Sunday 12 February 2012

BBC MINTA MAAF SIAR PROGRAM M'SIA

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam 'Skandal Penetapan Berita' baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf 'dari Kuala Lumpur ke Khartoum' dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah 'membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial' yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."

10 comments:

  1. Hopefully our government will lead by example to improve the integrity and images of the Malaysian government.

    ReplyDelete
  2. Returning the good image of the country must be a integrated effort within the government.

    ReplyDelete
  3. The media suppose to be unbiased when it comes to news reporting. Clearly this shows lack of integrity.

    ReplyDelete
  4. Good to know that a well established news agency such as BBC is apologizing to for this error of conduct.

    ReplyDelete
  5. lain kali jgn menyiarkan program sesuka hati.

    ReplyDelete
  6. Tu sebagai pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya menyiar berita yang boleh memberi impak negatif kepada pihak lain.

    ReplyDelete
  7. Bagus kalau BBC sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  8. Selepas ini jangan ulangan lagi kesilapan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  9. takpa, asalkan mereka bertanggungjawab dengan menyiarkan semula permohonan maaf sekali dengan penjelasan..

    ReplyDelete
  10. Sekurang-kurangnya BBC berani mengaku kesilapan mereka.

    ReplyDelete