Friday 24 February 2012

CADANG KOMPAUN ATASI PENJARA SESAK



JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah akan menggunakan pendekatan seperti kompaun terhadap pesalah bagi membantu mengatasi masalah kesesakan banduan di penjara Sabah.

Timbalan Pengarah JKDM Sabah, Hamzah Sundang berkata setiap tahun, sejumlah 1,000 hingga 2,000 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Kastam melihat masalah kesesakan penjara dengan kos yang terpaksa ditanggung, dan Kastam ada kuasa kompaun. Boleh bayangkan pesalah boleh mencapai 1,000 hingga 2,000 orang tangkapan di Sabah sahaja.

"Dengan kuasa kompaun, tidak semua tangkapan didakwa di mahkamah, (dan ini) boleh mengurangkan kesesakan di penjara. Kalau dakwa, jadi masalah besar kepada penjara menghadapi kesesakan, termasuk dari kalangan warga asing," katanya ketika berucap di program lawatan JKDM Sabah ke Jabatan Penjara Pusat Sabah di Kepayan, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu Abdul Halim Ma'Hassan.

Hamzah berkata pihaknya akan terus menjalinkan hubungan baik dengan semua agensi penguatkuasaan termasuk polis dan Jabatan Penjara bagi mengatasi masalah berkaitan, selain menjaga keamanan di negeri itu.

Mengenai program itu, beliau berkata lawatan bersama anggota dan pegawai jabatan tersebut adalah sempena Hari Kastam Sedunia yang disambut sepanjang bulan ini.

"Tujuan (lawatan) agar anggota memahami peranan dan tanggungjawab Jabatan Penjara, selain untuk melihat masalah hubungan tugasan antara Jabatan Kastam dan Jabatan Penjara, kita juga mahu beri keinsafan kepada anggota bagaimana suasana kehidupan di penjara agar mereka tidak masuk penjara," katanya yang yakin Malaysia mengamalkan pendekatan pemenjaraan berhemah. (Bernama)

10 comments:

  1. Masalah banduan warga asing ini semakin meningkat dan ini telah menyebabkan kesesakan dalam kebanyakan penjara dalam negara kita. Jika cara kompaun ini boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan penjara, maka ia patut dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  2. Diharapakan setiap Jabatan seperti Jabatan Kastam, Jabatan Penjara dan lain-lain akan sentiasa bekerjasama untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  3. mengenakan kompaun mmg baik, tapi jika mereka tidak mampu membayar kompoun, bagaimana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu hal merekalah kalau tidak dapat bayar kompaun. kalau sudah tahu sesuatu itu salah sepatutnya mereka tidak buat.

      Delete
  4. Negara asal banduan sepatutnya bertanggungjawab ke atas warganegara mereka yang dipenjarakan di luar negara. lagipun bilangan warganegara mereka ni sudah semakin ramai hingga membebankan negara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar saja balik banduan tu ke negara asal.

      Delete
  5. apa sebenarnya maksud pendekatan kompaun ini?? adakah penjenayah hanya akan dikenakan kompaun tanpa perlu dipenjarakan??

    ReplyDelete
  6. saya amat tidak bersetuju jika penjenayah boleh bebas hanya dengan membayar kompaun.. perkara ini perlu dibincangkan semula dengan mengambilkira pandangan rakyat.. atau mungkin JKDM perlu memberikan penjelasan secara terperinci berkenaan dengan pendekatan ini bagi mengelakkan ada pihak yang keliru atau cuba menimbulkan spekulasi negatif terhadap cadangan ini..

    ReplyDelete
  7. Kesesakan yang berlaku sememangnya dipenuhi oleh warga asing. Maka cari jalan bagi memastikan kesesakkan ini dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  8. I'm afraid if this method will increase corruption problems.

    ReplyDelete