Sunday 12 February 2012

ISU BORNEONISASI TELAH SELESAI

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

LANCAR……..Melon (tiga dari kiri) menyampaikan baju Persatuan Belia dan Sukan Kadamaian kepada Abdul Rahman (tiga dari kiri) sambil diperhatikan oleh Herbert (dua dari kiri) pada majlis itu.

JAWATAN-JAWATAN teras yang penting di Jabatan Persekutuan di negeri Sabah telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan dan berpengalaman, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Menurutnya, tuduhan pihak pembangkang mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak memperdulikan proses ’Isu Borneosasi‘ adalah satu perkara yang tidak benar.

Katanya, dakwaan pembangkang itu hanya untuk mengelirukan pemikiran rakyat yang bertujuan menanam rasa kebencian terhadap Kerajaan Persekutuaan semata-mata.

“Jawatan-jawatan yang paling teras, asas dan penting telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan serta berpengalaman antaranya seperti jawatan Pengarah di Jabatan Imigresen Sabah; Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan (FFO); Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS).

“Begitu juga dengan jawatan di Petronas di wakili oleh orang Sabah, SESB dan jawatan Pengarah di Jabatan Koperasi dan Jabatan Kastam dalam masa yang terdekat ini turut akan dipegang oleh rakyat Sabah.”

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap merasmikan majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Kota Belud dan ADUN Kadamaian serta pelancaran Persatuan Belia dan Sukan Kadamaian yang telah diadakan di Dewan Sorob Kg. Tambulion, Kota Belud baru-baru ini.

Terdahulu di majlis yang sama, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah mengingatkan para belia di daerah ini agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tomahan pembangkang terutama yang dibaca menerusi laman internet.

Beliau berkata, golongan belia perlu meneliti kebenaran setiap tomahan pembangkang yang mereka baca menerusi pelbagai laman sosial dalam internet berfikir secara rasional dan bijaksana.

“Ledakan maklumat yang datang bertubi-tubi diterima melalui blog, facebook, twitter seharusnya tidak diterima dan ditelan bulat-bulat sebaliknya sebelum mempercayai sesuatu isu golongan belia perlu menganalisa kebenaran setiap maklumat yang diterima,” tambahnya.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Belia dan Sukan Kadamaian diserikan dengan pelbagai aktivit antaranya Pertandingan Futsal, Pertandingan Bola Tampar, Nyanyian Karaoke, cabutan tiket bertuah dan persembahan nyanyian dari penyayi tempatan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Wakil Rakyat DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah; Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Belud, Madli Nelson; Setiausaha Pemuda PBS Negeri Sabah, Melon Yaming yang juga Pengerusi Penganjur serta para pemimpin setempat yang lain.

12 comments:

  1. Borneonisation should be a continuous effort until all the governmental positions are filled by local Sabahans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Continuous effort to make sure all local Sabahans filled all the governmental positions. I don't think so the issue will be settled.

      Delete
  2. It is time that Sabahans were given the opportunities to take up higher positions in the governmental sector.

    ReplyDelete
  3. Looks like the opposition will soon run out of political capital to drive their election machinery

    ReplyDelete
  4. The issue of 'bornenisation' has been anwered.

    ReplyDelete
  5. byk sudah jawatan2 penting dalam kerajaan yang dipegang oleh rakyat sabah.

    ReplyDelete
  6. ini menunjukkan borneonisasi telah dilaksanakan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Selesai itu tidak semua mungkin. Tapi telah dilaksanakan rasanya sudah dilaksanakan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. Teruskan lagi berikan keutamaan jawatan kepada penduduk Sabah sendiri dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  9. selesai tu mungkin tidak.. tetapi sekurang2nya sedang menuju kepada penyelesaian..

    ReplyDelete
  10. kalau semua jawatan kerajaan dan GLC diberikan kepada rakyat Sabah, baik arahkan semua rakyat Sabah yang bekerja di jabatan2 kerajaan di semenanjung untuk meninggalkan jawatan mereka dan kembali ke negeri ini..

    ReplyDelete
  11. Isu Borneosasi mungkin akan menghantui rakyat Sabah untuk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete