Monday 13 February 2012

BN TETAP KUKUH DAN RELEVAN

CENDERA....Azizah menyampaikan cenderakenangan kepada Mazibah.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

RAKYAT di negara ini perlu yakin bahawa Barisan Nasional tetap relevan dan sebuah kerajaan yang akan terus kukuh kerana mempunyai pemimpin yang bijaksana mentadbir negara, sehingga rakyat mendapat nikmat pembangunan.

Exco Pergerakan Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pemimpin kerajaan BN mengamalkan budaya bekerja untuk semua bangsa dan tidak akan berhenti bekerja untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Perjuangan BN telah terbukti memerdekakan negara dari penjajah, menjadikan negara ini yang dahulunya mundur kini pesat membangun dan menuju halatuju negara maju menjelang 2020,” katanya.

Azizah berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan kerja yang bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dengan melakukan tranformasi secara menyeluruh.

“Rakyat perlu bersyukur kerana sumbangan perjuangan BN dapat membela rakyat secara berterusan dan rakyat perlu di beri penjelasan agar tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Taklimat Pemantapan Jentera Pilihanraya Jalinan Rakyat (JR10) Pergerakan Wanita BN Bahagian Beaufort di Dewan Baru, Beaufort.

Seramai 424 jentera pilihanraya Wanita BN Beaufort telah mengikuti pembentangan kertas kerja Setia Bersama Menuju Kejayaan yang disampaikan Mazibah Mohd zin dan Norhana Abd Jabbar.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berkata pemimpin dan ahli parti mesti memberi penjelasan mengenai kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan BN selama ini kepada semua rakyat termasuk mereka yang selalu membangkang kerajaan.

TEGUH....Pemimpin BN Beaufort merapatkan barisan berdiri teguh di bawah panji-panji kerajaan BN.

MCA.... Wanita MCA bergambar bersama Azizah.

“Pembangkang juga tidak terkecuali menikmati pembangunan negara di bawah pemerintahan kerajaan BN dan mereka mesti kita beritahu segala jasa dan bakti BN kepada rakyat,” katanya.

Pada majlis itu Azizah mengetuai pembacaan ikrar taat setia kepada BN bersama peserta, pemimpin parti komponen BN dan pemimpin masyarakat Beaufort.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias juga menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang dan sijil penghargaan kepada dua mantan pemimpin wanita parti komponen Bahagian Beaufort.

12 comments:

  1. The people must know which party is the best one for them for the sake of the future.

    ReplyDelete
  2. Hope that the best party will gain the most votes from the people.

    ReplyDelete
  3. BN akan terus kukuh jika ia terus menbantu dan menjaga hal ehwal rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peka kepada permasalahan rakyat maka BN akan sentiasa menjadi pilihan rakyat.

      Delete
    2. isu2 berhubung kepentingan rakyat biarlah dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin. jangan sampai jadi alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

      Delete
  4. Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

    ReplyDelete
  5. BN tetap kukuh untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  6. Selagi tanggungjawab kepada penduduk ditunaikan selagi itulah sokongan penduduk tetap kepada parti yang masih relevan untuk membantu mereka.

    ReplyDelete
  7. samada BN terus kukuh dan releven atau tidak, bergantung kepada kesungguhan, kejujuran dan kekuatan jentera2nya..

    ReplyDelete
  8. anyway, syabas kepada Azizah kerana sering dilihat turun padang mendekati rakyat..

    ReplyDelete
  9. Titikberatkan ketelusan dalam pentadbiran, nescaya akan mendapat sokongan padu daripada rakyat.

    ReplyDelete