Tuesday 7 February 2012

JANGAN UJI KESABARAN AHLI USNO



Oleh : MEDIA USNO

PADA 4 Jun 2007, Kelab USNO Sabah mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia pada yang diserahkan oleh Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh bersama mantan Adun USNO Sabah dan sebahagian besar AMT parti itu.

Kini, sudah 5 tahun berlalu, perjuangan Bumiputera Islam Sabah untuk mendapatkan hak bersuara dikemukakan kepada Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, namun sehingga hari ini kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak belum memberi jawapan rasmi.

Bumiputera Islam di Sabah berhak bersuara melalui wadah Perjuangan Parti sendiri, berhak bertanding melalui suara anak Sabah sendiri, berhak meletak calon mereka melalui perjuangan rakyat Sabah sendiri, namun semuanya ini dinafikan.

Rapat umum USNO yang diadakan pada 29 Januari 2012 lalu jelas membuktikan bahawa Parti USNO terus relevan di negeri ini dengan kehadiran ribuan penyokong dan pendokongnya parti itu di satu majlis yang dikenali sebagai Perhimpunan 1 Sabah dan majlis menandatangani kerjasama melalui suku-suku kaum di negeri ini dengan termeterinya 'Deklarasi Semporna'.

Datu Badaruddin dalam ucapannya di hadapan ribuan rakyat di pantai timur Sabah, memaklumkan bahawa USNO yang beliau perjuangkan adalah harta dan warisan rakyat negeri ini yang ditubuhkan oleh mantan Bapa Kemerdekaan Sabah sebagai perahu, sebagai rumah, sebagai kenderaan bagi mengisi kemerdekaan yang telah diersetujui bersama antara wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya.

Adalah tidak adil sama sekali Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh kumpulan rakyat Malaya menyekat Bumiputera Islam di negeri ini untuk tidak bertanding dalam pilihanraya hanya kerana parti itu belum mendapat kelulusan yang wajar dari pihak kerajaan.

Mengapa Bumiputera Sabah harus disekat untuk menjaga kepentingan UMNO di Negeri ini, bukankah UMNO itu untuk Bangsa Melayu dan perjuangan orang Islam di Semanjung?. Walhal USNO adalah parti dari Sabah yang mewakili Bumiputera Islam semenjak merdeka pada 1963.

Beliau memaklumkan jika perkara ini berterusan, warga USNO akan terus berpecah dan memberi sokongan kepada parti-parti tempatan; tidak kira parti-parti tempatan yang berlandaskan Bukan Islam sama ada Kristian atau Buddha.

Datu Badaruddin kesal kerana perjuangan suku kaum Bumiputera Sabah terus disekat dengan menghalang mereka menyertai pilihanraya kerana permohonan untuk menubuhkan parti politik umpama meminta nyawa kepada Malaikat Izrail.

Jesteru itu, kata Datu Badaruddin, Kerajaan Pusat diminta meluluskan segera parti kemerdekaan itu untuk membolehkan Bumiputera Islam di Negeri Sabah bebas mewakili rakyat negeri ini pada pilihanraya akan datang.

Menyekat bumiputera Islam Negeri ini membuat pilihan terhadap masa depan politik mereka samalah juga menyekat dan membunuh masa depan generasi Islam di Negeri Sabah.

"Untuk itu kami dari USNO tidak akan rela menghadapinya dan sedia berjuang habis habisan demi Hak kami dan kebebasan kami bersuara dapat dipertahankan," kata Datu Badaruddin yang merujuk kepada alasan tidak rasmi yang diperkatakan mengenai Pendaftaran Parti USNO, bahawa terdapat tiga kumpulan USNO yang memohon menghidupankan parti itu semula yang menyebabkan Kerajaan Pusat sukar membuat keputusan.

Kata Datu Badaruddin, biar beliau perjelaskan di sini bahawa ketiga-tiga kumpulan itu ada memohon di antara 2006–2010, tetapi beliau yakin ketiga-tiganya adalah berbeza dan mempunyai perdekatan yang berlainan.

"Saya yakin tiga kumpulan USNO itu mengemukakan pendaftaran dengan berlainan logo, lambang dan nama di mana cuma singkatan sahaja yang sama iaitu nama USNO. Sebagai contoh, USNO 2006," kata Datu Badaruddin lagi.

USNO 2006 dipimpin oleh Perais Sharif Baba adalah berbeza dari segi nama, logo dan lambangnya. Perjuangan USNO 2006 juga mirip kepada membantu dan berjuang bersama Pakatan Rakyat di mana kita lihat mereka bergerak seiringan semenjak pilihanraya kecil Batu Sapi 2010 di Negeri Sabah. Namun beberapa penajanya telah meninggalkan parti itu dan menyertai SAPP pimpinan Yong Teck Lee; terutama Japiril Bin Suhaimin dari Ranau Sabah yang kini berjuang bersama parti SAPP.

Manakala USNO 2008 yang didaftarkan oleh Haji Musa Milip pada 2008, juga ada perbezaan dari segi nama, logo dan lambang parti, namun Presiden Penajanya telah meninggal dunia bulan lalu dan buat masa ini parti itu dipangku oleh Haji Duli Tiaseh yang mendapat restu pendaftaran dari seorang Mantan Ketua Menteri Sabah dan difahamkan mereka mendapat sumber kewangan dari ketua Menteri itu sejak pendaftarannya dibuat pada 2008.

