Tuesday 7 February 2012

ISU ISRAEL, SENARIO SEMAKIN SERIUS

Oleh : AZMAN ARIFFIN

SALAH faham berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi keselamatan Israel semakin memburuk. Semua penjelasan yang diberikan nampaknya tidak memberi sebarang kesan.

Masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar akan benar-benar melindungi keselamatan Israel jka menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti yang sering kali ditohmahkan.

Seorang rakan yang baru pulang dari menghadiri program politik yang membabitkan ANAK di sebuah penempatan Felda di Johor hanya mengelengkan kepala apabila ditanya mengenai respon masyarakat Felda terhadap kenyataan Anwar itu.

“Semua pun tuduh Anwar bela dan dibela Yahudi”, katanya ringkas.

Tambah memburukkan keadaan, kunjungan Anwar ke Turki baru-baru ini dijadikan ‘bukti’ untuk menunjukkan bagaimana Anwar mahu mengukuhkan hubungannya dengan Israel kerana Turki adalah antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Anwar diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan sering menjadikan negara itu sebagai contoh dalam membayangkan bentuk kerajaan Malaysia dibawah pimpinannnya. Tidak cukup setakat di dalam negeri, salah faham sama turut berlaku di luar negara.

Akhbar Indonesia, 'Rakyat Merdeka' hari ini memetik kenyataan Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto yang menyifatkan kenyataan Anwar itu agak keterlaluan dan menyakitkan hati orang Islam;

"Saya kira ini pernyataan yang sangat ceroboh dan berlebihan. Dukungan Anwar ini bisa menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam dunia, di saat dunia internasional menyerukan dan mendukung perjuangan bangsa Palestina melepaskan diri dari penjajahan Israel,”

Pada minggu lepas, Duta Palestin ke Malaysia juga mengeluarkan kenyataan mengutuk Anwar atas kenyataannya yang disiarkan di dalam akhbar The Wall Street Journal itu.

Penulis lihat ada keperluan supaya keadaan ini diperbetulkan dengan seberapa segera. Dalam beberapa entri membincangkan perkara sama sebelum ini, penulis ada menyebutkan keperluan untuk semua pemimpin Pakatan Rakyat bersatu suara dalam hal ini.

PAS mungkin boleh diketepikan kerana parti tersebut yang diketahui agak konsisten dalam menyatakan pandangan berkaitan hubungan dengan Israel; keadaan yang masih tidak berubah walaupun dasar perjuangan parti telah berubah.

9 comments:

  1. It seems that the Israel statement has gone out of hand.

    ReplyDelete
  2. Who would have thought that that particular statement is being over politicized.

    ReplyDelete
  3. Typical character assassination: childish and at the same time sickening.

    ReplyDelete
  4. Anwar kena berhati-hati mengeluarkan statement mengenai isu Israel. Isu ini mungkin sensitif untuk M'sia dan negara2 lain.

    ReplyDelete
  5. itulah.. lain kali kena hati hati semasa keluarkan kenyataan.

    ReplyDelete
  6. Kenapa Anwar mahu menyokong Isreal? Inikah yang ingin menjadi PM Malaysia akan datang. Rasanya belum layak lagi setakat ini.

    ReplyDelete
  7. Anwar sepatutnya menjelaskan pendirian beliau berkenaan dengan isu ini. jika benar kenyataan beliau diputar belit, beliau sendiri patut tampil membersihkan imej beliau, bukan pemimpin2 bawahannya..

    ReplyDelete
  8. semakin memuncak hasrat beliau untuk mendapatkan jawatan PM, semakin banyak pula kritikan dilemparkan terhadap beliau.. bukan setakat di negara ini malah negara jiran juga turut sama mengherdik beliau..

    ReplyDelete
  9. Please stop the Israel thingy la

    ReplyDelete