Sunday 12 February 2012

JANGAN PAKSA KAMI TERIMA CALON 'IKAN MASIN'



Saudara Pengarang,

LEDAKAN semangat mahukan Anak Jati sebagai calon di kawasan DUN dan Parlimen di seluruh Sabah harus dilihat sebagai kematangan politik rakyat Sabah yang selama ini boleh menerima 'Calon Bidan Terjun', tetapi masa berlalu menyebabkan mereka berkata, "Cukuplah penghinaan selama ini."

Memandangkan majoriti pengundi di Batu Sapi, Sandakan adalah dari suku kaum Bajau/Suluk tetapi dinafikan hak mereka untuk mengemukakan calon mereka sendiri, baik pembangkang atau Barisan Nasional; membuatkan pengundi muak dan ada yang sudah mula memboikot Pilihanraya Umum 2008 dan Pilihanraya Kecil 2010.

Sindrom ini akan berlaku lagi jika Pembangkang atau BN masih mengekalkan calon 'Ikan Masin' atau mengamalkan 'Calon Bidan Terjun' sehingga membelakangkan kehendak pengundi yang selama ini bertolak ansur; tetapi ketaatan mereka kepada parti sering disalah tafsir sebagai 'bersetuju' dengan calon luar sehingga menghampakan 'Anak Jati' yang selama ini bertungkus lumus berbakti kepada parti dan masyarakat.

Sikap ADUN dan Ahli Parlimen 'Ikan Masin' dan 'Bidan Terjun' ini menyebabkan rakyat menjeruk hati mereka dan memboikot acara parti seolah-olah kehilangan sokongan sekalipun disediakan kenderaan, makanan tapau dan angpau.

Sehubungan itu, tibalah masanya Kerajaan Barisan Nasional dan Pembangkang memastikan calon yang bakal diturunkan adalah 'Anak Jati' kawasan berkenaan jika ingin mengekalkan atau merampas kerusi parti lawan; jika tidak lupakan sahaja untuk mendapat undi Kaum Bajau/Suluk yang mendominasi Batu Sapi.

Apalah ertinya menang pilihanraya tetapi kampung kami tergadai oleh sikap YB 'Ikan Masin' dan 'Sindrom Kura-Kura' yang bukan sahaja enggan membantu rakyat, malah hanya pulang lima tahun sekali dan membolot semua projek dan pangkat untuk meraih keuntungan peribadi.

Ketua Menteri Sabah tidak boleh memandang ringan keupayaan PKR atau Pakatan Rakyat merampas kerusi Parlimen Batu Sapi, Dun Sekong dan Karamunting daripada BN jika mereka meletakkan calon 'Anak Jati' yang berpengaruh; sedangkan calon 'Ikan Masin' yang diletakkan BN di dalam Akuarium tidak akan hidup, malah berbau busuk dan mengotorkan akuarium!

Salam Hormat,

ALPADEL KASSIM

12 comments:

  1. The people should be allowed to suggest their own candidates and the party chooses from the selected ones to represent the party.

    ReplyDelete
  2. In this way, the people can suggest their own preferred candidates and the party can still monitor and select the best one for the party. A win-win situation I would say.

    ReplyDelete
  3. Hopefully both side will field candidates from the respective areas who are attune to the people from that particular.

    ReplyDelete
  4. Both side must take this into account.

    ReplyDelete
  5. pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti.

    ReplyDelete
  6. pilihlah calon yg terbaik dan dpt melaksanakan tanggungjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  7. tidak mungkin PRU13 akan mencalonkan calon ikan masin. Ingat istilah winnable candidates. Pasti winnable candidate yang akan dipertandingkan.

    ReplyDelete
  8. Calon tempatan sendiri sememangnya layak untuk menduduki PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  9. Tapi jika calon itu masih diterima dan relevan rasanya tidak perlu ditukar kerana ini memberikan kebaikkan kepada penduduk itu sendiri pada akan datang.

    ReplyDelete
  10. adakah asal calon itu yang menjadi penentu kepada kemenangan calon itu dalam mana2 kawasan yang beliau tandingi??

    ReplyDelete
  11. sudah tentulah pucuk pimpinan parti akan mengetengahkan calon yang boleh membawa kemenangan kepada parti.. soal calon tempatan atau luar tidak boleh dijadikan ukuran dalam menentukan kemenangan.. ada juga pemimpin tempatan yang gagal memajukan kawasan beliau sendiri..

    ReplyDelete
  12. Pandai-pandailah buat keputusan nanti. Mungkin pihak parti merasakan calon ini winnable tetapi pengundi pula merasakan calon itu 'ikan masin'.

    ReplyDelete