Saturday 25 February 2012

BERSATULAH BANGSA TAMBANUO!



Oleh : JAMES AIK

APABILA saya 'paste' artikel saya daripada Sabahkini.net yang bertajuk “Tragedi Sukau, Bukan Titik Akhir Bangsa Tambanuo” di 'page' USNO Club Kinabatangan, satu-satunya komen yang diterima daripada anak bangsa Tambanuo yang lebih senang menggelarkan dirinya sebagai 'Orang Sungai' mempersoalkan perjuangan saya untuk Tambanuo.

Komen beliau: “Rosli Abdul Kadir Kenapa mesti mengaitkan perjuangan bangsa dengan parti politik? Berjuanglah untuk bangsa dengan telus tanpa ada agenda tersembunyi. Kepada rakan2 yang benar2 ingin berjuang untuk bangsa sungai dijemput menyertai Persatuan Kebudayaan Bangsa Sungai Sabah."

Sebagai manusia, bangsa Tambanuo berhak menikmati haknya di bumi mana tempat dia berpijak. Bangsa Tambanuo mempunyai hak yang sama dengan bangsa-bangsa lain. Tidak ada satu pun perkara yang boleh mengurangkan hak bangsa Tambanuo.

Bahagian 1 Artikel 1 dalam Deklarasi UNDRIP (United Nations Declaration on the Right of Indigenous Peoples) menyatakan “Orang Asal mempunyai hak ke atas semua hak asasi manusia.”

Saya bukanlah pengamal undang-undang, tetapi saya dan bangsa saya juga adalah manusia yang dilindungi oleh undang-undang, termasuk undang-undang Antarabangsa.

Apa juga hak bangsa lain, bangsa Tambanuo mempunyai hak itu. Hanya larangan sesuatu kepercayaan individu dalam bangsa Tambanuo yang mengurangkan hak itu. Itu pun kalau seseorang Tambanuo itu memilih untuk menghormati larangan kepercayaannya.

Tidak ada satu individu atau organisasi, atau kerajaan atau apa juga kuasa manusia yang boleh samada menghalang atau mengurangkan hak asasi manusia bangsa Tambanuo.

Bahagian 1 Artikel 2 ada menyebut bahawa “Orang Asal adalah bebas dan sama rata dengan manusia dan individu lain dan mempunyai hak untuk bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi.”

Sebagai manusia yang dilindungi undang-undang, bangsa Tambanuo juga berhak untuk bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi. Bangsa Tambanuo berhak hidup sebagai manusia di tanah airnya sendiri. Bangsa Tambanuo berhak menikmati kekayaan tanah airnya.

Bahagian 1 Artikel 5 menyebut; “Orang Asal ( Tambanuo) berhak mempertahankan dan memperkuatkan politik, undang-undang, ekonomi, social dan institusi budaya kita tersendiri, tapi pada masa yang sama mengekalkan hak kita untuk menyertai sepenuhnya, jika kita memilih, dalam bidang politik, ekonomi, kehidupan sosial dan budaya Negara.”

Apabila Orang Asal menyedari masyarakatnya ditindas atau diperlakukan dalam apa juga bentuk diskriminasi oleh kerajaan sesebuah Negara di mana Orang Asal berada, Orang Asal berhak untuk menuntut hak asasi manusia itu di peringkat Antarabangsa.

Sebagai badan dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) harus menghormati undang-undang Antarabangsa dan melaksanakan tanggung jawabnya terhadap hak asasi manusia. Bangsa Tambanuo tidak terkecuali daripada pembelaan tanggung jawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, tanpa disedari Institusi Bangsa Tambanuo sedang berhadapan dengan suatu dilema baru. Sama ada memilih untuk hidup di bawah suatu kerajaan bernama Malaysia atau memilih untuk meneruskan pemerintahan institusi Bangsa Tambanuo itu sendiri.

Pada umumnya, sejarah pembentukan Malaysia tidak pernah menyebut adanya persetujuan secara bertulis daripada setiap suku-suku bangsa Tambanuo untuk menyokong atau menyertai dan seterusnya menyokong dan menghormati apa juga undang-undang dan perlembagaan yang dibuat setelah pembentukan Malaysia.

Mereka yang dianggap sebagai pemimpin dari Sabah telah menandatangani perjanjian Malaysia, tidak mempunyai surat kuasa daripada setiap suku-suku bangsa Tambanuo sebagai bukti bahawa mereka mewakili bangsa Tambanuo.

