Sunday 12 February 2012

BN PERLU BERSATU PADU UNTUK MENANG

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya bersatu padu dan bekerja keras untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata, kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu bukan kerana parti tersebut kuat tetapi kelemahan BN yang tidak bersatu padu.

Katanya dengan perpaduan, tidak mungkin parti akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau ahli parti tidak ada disiplin, hancurlah parti, sebab itu pada plihan raya 2008, banyak kerusi tumbang. Bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi kelemahan kita kerana kita tidak bersatu padu.

"Yang penting, kita buat siasatan mengapa kita kalah dan selepas itu ambil tindakan supaya perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Saya percaya, jika kita bersatu padu menentang pembangkang, Insya-Allah, kita akan berjaya," katanya pada majlis Tun Daim bersama BN Lembah Pantai di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Daim juga berkata BN mampu untuk memenangi kembali Lembah Pantai jika semua anggota parti bersatu padu dan memberi sokongan kepada calon yang dipilih mewakili kawasan berkenaan.

Katanya BN akan dapat menentang pakatan pembangkang kerana parti sentiasa berjuang dengan polisi tertentu dan akan memperoleh kemenangan jika mendapat sokongan dan tiada unsur sabotaj.

Beliau juga berkata isu rasuah, ekonomi, inflasi dan kepimpinan adalah antara perkara yang dijangka menjadi bahan untuk berkempen pada PRU-13.

Katanya parti pembangkang akan memainkan isu rasuah dan kerajaan perlu mengambil langkah untuk menjawab isu tersebut dengan kadar segera.

"Golongan muda sekarang akan bertanya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap isu rasuah. Selain rasuah, ialah soal pembaziran. Ini isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang dan BN mesti jawab dan kalau boleh, jawab sekarang," katanya.

Daim berkata kerajaan juga perlu mengambil berat berhubung soal inflasi yang boleh menjadi beban kepada rakyat kerana ia berkaitan dengan harga barangan.

Bagaimanapun, katanya dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah baik dan dilaksanakan dengan sempurna. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Both sides must make sure all problems within are rectify before the coming election.

    ReplyDelete
  2. Having said that, may the best side win cum GE-13

    ReplyDelete
  3. Cooperation and unity is the key to victory. A party that conflicted with each other will have more difficulties in reaching common goals.

    ReplyDelete
  4. May the best party gain the most votes from the people. Vote wisely people.

    ReplyDelete
  5. ya.. BN perlu bersatu, dgn bersatu barulah ia akan kukuh.

    ReplyDelete
  6. segala masalah perlu diselesaikan dgn cara baik.

    ReplyDelete
  7. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  8. Untuk menang sememangnya kerjasama itulah tangga untuk kearah kemenangan.

    ReplyDelete
  9. Jika ada perkara yang tidak sefahaman dalam parti maka perlulah dibawa berbincang untuk menyelesaikan perkara tersebut.

    ReplyDelete
  10. pastikan juga semua isu samada diperingkat tempatan mahupun diperingkat nasional yang sering dimain2kan oleh pembangkang diselesaikan sebelum PRU..

    ReplyDelete
  11. kalau di Sabah, BN masih mempunyai peluang cerah kerana belum ada tanda2 bahawa pembangkang di negeri ini akan bersatu padu..

    ReplyDelete
  12. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    ReplyDelete