Monday 13 February 2012

HRW GESA JANGAN SERAHKAN NAJEEB

Oleh: MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

PEMERHATI Hak Asasi Manusia (HRW) kelmarin meminta kerajaan Malaysia agar tidak menyerahkan Hamza Kashgari yang ditahan di negara ini kepada Arab Saudi kerana dia akan menghadapi pertuduhan yang boleh membawa hukuman bunuh.

"Arab Saudi telah membuat keputusan bahawa Hamza telah murtad dan akan menghadapi hukuman," menurut Christopher Wilcke, Pegawai Kanan Penyiasat HRW di Timur Tengah. "Kerajaan Malaysia seharusnya tidak memperjudikan nasib Hamza dengan menyerahkannya kepada Arab Saudi."

Hamza dalam perjalanan ke negara lain apabila pihak keselamatan menahannya dan peguamnya Muhammad Afiq Muhammad Noor memberitahu HRW, kenalan kepada Hamza berkata dia ditahan di bahagian Kawalan Perjalanan di kawasan Bukit Aman.

Malaysia tidak mempunyai undang-undang murtad dan Hamza tidak melanggar undang-undang Malaysia, kata peguam berkenaan. Beliau turut mempersoalkan kebenaran untuk menahan Hamza dan sebarang cubaan untuk mengekstradisinya ke Arab Saudi. Malaysia dan Arab Saudi tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, dan Hamza ditahan atas permintaan Arab Saudi.

Hamza Kashgari atau Mohammad Najeeb A Kashgari ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.40 pagi kelmarin selepas Arab Saudi mengeluarkan waran kerana Hamza dikatakan menghina Nabi Muhammad menggunakan akaun Twitter miliknya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mengesahkan penahanan kolumnis akhbar berkenaan. Bagaimanapun komen sebenar Hamza tidak dapat diperolehi kerana dia telah memadamkannya, namun media melaporkan salah satu daripada komen yang dibuatnya mempunyai pendapat yang bertentangan terhadap Nabi Muhammad.

7 comments:

  1. What should Malaysia do in this case? The Human Rights Watch must guide us to do the right thing.

    ReplyDelete
  2. Hamza tak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang menghina Agama Islam, kini Hamza kena bersedia untuk hadapi hukuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengenakan hukuman mati terhadap Hamza saya rasa tidak adil.

      Delete
  3. perkara yang sensitif tidak boleh dipermainkan.

    ReplyDelete
  4. jadi apa penyelesaian terbaik.. kalau Hamzah diserahkan kepada Arab Saudi, negara2 lain pula akan mengecam Malaysia.. jika Malaysia tidak serahkan Hamzah kepada Arab Saudi pula, bagaimana dengan hubungan Malaysia dengan negara itu nanti??

    ReplyDelete