Tuesday 14 February 2012

DZAIDDIN BUAT TUDUHAN TIDAK BERASAS



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu. Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.

9 comments:

  1. Berasas ataupun tidak bergantunglah pada penilaian rakyat sendiri, harap mereka akan bijak menilainya.

    ReplyDelete
  2. hopefully they can bury the hatchet for this matter

    ReplyDelete
  3. Dr. M is often associated with controversial issues. I don't think he is clean enough.

    ReplyDelete
  4. sekarang baru timbul banyak isu panas tentang Dr M. dulu, pemerintahannya nampak lancar ja..

    ReplyDelete
  5. badan kehakiman adalah bebas dan tidak tunduk pada mana2 pihak.

    ReplyDelete
  6. nampak kenyataan tu tidak menjadi isu panas.

    ReplyDelete
  7. Kehakiman Negera seharusnya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana ini akan menjejaskan mutu kehakiman di Negara kita ini.

    ReplyDelete
  8. pemimpin2 Pakatan lebih dulu mengumumkan akan mengubah undang2 negara jika diberikan mandat memerintah negara ini.. bukankah situasi itu juga bakal meletakkan negara ini dikedudukan bahaya?? undang2 di negara ini tidak boleh sewenang2nya diubah oleh ahli2 politik..

    ReplyDelete
  9. saya yakin, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi perdana menteri, beliau akan menggunakan kuasa beliau bagi melakukan perubahan besar2an terhadap undang2 negara.. tujuannya adalah untuk membolehkan beliau memerintah lebih lama dan juga bagi melancarkan misi balas dendam beliau terhadap Tun M..

    ReplyDelete