Saturday 18 February 2012

BELIA HARUS PRO-AKIF REBUT PELUANG

JUMPA....Azizah (kiri) pada majlis perjumpaan dengan belia Beaufort di Majlis Majlis Daerah Beaufort baru-baru ini.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

SEJUMLAH peruntukan akan diberikan kepada kontraktor belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klias di sini, kata wakil rakytanya, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata pemberian peruntukan itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk membantu meningkatkan ekonomi belia kawasan Dun Klias.

“Saya akan bantu kontraktor belia di Dun Klias ini dan saya berharap belia yang ada lesen kontrak agar dapat menyerahkan ke pihak saya. Kita akan agehkan beberapa projek untuk dilaksanakan oleh kontraktor belia melalui peruntukan Adun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan belia dan beliawanis daripada pelbagai persatuan dan sukarelawan belia Daerah Beaufort, di Majlis Daerah Beaufort, di sini baru-baru ini.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah dalam pertemuan itu turut meminta golongan belia agar proaktif dan berani menceburi bidang perniagaan bagi ekonomi di kalangan belia sekali gus mampu menyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.

“Golongan belia mestilah proaktif dan berani menceburi bidang perniagaan mengikut kemahiran masing-masing. Selain itu usahawan belia perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk mengusahakan perniagaan umpamanya memanfaatkan sumber alam semulajadi untuk menjana pendapatan,” katanya.

Perbincangan dalam perjumpaan itu memfokuskkan usaha ke arah meningkatkan ekonomi belia Beaufort. Pelbagai program telah dicadangkan oleh beberapa persatuan belia antaranya mengadakan Tamu Belia Ala-Up Town yang diadakan pada waktu malam.

Keperluan premis perniagan untuk peniaga dan usahawan belia juga mendapat perhatian Azizah di samping beliau turut mencadangkan supaya pusat informasi belia diwujudkan di sini

Program perkongsian pengalaman dengan peniaga/usahawan yang telah berjaya dan kursus ursus perniagaan burung walid turut dicadangkan.

40 comments:

  1. The people must make use of the opportunities presented to them in the best possible way so that they can go further in their achievements.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not everyone offering good chance, once given, they have need to appreciate it.

      Delete
    2. Peluang telah diberi, belia harus menghargai peluang yang diberi.

      Delete
  2. An entrepreneur must have creativity and innovation and is willing to work hard. Keep up the efforts and I'm sure they can reach higher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. an entrepreneur must also willing to take risk. Whenever there is opportunities, they should immediately grab it.

      Delete
  3. Bila ternampak peluang, peganglah kuat-kuat jangan lepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jangan pula telebih demand sampai minta suap lagi, dah lah:P

      Delete
    2. Bukan semua orang diberi peluang, jika diberi, harus juga menghargainya.

      Delete
    3. belia2 harus merebut peluang lebih2 lagi perkara yang melibatkan minat.

      Delete
  4. Program perkongisan pengalaman ini mungkin baik untuk mereka yang baru saja memulakan perniagaan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan adanya program seperti ini, pasti dapat membantu belia2 tempatan yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan.Pasti lebih banyak pengalaman dapat di timba.

      Delete
    2. Pengalaman juag memerlukan masa. Seharus belia memberanikan diri untuk mencuba.

      Delete
    3. Bidang perniagaan bidang yang paling rumit dan memerlukan banyak masa untuk dipelajari.

      Delete
  5. belia harus mencari peluang dan bukannya menunggu sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tidak dapat menemui sebarang peluang, belia sebenarnya boleh mencipta peluang itu sendiri. hadapi risiko dan libatkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

      Delete
  6. harap pusat informasi belia yang dicadangkan akan ditubuhkan untuk membantu para belia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebaiknya... Semoga semua perancangan yang dibuat berjalan lancar demi kebaikan bersama khususnya belia di Beaufort.

      Delete
    2. informasi tu jangan disia-siakan guna la sebaik mungkin

      Delete
  7. "Beliau berkata pemberian peruntukan itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk membantu meningkatkan ekonomi belia kawasan Dun Klias."

    Uiseymen, macam saja itu peruntukan duitnya:P hahhahaha

    ReplyDelete
  8. Tapi bagus jugalah usaha si Azizah ni. Harap dapat bantu belia Beaufort:)

    ReplyDelete
  9. Semoga cadangan yang diutarakan dapat direalisasikan dan berjalan lancar. All the best.

    ReplyDelete
  10. benar, golongan belia patut lebih proaktif dan berani menceburi bidang perniagaan bagi ekonomi di kalangan belia yang mana sekali gus mampu menyumbang dalam perkembangan ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  11. saya setuju dengan tajuk di atas

    ReplyDelete
  12. jikalau belia mempunyai minda sedemikian, nescaya negara ini akan dapat melahirkan satu lapisan generasi yang unggul, mantap dan berani mengharungi cabaran tanpa rasa gerun

    ReplyDelete
  13. semoga program-program yang dicadangkan di atas disambut baik oleh orang ramai terutama dari pihak belia negeri ini

    ReplyDelete
  14. cadangan supaya pusat informasi belia diwujudkan amat dialu-alukan terutama di setiap daerah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pusat informasi ini dapatlah digunakan oleh para belia untuk merujuk apa2 tentang perniagaan dan keusahawanan.

      Delete
  15. Pelaung tidak datang setiap kali, bila ada peluang di depan mata, jangan sekali melepaskanya.

    ReplyDelete
  16. peluang ini kena dimanfaat sepenuhnya belia.

    ReplyDelete
  17. Belia Beaufort harus menghargai peluang, jangan pula menantikan peluang mengetuk pintu, ini tidak mungkin.

    ReplyDelete
  18. Semoga para belia merebut peluang yang ada dan diberikan kepada mereka itu.

    ReplyDelete
  19. Bidang perniagaan memerlukan modal yang mencukupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika belia yang ingin memulakan perniagaan tidak mempunyai modal yang mencukupi rasanya kerajaan banyak menyediakan pinjaman2 kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.

      Delete
  20. Kita tidak mahu para belia tidak ada hala tuju dan dibiarkan begitu saja. Seharusnya mereka ini perlu dibantu untuk generasi kita akan datang.

    ReplyDelete
  21. inilah pemimpin yang wajar dicontohi oleh semua wakil rakyat.. jika Azizah mampu membantu golongan belia dalam meningkatkan ekonomi mereka, kenapa tidak pemimpin2 atau wakil rakyat yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat yang lain perlu ambil contoh tindakan Azizah yang rajin turun padang dan berjumpa dengan rakyat.

      Delete
  22. syabas kepada Azizah.. saya harap beliau akan kekal di DUN Klias..

    ReplyDelete
  23. Program tersebut harus diberi sokongan dan mengambil bahagian, jika tidak, akan kehilangan peluang keemasan ini.

    ReplyDelete
  24. Rebut peluang yang ada. Jangan sia-siakan bila sudah dapat peluang itu.

    ReplyDelete