis menyiasat dahulu aduan tersebut sebab kadang2 sesuatu cerita itu boleh direka2 saja atau diputarbelitkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar pihak polis siasat dulu. Kalau salah pasti akan dihukum.

      Delete
  4. perbuatan Samseng seperti ini tak patut wujud dalam Parti, ia memalukan parti.

    ReplyDelete
  5. Benar atau tidak mengenai dakwaan ini kita harap sebagai satu parti kita perlulah berkerjasama dan bukannya melakukan perkara yang tidak diingini.

    ReplyDelete
  6. ada juga ahli politik yang jadi samseng.. saya mahu tengok macam mana mereka membidas kenyataan media Sabahkini ini.. kalau mereka senyap, bermakna semua cerita ini benar2 belaka..

    ReplyDelete
  7. polis sepatutnya menyiasat perkara ini berdasarkan laporan media.. tidak perlu tunggu pihak2 yang berkenaan membuat laporan dibalai polis..

    ReplyDelete