Saturday 11 February 2012

HAK RAKYAT KE ATAS NCR BERCELARU

Oleh: CUCU AKI ANTANOM

BEBERAPA hari kebelakangan ini ramai rakyat di Pedalaman, khususnya masyarakat KDM begitu gembira terbuai dengan saranan-saranan pemimpin terutamanya Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang menggesa kerajaan supaya segera menubuhkan Tribunal Penyiasatan Tanah Anak Negeri (NCR) agar status hak NCR dapat dijelaskan sepenuhnya.

Selain itu, pembangkang juga khususnya SAPP, STAR dan PKR tidak terkecuali untuk menubuhkan Tribunal yang sama apabila mereka diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan selepas PRU13 kelak. Kecenderungan mereka berbuat demikian kerana insiden di Kg Rundum, Kg Imahit, Kg Dalit dan Mukim Matunggung Kudat beberapa tahun lalu tidak akan berulang.

Insiden tersebut yang dikategori sebagai 'ganas' kerana selain mengusir penduduk Penguatkuasa kerajaan juga turut membakar rumah penduduk yang mendiami kawasan NCR, tetapi berada dalam kawasan Hutan Simpan tanpa peri kemanusiaan.

Justeru, kesedaran seumpama itu tentunya mereka telah sedar dan pasti bahawa hak rakyat untuk memiliki tanah NCR semakin kabur kerana selama ini tiada usaha pihak kerajaan untuk menjelaskan kekaburan itu kepada rakyat terutamanya masyarakat KDM yang berada dikawasan NCR.

Di sebalik masalah kekaburan hak itu, telah dipergunakan kerajaan dengan sewenang-wenangnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanah (SLO) yang telah lapuk secara serius tanpa mengambilkira kesan 'buruk dan baik' terhadap rakyat yang telah teraniaya itu.

Bagaimana pun, usaha beberapa pemimpin membetulkan keadaan tersebut agar tidak berterusan kini terhalang apabila Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez menyatakan pada Jumaat bahawa peruntukan Tanah Anak Negeri (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO), kononnya tiada tanah NCR selepas 1930.

Bermakna tafsiran Fernandez bahawa penduduk mesti membuktikan pemilikan tanah NCR adalah sebelum tahun 1931. Persoalannya, sekiranya tafsiran Peguam Besar Sabah itu terpakai, bagaimanakah pula dengan beberapa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membatalkan pendakwaan terhadap kes Imahit, Serudung dan lain lain lagi berkaitan dengan NCR?

“Datuk Roderic seolah-olah mendahului keputusan Hakim yang berhak membuat keputusan yang seadil-adilnya. Tafsiran beliau (Roderic) mungkin kurang tepat tetapi akibat dari tindakannya ramai masyarakat KDM bimbang dengan keadaan itu,” tegas seorang penjual daging khinzir di pasar pekan Tenom.

Selain itu, seorang wartawan veteran tempatan di sini pula memberi ulasannya dengan berkata, “Tidak semestinya tafsiran seseorang Peguam itu selalu tepat kerana yang menentukan keputusan penghakiman adalah Hakim, tetapi kenyataan Peguam Besar Sabah itu serius dan membuatkan rakyat yang berkepntingan di kawasan NCR dilanda seribu kebimbangan dan tekanan minda,”.

11 comments:

  1. Hopefully Datuk Bernard will successfully fight for the Tribunal for NCR. We have finally gotten the approval from the Federal Government on the RCI for Illegals, hope that the fight for NCR tribunal will be fruitful as well.

    ReplyDelete
  2. Hopefully this matter will be rectify as soon as possible.

    ReplyDelete
  3. apapun, NCR adalah hak penduduk, tak perlu terpangaruh dgn kata2 Fernandez

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga hak penduduk dapat diperjuangkan.

      Delete
  4. Diharap kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. kerajaan harus peka dengan segerakan isu NCR.

    ReplyDelete
  5. mahkamah pun boleh buat keadaan bercelaru?

    ReplyDelete
  6. Namun apa yang dikatakan oleh Peguam Besar Negeri itu adalah pendapat dan pandangan persendirian beliau semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Maka tidak perlu risah kerajaan Negeri sudah bersetuju dengan cadangan perlaksanaan Tribunal untuk menyiasat kes ini.

    ReplyDelete
  8. kita desak Roderic untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat sabah. beliau sebagai orang luar tidak berhak membuat tafsiran yang menafikan hak2 rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  9. yang penting sekali kenyataan Roderic itu tidak menggambarkan pendirian kerajaan.. kerajaan sama sekali tidak terlibat dengan penafian hak tanah NCR penduduk di negeri ini..

    ReplyDelete
  10. Bila seseorang yang arif dalam undang-undang sendiri mengeluarkan kenyataan seperti itu, ia secara tidak langsung sudah menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.

    ReplyDelete