Monday 13 February 2012

EPIK TAMBANUO BUAT RODERICK

Oleh : JAMES AIT

SERIBU enam ratus lima puluh tahun setelah Allah selesai menciptakan dunia ini, Allah telah mendapati bahawa kehidupan manusia pada waktu itu penuh dengan kejahatan. Allah mengambil keputusan untuk menenggelamkan dunia ini dengan banjir besar.

Inilah catatan daripada masyarakat di Timur Tengah, yang tinggal hanyalah keluarga Nabi Noh. Cerita yang diwariskan secara turun-temurun oleh masyarakat Orang Asal (Tambanuo) di Sabah, yang tinggal hanyalah sepasang suami isteri yang baru kahwin yang hanya dikenali sebagai Laduon (nenek) dan Lakion (datuk). Sepasang suami isteri itulah yang memulakan suatu masyarakat baru Tambanuo selepas banjir besar yang lebih dikenali oleh masyarakat Tambanuo sebagai 'Losob'.

Anak-anak daripada Laduon dan Lakionlah yang memulakan kehidupan di seluruh pelusuk tanah air Sabah ini. Sebab itu setiap anak-anak sungai di bumi Sabah ini, mempunyai namanya sendiri. Nama tempat itu mempunyai latar belakang sejarah. Menunjukkan kepada generasi bangsa Tambanuo bahawa tempat itu adalah milik bangsa Tambanuo.

Apabila saya berbicara mengenai Tambanuo, ia tidak terhad kepada kumpulan Paitanik, tetapi juga kumpulan Dusunik, Murut, Kadazan dan kecuali Bugis, Timur, China, India, Pakistan dan bangsa-bangsa lain yang tidak ada kaitan dengan latar belakang sejarah tanah air ini.

Bagaimanapun, setelah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, pelbagai usaha untuk menghakis atau menafikan hak asasi bangsa Tambanuo terhadap tanah air ini.

Kenyataan Datuk Roderic Fernandez pada jumaat lalu bahawa peruntukan Tanah Anak Negeri (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO), kononnya tidak ada NCR selepas tahun 1930, merupakan serangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO terhadap hak dan martabat Tambanuo di Sabah.

Siapa pun juga penggubal Ordinan Tanah Sabah dan apa juga peruntukan-peruntukan yang digunapakai dalam usaha untuk menghapuskan Hak Asasi Tambanuo di Sabah, tetapi tidak mampu menidakkan kewujudan dan mengurangkan sedikit pun martabat dan kesejahteraan Tambanuo di Sabah yang diiktiraf oleh masyarakat dan kuasa antarabangsa.

Artikel 24 hingga 31, Bahagian 6, Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) adalah suatu penghormatan dan pengiktirafan Badan Dunia terhadap Orang Asal termasuk Tambanuo di Sabah dan Sarawak.

Malaysia, di bawah kuasa kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO berusaha menafikan kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Malaysia lupa bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud.

Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa tanpa Malaysia, tidak wujud 95% hasil petroleum Sabah ke Malaya dan puluhan billion ringgit cukai daripada Sabah di hantar ke Malaya setiap tahun untuk pelihara Malaya. Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah dan puluhan billion ringgit cukai Sabah, telah memajukan wilayah Malaya.

Hari ini masyarakat Tambanuo sedang berhadapan dengan penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya yang kita pelihara tidak kurang daripada empat puluh tahun.

Masyarakat Tambanuo Sabah hanya ada dua pilihan. Masyarakat Tambanuo perlu bersatu dalam pilihanraya yang hampir tiba berjuang dalam satu parti STAR untuk menghalau UMNO dari Sabah. UMNO telah menggugat kesejahteraan dan keharmonian Orang Asal di Sabah.

Sesuai dengan pengiktirafan dan penghormatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Orang Asal, masyarakat Tambanuo berhak untuk memilih melaksanakan Artikel-artikel 32 hingga 36, Bahagian 7 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal. Sudah tentu Orang Asal berhak mendapat perlindungan keselamatan daripada badan dunia itu.

Penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya dan kegagalan persyarikatan Malaysia terhadap rakan kongsi Sabah dan Sarawak, seolah-olah memberi Tambanuo ruang untuk memilih melaksanakan Pemerintahan Sendiri dan melaksanakan Undang-undang Asal Orang Asal di Sabah.

12 comments:

  1. Hopefully the Tambuono folks will be able to gain protection from the PBB association.

    ReplyDelete
  2. The UMNO government must ensure that the native rights and land rights are always protected as it is their duty to the people.

    ReplyDelete
  3. hopefully the government will look into this matter.

    ReplyDelete
  4. The rights of the natives are slowly and systematically being eroded. Actions must be taken by the government in their defense against this onslaught.

    ReplyDelete
  5. tak perlulah nak dengar kata2 Datuk Roderic Fernandez, dia tidak memahami keadaan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat yang bukan dari Sabah memang tidak akan memahami apa tu Tanah Adat. Lebih baik dia jangan bersuara, kenyataan dia tu sudah melukakan perasaan masyarakat Sabah.

      Delete
  6. NCR adalah hak2 penduduk dan ia perlu dipertahankan.

    ReplyDelete
  7. natives have the right to protect their rights when they are being oppressed or their rights encroached.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan NEgeri serius menangani isu tanah yang dihadapi di Sabah ini.

    ReplyDelete
  9. adakah kenyatan Roderick itu turut menggambarkan pendirian umno?? jika ya, kenapa ada pemimpin2 kerajaan yang tidak bersetuju dengan pandangan itu??

    ReplyDelete
  10. Roderick patut sedar dari mimpi beliau.. jika benar tidak ada tanah NCR di negeri ini, bagaimana ada penduduk kampung yang berjaya menuntut tanah NCR mereka melalui saluran mahkamah??

    ReplyDelete
  11. Entah apa motif beliau untuk memprovokasi isu ini.

    ReplyDelete