Wednesday 22 February 2012

JALAN HALOGILAT PROJEK TOP-UP?

Oleh : OSIN DIKUN

SETELAH agak lama mendiamkan diri, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin muncul kembali di Beaufort melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta, petang Isnin.

Lajim yang membatalkan niatnya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri bagi membolehkannya memimpin Sabah People Front (SPF); kini kembali dengan penuh yakin bahawa beliau akan dikekalkan sebagai calon Ahli Parlimen Beaufort pada PRU akan datang.

.

Tidak dikenalpasti sama ada Lajim dibenarkan merasmikan acara kerajaan kerana sebelum ini beliau dihalang melancarkan BR1M dan pelbagai acara rasmi lain kerana hanya Timbalan Ketua Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih; Ketua Bahagian MCA Beaufort Datuk Vincent Yong; Naib Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Haji Mohd.Ishak Haji Ibrahim yang hadir di majlis pecah tanah 'Olok-Olok' ini tanpa kelibat Pegawai Kerajaan.

Menurut maklumat dalaman SPRM, Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan mereka kerana dilaporkan sebagai Projek Top-Up sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.79 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

Bagaimanapun SPRM enggan mengulas kerana masih menjalankan siasatan terhadap projek berkenaan setelah menerima aduan rasmi daripada kontraktor dan orang awam.

"Lajim tidak jadi keluar BN kerana masalahnya sudah selesai. Ada perubahan pucuk kepimpinan. Tunggulah," ujar salah seorang penyokong kuatnya yang meminta agar namanya jangan disiarkan bagi mengelak kontroversi.

Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Lajim tidak berjaya dan Setiausaha Akhbarnya hanya memaklumkan bahawa Lajim tidak berada di kawasan, sebaliknya di KKLW menguruskan pelaksanaan projek berkenaan yang dipercayai memberi dana politik untuk beliau.

18 comments:

  1. Good to hear that Lajim has finally decided not to leave BN to join other parties. Hopefully the case with Lajim will not be politicize further without any shred of proof.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan lajim harus dihormati. Semoga Lajim teruskan usaha demi rakyat.

      Delete
  2. Hopefully the Halogilat Road Project can be completed smoothly this time without any problems. Ensure that the allocations are well spent for the people's benefits.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Lajim masih lagi bersama dalam Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim pasti akan terus bersama UMNO.

      Delete
    2. harap tiada pihak lagi menimbulkan isu tentang Lajim. semuanya sudah jelas sekarang.

      Delete
  4. harap SPRM dapat menyelesaikan kes tu

    ReplyDelete
  5. moga projek ini akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. memandangkan projek ini masih dalam siasatan pihak SPRM, tidak perlulah ada pihak yang cuba mengiyakan bahawa wujud penyelewengan dalam projek ini.. tunggu sahaja hasil siasatan..

    ReplyDelete
  7. bagaimana pula Lajim boleh dikatakan membatalkan niatnya untuk meletakkan jawatan dan memimpin SPF sedangkan semua itu hanya spekulasi pihak tertentu?? mereka yang timbulkan spekulasi, kemudian bila tindakan Lajim bertentangan dengan spekulasi mereka, dikatanya pula Lajim membatalkan niat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini hanyalah permainan politik kotor pihak pembangkang.

      Delete
    2. Apa yang sebenarnya berlaku sering disalah tafsir dalam penyampaian penulisan.

      Delete
  8. Semoga projek naik taraf dijalankan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tiada berlaku penyelewengan dalam projek ini.

      Delete
  9. Tiada beza mana parti lajim berada, yang penting azam dan misi beliau untuk memperjuangkan demi rakyat harus berkekalan.

    ReplyDelete
  10. Semoga projek ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.

    ReplyDelete
  11. Peruntukkan yang telah diberikan seharusnya digunakan untuk projek tersebut sepenuhnya. Jangan mementingkan diri sendiri untuk mengejar keuntungan.

    ReplyDelete