Tuesday 7 February 2012

JANGAN SEMBELIH RAKYAT MISKIN



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat menggesa agar Kerajaan Negeri Sabah tidak menjadikan rakyat miskin sebagai korban melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) semata-mata untuk membolehkan pihak lain mengaut untung di atas penderitaan rakyat.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, PKR Sabah, Citra Masadi membuat gesaan demikian setelah menerima aduan daripada penghuni Pangsapuri Mutiara Kasih di Jalan Tengah Nipah Lahad Datu yang mendakwa mereka diberi notis oleh CH William, Talhar & Wong, Pengurus yang dilantik mentadbir urus Pangsapuri berkenaan oleh Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).

"Memandangkan Pangsapuri ini milik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) maka sewajarnya jika MDLD tidak mampu mentadbir urus, patut diserahkan secara percuma kepada rakyat," kata Citra yang membidas Kerajaan BN yang berjanji untuk memastikan setiap rakyat Sabah mempunyai rumah.

Bagi mempercepatkan Visi tersebut kata Citra, maka menjelang pilihanraya umum ke-13, Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberikan semua rumah PPR yang dibina SPNB secara percuma kepada rakyat yang berhak, terutama pembeli yang projek perumahan SPNB yang tergendala.

"Pemilik rumah tergendala di Bandar Sri Gemilang, Lahad Datu sewajarnya diberikan rumah percuma di Pangsapuri Mutiara Kasih setelah Supernesa gagal menyiapkan rumah tersebut," kata Citra yang mencabar Kerajaan Persekutuan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas mantan Pengerusi Supernesa, Datuk Haji Musbah Jamli kerana laporan dan siasatan terhadap kes berkenaan telah diselesaikan sepenuhnya oleh SPRM.

Menyentuh notis yang dikeluarkan oleh CH William, Citra berpendapat agak keterlaluan kerana mereka tidak mempunyai locus-standi disebabkan perjanjian penyewaan pangsapuri berkenaan antara penyewa dengan MDLD yang dilantik sebagai agen rasmi SPNB.

"Macam dalam filem P Ramlee atau kes Ah Long pula main cat pintu rumah," kata Citra yang tergelak ketika membaca notis yang diserahkan CH William kepada para penyewa.

Dalam notis berkenaan, CH William mendesak agar semua penghuni menjelaskan sewa bulanan dan bil air dalam tempoh 7 hari dari notis tersebut dan jika gagal nereka akan mengambil tindakan berikut:

1) Akan menampal senarai-senarai nama yang tertunggak di papan kenyataan di setiap blok.

2) Pintu rumah akan DITANDA MERAH untuk tindakan selanjutnya.

3) Sesiapa yang mengepam air tanpa melalui meter akan diambil tindakan kerana ini akan mengakibatkan pihak pengurusan mengalami kerugian:

4) Pihak pengurusan akan melaporkan hal ini kepada pihak polis.

5) Pihak majlis akan mengambil tindakan berdasarkan surat perjanjian

Menurut Citra, sebelum sebarang tindakan dapat diambil oleh MDLD atau agennya, mereka hendaklah mengadakan majlis dialog bagi mendapatkan pandangan dan aduan kenapa penyewa gagal menjelaskan bayaran sewa dan menggunakan pam sedangkan tekanan air di Lahad Datu cukup untuk sampai ke tangki simpanan.

"Di mana Adun Tungku? Dulu dia berjanji kepada rakyat di Lok Buani untuk baiki masjid dan naiktaraf jalan raya, tetapi selepas pilihanraya muka pun tidak nampak. Ketika itu beliau tulis janjinya atas surah Yassin. Apakah kali ini beliau akan tulis atas Al-Quran untuk membantu penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih?," tanya Citra dalam nada cukup sinis.

Citra menjelaskan Kerajaan Persekutuan membina 700 lot rumah di Pangsapuri Mutiara Kasih untuk program menempatkan semula setinggan yang terlibat dengan perobohan rumah mereka semasa Ops Nyah II Bersepadu pada 2002 dan setinggan yang bertebaran di pinggir bandar.

Tetapi ketika pengagehan dilakukan, berlaku campurtangan politik sehingga mereka yang tidak layak, tidak mempunyai pendapatan, PATI serta Ketua Cawangan UMNO turut diberi peluang untuk menyewa pangsapuri berkenaan.

Menurut Citra, beliau dimaklumkan para penyewa dikehendaki membayar sewa pada kadar RM165 sebulan, tidak termasuk bil air yang dibilkan berasingan; tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap, maka mereka sukar membayar sewa dan bil air tepat masa pada setiap bulan.

Lebih mengecewakan kata Citra, bekalan air yang sering dicatu dan tekanan rendah menyebabkan menyebabkan penyewa seperti lembu di dalam kandang sehingga terpaksa menggunakan pam untuk mendapatkan air.

"Semua Wakil Rakyat BN ini tidak jujur dan menyalahguna kuasa mereka untuk kepentingan politik. Bila ada masalah seperti ini, batang hidung mereka tidak nampak. Rakyat yang teraniaya terpaksa mengadu kepada kita," kata Citra dengan nada yang agak kesal, terutama sikap ADUN Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, yang berpejabat tidak jauh dari pangsapuri berkenaan, tetapi mengabaikan tugasnya.

12 comments:

  1. A dialogue to listen to the renters regarding their problem for paying their rent and water bills should be held before actions are taken.

    ReplyDelete
  2. The people representatives should find out the people's problems and help them resolve it.

    ReplyDelete
  3. bekalan air yang sering dicatu dan tekanan rendah menyebabkan menyebabkan penyewa seperti lembu di dalam kandang sehingga terpaksa menggunakan pam untuk mendapatkan air.

    -hopefully the water department will look into this matter

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah air dikawasan tersebut harus diselesaikan segera.

      Delete
    2. Air salah satu kegunaan/keperluan asas pada semua manusia. memang sukar sekiranya tiada air. harap masalah tu segera diselesaikan oleh pihak berkenaan.

      Delete
    3. sepatutnya perumahan tersebut sudah dilengkapi dengan bekalan air sebelum ia disewa.

      Delete
  4. The allegations made within this article needs to be looked into as soon as possible

    ReplyDelete
  5. Pihak berkenaan harus bertindak segera menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan tu.

    ReplyDelete
  6. Jika ada surat perjanjian bawa saja kes ini kepada yang boleh menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  7. Itu sudah tanggugjawab kita untuk membayar air yang kita guna. Kitajuga diberikan hak untuk rumah tersebut. Namun penggunaan airu perlulah dibayar mengikut yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  8. ba lantik la Citra jadi CM atau PM supaya semua rakyat dapat rumah percuma..

    ReplyDelete
  9. tidakkah Citra terfikir bahawa kerajaan akan rugi jika rumah diberikan secara percuma kepada rakyat?? sedangkan kerajaan membuat pinjaman melalui KWSP pun dikatanya negara akan bankrap, inikan pula memberikan rumah secara percuma..

    ReplyDelete