Tuesday 14 February 2012

BR1M, JANGAN NAIK HARGA BARANG

PARA peniaga dinasihati agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan mereka berikutan rakyat menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata peniaga perlu bertanggungjawab dan bersyukur kerana dengan bantuan RM500 itu rezeki peniaga akan bertambah.

“Apa yang kita minta kepada peniaga-peniaga supaya mereka bertanggungjawab. Mereka tentu ingin ekonomi mereka bertambah baik, apabila rakyat kita begitu ramai menerima bantuan seperti hari ini, jadi mereka boleh berbelanja dan ini tentunya membawa nikmat rezeki yang lebih banyak kepada peniaga.

“Para peniaga seharusnya bersyukur, jangan pula sengaja menaikkan harga barangan mereka dalam keadaan begini. Mereka patut bersyukur dan menjual barangan mereka dengan harga biasa supaya rakyat lebih suka berbelanja di kedai mereka,”

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan BR1M Daerah Beaufort di Dewan Pa' Musa di sini, kelmarin.

Seramai 3,313 penerima bantuan dalam pembahagian fasa ketiga itu sebelum pembahagian setrusnya pada peringkat keempat.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyediakan kaunter bagi memudahkan penerima menunaikan baucer bantuan itu.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut menasihati penerima agar berbelanja secara bijak dan berhemah.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada pengguna supaya bijak memilih tempat berbelanja. Jika ada peniaga-peniaga tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga pulaukan kedai-kedai mereka dan carilah kedai yang menjual dengan harga munasabah.

Berbelanjalah secara berhemah yakni membeli apabila ada keperluan dan amalkan budaya menyimpan untuk keperluan kemudian hari,” katanya sambil memaklumkan Kedai rakyat 1 Malaysia (KR1M) akan di wujudkan di negeri ini iaitu selewat-lewatya Jun tahun ini.

Beliau yang berterima kasih kepada kerajaan bagi pihak penduduk di sini berharap rakyat terus menyokong kerajaan bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

“Saya bagi pihak rakyat Beaufort amat berterima kasih kerajaan Barisan Nasional. Ini membuktikan betapa kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib rakyat di negara ini.

Apabila negara ini, kerajaannya ditadbir dengan baik, mempunyai kewangannya begitu kukuh, ianya dapat dikongsi dengan rakyat justeru itu rakyat negara ini perlu terus menyokong kerajaan yang mampu membela nasib mereka, iaitu kerajaan BN,” katanya.

15 comments:

  1. Peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga barang untuk mendapatkan keuntungan lebih. Ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat akan menggunakan bantuan kewangan BR1M itu dengan cara yang baik, jangan membazirkan duit tersebut dalam apa yang tidak diperlukan.

    ReplyDelete
  3. hopefully there will be no greedy traders taking advantage of this matter.

    ReplyDelete
  4. The recipients too need to make full use of this BR1M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dilabur pasti akan mendapat lebih faedah lagi.

      Delete
  5. memang ramai yang suka mengambil kesempatan dengan bantuan2 yang diberikan oleh kerajaan ni.

    ReplyDelete
  6. mmg tidak patut jika ada peniaga nak menaikkan harga barangan kerana bantuan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peniaga yang berbuat demikian harus dikenakan tindakan tegas.

      Delete
    2. Menyelaraskan harga patut dilaksanakan secepat yang mungkin untuk mengelak hal2 seperti ini berlaku.

      Delete
  7. Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

    ReplyDelete
  8. Harap mengenai kenaikkan barang perlulah dikawasal sebaiknya. Jangan biarkan berlaku perkara ini.

    ReplyDelete
  9. orang ramai sendiri perlu tampil membuat aduan sekiranya ada mana2 peniaga yang sengaja menaikkan harga barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena tahu hak kita sebagai pengguna.

      Delete
  10. soal peniaga menaikkan harga barang sesuka hati mungkin boleh diatasi setelah KR1M dilaksnakan di semua daerah di negeri ini..

    ReplyDelete
  11. Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete.

    Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com

    Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja.

    Ini youtube link untuk kempen kesedaran pengguna malaysia http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0

    ReplyDelete