Saturday 4 February 2012

BR1M JADI PROPAGANDA PEMBANGKANG

GONG XI.....Datuk VK Liew bergambar beramai-ramai dengan sebahagian para tetamu di majlis tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 963 orang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Parlimen Sandakan yang membabitkan DUN Elopura dan Tanjung Papat; sebahagian daripadanya mereka sudahpun menerima BR1M yang di adakan di Dewan Masyarakat Sandakan dua hari yang lalu.

Walaupun keadaan terlalu sesak orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan baucer di beberapa kaunter yang disediakan, sebilangannya berjaya mendapatkan baucer masing-masing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong bercakap kepada Wartawan Sabahkini.Net pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti LDP Sandakan malam tadi di rumah kediaman Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Charlie Pang.

Katanya, mereka yang mendapat baucer tersebut jangan terlalu gopoh untuk mendapatkan wang tunai kerana keadaan Bank-Bank berkenaan seperti BSN, CIMB dan Maybank sekarang terlalu sibuk saban hari dikerumuni oleh orang ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan hak mereka masing-masing.

Lagipun kata Liew tempoh masa had laku baucer berkenaan hingga 15 April 2012, jadi masanya masing panjang lagi dan duit itu tidak akan hilang atau luput kerana sudah dijamin 100 peratus, RM500 tetap menjadi milik penerima.

Katanya, bagi golongan yang kurang berada jumlah RM500 yang diberikan oleh kerajaan banyak boleh digunakan dengan bijak untuk membeli barang-barang keperluan yang perlu sahaja.

Liew juga menyangkal dakwaan oleh parti-parti pembangkang kononnya BR1M ini sebagai pancing undi kerana pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti sudah semakin hampir.

“Ini merupakan satu propapaganda pembangkang untuk menarik perhatian rakyat kerana sudah ketandusan idea untuk memutar belitkan fakta yang sebenar,” ujarnya.

Jelas Liew lagi, tujuan mengadakan majlis rumah terbuka Tahun baru Cina anjuran LDP Sandakan ia menjurus kepada mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk bagi menyuntik semangat setia kawan antara semua kaum tidak mengira perbezaan adat resam budaya dan anutan kepercayaan Agama.

"Budaya ini sudah menjadi satu trend kepada bangsa Malaysia setiap perayaan tidak kira Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Krismas dan Deepavali akan disambut dengan mengadakan rumah terbuka seumpama ini," katanya.

No comments:

Post a Comment