Suruhan Jaya Cobbold telah dalam laporannya mengatakan bahawa satu pertiga tidak menyokong, satu pertiga meminta supaya mengekalkan kemerdekaan melalui British. Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa suara dua pertiga ini adalah suara sebenar Orang Asal mengenai pembentukan Malaysia. Sebagai penjajah, para pegawai British adalah jauh lebih dekat dengan para pemimpin masyarakat Tambanuo waktu itu.

Hak bangsa Tambanuo dalam pembentukan Malaysia diketepikan. Demi maruah bangsa Tambanuo, tanah air yang diwariskan oleh nenek moyang bangsa Tambanuo dan generasi bangsa Tambanuo, kita telah menyedari hari ini. Oleh itu hak bangsa Tambanuo perlu diperjuangkan.

Kita telah memilih untuk memperjuangkan hak kita melalui sistem perundangan dan berkerajaan. Malangnya hak bangsa Tambanuo semasa penjajahan British jauh lebih terbela daripada kerajaan sekarang. Kita telah memilih untuk memperjuangkan hak bangsa Tambanuo melalui parti-parti yang dipimpin oleh Tambanuo sendiri. Malangnya Malaya telah mempersenda hak kita terhadap tanah air kita.

Untuk meneruskan kesinambungan perjuangan kita, masanya untuk bangsa Tambanuo bersatu dalam satu parti di bawah pimpinan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ia itu STAR. Tidak ada satu bangsa pun yang boleh membantu bangsa lain. Bangsa Tambanuo perlu bersatu dalam parti STAR dan berjuang membela haknya melalui STAR. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kali lah!

21 comments:

  1. Perhaps there is some point that can be considered by what was commented in this article.

    ReplyDelete
  2. It is a noble deed to champion for the betterment of ones community as well as its people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A leader who is sincere to protect the people's rights will surely get the people's support.

      Delete
    2. Its up to how the people judge the leaders on their own perspective.

      Delete
    3. They know well what kind of leader they want. Hoping they are sincere to strike the best for the people.

      Delete
  3. But none the less, they still require a platform to lobby their cause.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the Tambanuo people will make the right choice as to whom is better to voice out their interest both in the state level as well as the Federal level.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They must make the best choice for the sake of their people's future, with one vote they can make a change.

      Delete
    2. Beranikan diri untuk membuat perubahan. Masa depan generasi muda berada di tangan pengundi kini.

      Delete
  5. All shall be revealed during this coming general election

    ReplyDelete
  6. bangsa Tambanuo perlu bersatu untuk mempertahankan hak, budaya dan adat mereka.

    ReplyDelete
  7. semoga hak bangsa Tambanuo tidak diketepikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan harus memberi perhatian yagn wajar kepada bangsa Tambanuo, mereka juga berhak menikmati apa yang sama dengan bangsa yang lain.

      Delete
    2. All the best and good luck

      Delete
  8. semga bangsa Tambanuo akan terus maju dan membangun.

    ReplyDelete
  9. Semoga bangsa kecil ini juga diberi perhatian dan berkembang seiras dengan perancangan pembangunan negara.

    ReplyDelete
  10. Untuk meneruskan kesinambungan perjuangan kita, masanya untuk bangsa Tambanuo bersatu dalam satu parti di bawah pimpinan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ia itu STAR. Tidak ada satu bangsa pun yang boleh membantu bangsa lain.

    Jika STAR ikhlas untuk membantu golongan Tambanuo, tiada masalah untuk rakyat menyokong mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memamg sudah terang2 nampak tidak ikhlas.. STAR cuma mahu sokongan, bukannya membantu bangsa itu.. jika Jeffrey benar2 mahu membantu, tidak perlu mengajak kaum Tambanuo bersatu dalam STAR..

      Delete
  11. dalam panjang2 artikel ini, point utama dia hanya "..bangsa Tambanuo bersatu dalam satu parti di bawah pimpinan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ia itu STAR."

    ReplyDelete
  12. sesebuah bangsa atau kaum sukar untuk maju jika hanya bergantung pada parti politik..

    ReplyDelete
  13. Jangan hanya menanti sesuatu yang tidak pasti..Seharusnya terus berusaha mencapai kejayaan.

    ReplyDelete