Thursday 2 February 2012

HADKAN TEMPOH BANKRAP 5 TAHUN



RAKAN….. Hj Masmin bersama dengan rakannya dari Turki, Mustafa Deveciyon.

KETUA Penyelaras Parti PKR Pensiangan/Sook, Hj Masmin Bin Kadad meminta pihak kerajaan BN mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan orang awam daripada masalah muflis, khususnya kepada belia dan beliawanis berumur dari 21 tahun hingga 41 tahun.

Dalam tempoh 65 bulan, jumlah bankrap hingga bulan Mei 2011 adalah seramai 38,357 orang, 20% daripada mereka berumur 21 hingga 41 tahun. Dari tahun 2005 hingga Oktober 2011, jumlah bankrap ialah sebanyak 235,908 kes.

Sebanyak 30,489 ialah pergulungan syarikat, 1,745 kes pembatalan Pertubuhan dan 154 kes pembatalan kesatuan. Sekiranya tidak diselesaikan dengan cepat, masalah ini boleh menjejaskan ekonomi kerajaan kerana mereka ini sebenarnya masih mempunyai wang, tetapi tidak mahu membayarnya.

Oleh itu, Hj Masmin Bin Kadad mencadangkan kepada kerajaan BN agar dapat mencontohi negara maju iaitu selepas 5 tahun bankrap, secara automatik mereka dibebaskan. Bukan seperti di negara ini yang mana kes tersebut akan diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menentukannya.

Hj Masmin Bin Kadad berkata ini hanya akan menimbulkan masalah lain seperti rasuah dan sebagainya. Beliau berharap masalah ini diselesaikan dengan segera supaya orang yang berkenaan boleh meneruskan hidup, seterusnya membantu kerajaan membangunkan ekonomi negara seperti negara maju di barat.

Katanya, tidak ada gunanya menahan orang ini kerana mereka boleh menghantar wang keluar untuk pelaburan ekonomi di negara-negara luar.

Hj Masmin berkata, kerajaan sekarang tidak cepat menyelesaikan masalah ini yang turut melibatkan belia-belia lepasan sekolah dan yang baru memulakan bisnes mereka dengan meminjam wang di bank atau penggunaan kad kredit. Apabila menghadapi masalah bankrap, mereka akan kehilangan peluang untuk dapat terus bersaing dengan orang lain.

Beliau berkata demikian pada hari ini (30 Januari 2012) jam 3.00 petang sewaktu menyambut kedatangan seorang rakannya dari Turki.

Peguam Konsultan, Mohamad Sofee Razak juga menggesa pihak kerajaan agar dapat membantu menyelesaikan masalah bankrap yang berlaku pada masa kini.

Hj Masmin merupakan Mantan Penolong Pengarah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1980-an dan kini Ketua Unit Persatuan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan Pedalaman Atas Sabah (PPPPA).

Beliau berkata, jumlah rakyat asing yang datang dari Turki ke Sabah telah meningkat. Rakannya, Mustafa Deveciyon boleh bertutur dalam 15 bahasa antarabangsa dan boleh menulis dalam 5 bahasa termasuk Turki, Arab, English, Rusia dan Perancis.

Beliau juga pernah bertugas di Amerika selama 8 tahun sebagai tukang masak di hotel lima bintang. Beliau sangat gembira dapat datang ke Malaysia khasnya ke Sabah.

Beliau berkata Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan berharap lebih ramai orang dari Turki atau negara Timur Tengah dapat datang melancong ke Sabah.

Mustafa juga tidak keberatan untuk membantu hotel-hotel yang ada di Sabah terutama makanan barat kerana beliau sememangnya pakar membuat pelbagai jenis makanan barat dan Arab.

Hj Masmin Bin Kadad mendapat tahu kes bankrap di negara maju seperti Amerika dan negara-negara maju yang lain di mana selepas 5 tahun diistihar muflis, mereka secara automatik bebas dan kes selesai supaya orang yang berkenaan dapat mengusahakan semula bisnes dan membantu kerajaan membangunkan ekonomi kerajaan dan negara.

Beliau berharap perkara ini dapat diambil perhatian serius dari kerajaan. Jika tidak, diharap Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang dan beliau sendiri akan mengemukakan perkara ini kepada pihak atasan untuk cadangan yang lebih baik bagi membantu menyelesaikan kes bankrap ini.

Banyak kes yang terjadi melibatkan belia-belia di mana mereka gagal membayar balik pinjaman yang dibuat semasa belajar, pinjaman untuk perniagaan atau penggunaan kad kredit.

Apabila mereka diistihar muflis seumur hidup mereka akan sukar untuk terus berusaha memperbaiki kehidupan mereka. Mereka dikehendaki berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia namun kadang kala sukar untuk bertemu dengan pegawai berkenaan dan banyak kes itu sukar diselesaikan atas sebab-sebab yang tertentu.

Hj Masmin berkata ini menunjukkan seolah-olah kuasa Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi lebih besar daripada Perdana Menteri dan orang-orang yang berkenaan sukar untuk lepas daripada muflis kecuali perundingan di bawah meja. Hj Masmin Bin Kadad berharap mereka yang mempunyai masalah seperti ini bolehlah menghubungi beliau di talian 013-8589834.

Mengikut rekod yang ada, kes bankrap kad kredit melibatkan 52% kaum Cina; 36% Melayu, India 11% dan 1% kaum lain-lain. Kes bankrap sehingga Jun 2010, Selangor mencatatkan sebanyak 46,251 orang, Wilayah Persekutuan sebanyak 39, 867 orang dan Johor sebanyak 26,118 orang.

No comments:

Post a Comment