Sunday 19 February 2012

DOMPOK DAN MAXIMUS JUAL NAMA PM?



Oleh: THAMPPAREQ KITOES

PRESIDEN UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Maximus Johnity Ongkili disifatkan melakukan perbuatan terkutuk menjual nama Perdana Menteri demi untuk menyelamatkan tali hayat politik mereka di ambang kebangkitan rakyat pribumi Sabah.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat, Rudy Sulaiman Mairi mendedahkan demikian kepada Sabahkini.net setelah 'janji manis' Dompok dan Maximus menjadi hiasan akhbar menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ke Sabah kini menjadi sebagai daripada sejarah pembohongan pemimpin KDM tersebut.

Akibat daripada berita yang mereka canangkan, maka rakyat Sabah ternanti-nanti pengumuman Najib, namun hampa kerana Najib tidak membuat sebarang pengumuman berhubung isu berkenaan.

"Agak aneh kenapa tidak ada wartawan Sabah yang berani buka mulut bertanyakan soalan berkenaan, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Jadi saya beranggapan bahawa ini semua hanya jenaka Dompok dan Maximus," kata Rudy kerana meyakini Najib tidak pernah memaklumkan akan membuat pengumuman keputusan Kabinet Malaysia berhubung RCI di Sabah.

Tegas Rudy, rakyat Sabah kini ingin tahu apa alasan Dompok dan Maximus dan apa rancangan mereka untuk memastikan RCI bukanlah impian kosong rakyat Sabah.

"Dalam hal ini adalah lebih bermaruah bagi Dompok dan Maximus meletakkan jawatan masing-masing jika mereka masih bermaruah kerana mereka ternyata gagal meyakinkan Perdana Menteri betapa pentingnya RCI buat rakyat Sabah," kata Rudy dengan nada kecewa.

Lebih berhemah lagi kata Rudy, Dompok dan Maximus membawa parti masing-masing meninggalkan Barisan Nasional sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee lebih tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment