Friday 17 February 2012

INDUSTRI HILIRAN JANA EKONOMI SABAH



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata industri hiliran minyak dan gas negara akan terus dimajukan kerana ia boleh menjana pendapatan negara yang lebih tinggi.

Sambil memberi contoh Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas, beliau berkata penghasilan baja urea itu mampu memberikan nilai tambah dua kali ganda bagi eksport negara.

"Jika kita banding dengan kalau kita mengeksport gas asli mentah, kita kehilangan nilai tambah," katanya kepada media selepas melaksanakan upacara pecah tanah bagi Projek Samur di Sipitang, kelmarin.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kira-kira 95 peratus daripada pengeluaran dari kilang tersebut bakal dieksport ke luar negara.

Katanya nilai eksport dari kilang yang akan menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun itu dijangka mencecah AS$4.8 bilion setiap tahun.

Perdana Menteri berkata, mengikut matlamat Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), sektor minyak dan gas akan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekitar RM241 bilion setahun sehingga 2020.

Beliau berkata projek hiliran terbesar juga sedang cuba dilaksanakan di Pengerang, Johor dan dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Najib berkata usaha terancang di peringkat hiliran ini dilakukan kerana menyedari minyak dan gas merupakan sumber asli yang bakal pupus.

"Usaha juga sedang dijalankan Petronas bagi meningkatkan pengeluaran minyak mencecah, malah melebihi 50 peratus jika boleh," katanya.

Menurut Petronas, projek Samur ini bakal menjadikan Petronas Chemicals sebagai pengeluar baja kedua terbesar di Asia Tenggara pada 2015.

Projek Samur itu dijangka menggandakan kapasiti pengeluaran baja urea syarikat hiliran itu.

Projek Samur membabitkan tiga loji pengeluaran utama iaitu ammonia, urea dan pembutiran di dalam satu kompleks.

Kilang urea itu akan mengeluarkan 1.2 juta tan metrik setahun (MTPA) urea berbutir manakala kilang ammonia akan mengeluarkan 740,000 MTPA ammonia cecair.

Kini, Petronas Chemicals mengendalikan dua kilang urea, satu kilang urea 750,000 MTPA di Bintulu, Sarawak dan satu kilang urea 683,000 MTPA di Gurun, Kedah. (BERNAMA)

26 comments:

  1. Hope that the Samur project will boost Sabah's economy by making fertilizer one of the produce in Sabah.

    ReplyDelete
  2. I heard there will also be a training center for locals to be trained in the industry, hope that those who are still unemployed will take this opportunity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pastikan setiap peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin.

      Delete
    2. Project Samur will definitely help to decrease the unemployment rate in sabah but its up to the sabahan to take this opportunity.

      Delete
    3. penduduk sabah harus ambil peluang dari projek ini untuk dpt pekerjaan.

      Delete
    4. bagi memasuki pusat latihan ni saya rasa pasti ada kelayakan minimum juga yang diperlukan. bukannya siapa yang minat, memohon dan terus dapat.

      Delete
  3. Mcm bagus pula projek Samur ni tau. Harap2 ia dapat jana ekonomi negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. projek Samur ini akan menjana kepada perkembangan ekonomi negara khususnya Sabah.

      Delete
    2. SAMUR pasti akan akan membangunkan socio ekonomi masyarakat setempat dan Sabah.

      Delete
    3. bukan macam tapi memang bagus sangat pun. apa lagi jika kontrak2 dan jawatan2 dalam projek ni nanti diberikan kepada penduduk tempatan Sabah.

      Delete
  4. Tapi risau juga ia tak kesampaian. Tahu sajalah sebelum PRU kan memang sudah jadi adat para pemimpin bercakap benda2 manis ja:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. projek ini pasti akan dilaksanakan dan tempoh untuk ia siap telah dijangka pada 2015. saya pasti perancangan yang baik telah dibuat dan semoga ia dapat berjalan dengan lancar.

      Delete
  5. Bukan tak percaya, tapi saya yakin ramai yang prefer tindakan/hasil daripada sekadar bercakap dan bagi harapan:P

    ReplyDelete
  6. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  7. hopefully there be no delay in completing this project.

    ReplyDelete
  8. "Menurut Petronas, projek Samur ini bakal menjadikan Petronas Chemicals sebagai pengeluar baja kedua terbesar di Asia Tenggara pada 2015."

    Sounds very promising. This project will surely boost sabah's economy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully to see the positive outcomes.

      Delete
  9. Teruskan usaha lagi untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan akan meneruskan lagi usaha mereka untuk memastikan pendapatan ekonomi Negara akan terus meningkat. Maka pelbagai pembangunan berasaskan minyak dan gas mula dibangunkan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan rancangan memang sudah baik, yang diperlukan sekarang adalah cara pelaksanaannya. Diharap ia dibuat dengan penuh dedikasi dan amanah.

      Delete
  11. Sabah yang kaya dengan sumber minyak dan gas ini memberikan sinar pembangunan yang berterusan bagi memastikan ekonomi negeri itu akan terus meningkat. Maka kerajaan persekutuan akan memastikan Sabah akan keluar dari negeri kemiskinan di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. During his visit in Lahad Datu, Najib said Sabah no longer the poorest state in Malaysia. According to statistics, the average per capita income of Sabah now lies in the middle when compared to the richest and poorest states.

      Delete
  12. saya harap PM sendiri akan memantau perkembangan projek mega ini di Sabah dari semasa ke semasa..

    ReplyDelete
  13. jika projek ini berjaya dilaksanakan, bermakna tidak lama lagi Sabah juga akan dikenali bukan sahaja di peringkat Asia, malah mungkin seluruh dunia..

    ReplyDelete
  14. projek SAMUR ni dijangka akan siap pada 2015. rasanya masih sempat lagi kalau mereka yang mahu mengisi kekosongan tu mendapatkan kursus/kemahiran berkaitan bagi melayakkan mereka mendapatkan jawatan dalam industri ni nanti.

    ReplyDelete