Parti itu juga dilihat telah berpecah kerana salah seorang penajanya yang juga mantan setiausaha Agungnya telah menyertai parti baru SPF (Sabah People Front) dan dilantik oleh pihak SPF menjadi Naib Presiden iaitu Mat Bee Hj. Ismail.

Manakala Parti USNO yang dipimpinnya, Datu Badaruddin berkata adalah kesinambungan dari Kelab USNO Sabah yang ditolak pendaftarannya pada 2009, setelah semua penajanya telah membuat keputusan untuk menubuhkan dan menghidupkan Parti USNO dalam bentuk Perjuangan Politik tanpa mengubah logo dan lambang asal parti 1963.

Parti USNO ini juga, kata Datu Badaruddin akan terus berjuang di Sabah untuk mendapatkan hak mereka dan yang terbaharu ialah pada 29 Januari 2012, mereka telah mengadakan rapat umum di Semporna dan menjalinkan kerjasama dengan STAR parti tempatan Sabah melalui Deklarasi Semporna.

Jesteru itu, bukanlah menjadi alasan besar untuk Kerajaan Pusat membuat keputusan melainkan dengan niat jahat sengaja menyekat Bumiputera Islam Negeri ini untuk berpolitik dan memperdaya mereka agar menyertai UMNO.

Bagi Datu Badaruddin, tiada masalah jika ketiga-tiga permohonan parti yang berjiwa USNO diluluskan kerana kesemuanya mempunyai landasan perjuangan, logo/ lambang dan kecenderungan masing-masing.

Tegas Datu Badaruddin, USNO 2006 bersama Pakatan, USNO 2008 bersama SAPP dan Parti USNO berjalan sendiri bersama rakyat Sabah melalui Deklarasi Semporna yang telah ditandatangani baru-baru ini antara beliau dengan Pengerusi STAR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang disaksikan oleh 3,000 warga USNO di Dewan Sulabayan Semporna.

"Kami harap selepas ini tiada lagi yang mendakwa bahawa USNO tidak relevan bagi rakyat Sabah seperti mana yang dinyatakan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO yang ingin menjaga kepentingan periuk nasi mereka, tanpa melihat penderitaan rakyat dan Bumiputera Islam pada hari ini," kata Datu Badaruddin yang mengakui lima tahun adalah tempoh yang terlalu lama untuk menunggu kelulusan, namun berharap tidak ada yang mencabar kesabaran ahli USNO.

HANGAT....Sambutan hangat rakyat terhadap Parti USNO yang terdiri dari kaum Ibu.

PATRIOTIK....Penyokong USNO menyanyi lagu Patriotik USNO yang berkumandang semula.

SEMANGAT.....Ledakan semangat penyokong USNO sehingga ke luar dewan cukup membuktikan parti ini terus relevan.

33 comments:

  1. Usno masih lagi sebuah parti politik yang tidak sah. Selagi ROS tidak meluluskan permohonan Usno selagi tu tidak sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana ramai pun ahli, Usno tetap tidak boleh bertanding dalam PRU13.

      Delete
    2. jika tidak mendapat kelulusan USNO tidak boleh bertanding.

      Delete
    3. Since USNO is not approved, maybe the members should join other parties.

      Delete
    4. The USNO members and supporters should be prepared to consider alternative parties should USNO failed to get approved by ROS.

      Delete
    5. kalau USNO benar2 tidak diluluskan, ahli2nya patut cari parti lain. tak perlu mengharap lagi pada sesuatu yang tidak pasti.

      Delete
    6. Macam kesian juga Usno ini... Telebih semangat utk bertanding mungkin sampai tak sedar belum kena approved.

      Delete
    7. selagi belum diluluskan maksudnya mereka tidak dapat bertanding dalam pru akan datang.

      Delete
  2. From pictures above, I don't think so Sabah youths interested with Usno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi golongan muda Sabah, USNO merupakan parti yang sudah lama berlalu. orang muda lagi suka sesuatu yang baru.

      Delete
    2. ya..usno sudah lama dan mungkin tidak diminati oleh golongan muda sekarang.

      Delete
  3. nama USNO dah cukup dikenali di Sabah, jika ia dihidupkan semula pastikah ia akan mendapat sokongan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. We shall never know if ROS don't approve them.

      Delete
    2. Susah mahu cakap, politik kan sukar diramal..

      Delete
    3. usno sudah lama berlalu jadi susah mau ramal kemampuannya.

      Delete
  4. Too bad ROS don't think USNO is relevant enough to have it approved.

    ReplyDelete
    Replies
    1. But if the people wants USNO, then ROS has no choice but to approve USNO.

      Delete
    2. The ROS can make or break a party, if ROS does not approve USNO, then no way they could be a registered party.

      Delete
    3. RoS is controlled by somebody behind??

      Delete
  5. Nampaknya USNO mula bangkit semula. Namun sayangnya USNO tidak ada pilihan lagi kerana masih belum ada kelulusan menjadi parti politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang susahnya tu.. Lebih baik Usno fokus dulu utk dapatkan kelulusan senang cerita.

      Delete
  6. Selagi USNO tidak diluluskan selagi itu perjuangan mereka hanya sia-sia. dan hanya mampu menumpang dengan parti pembangkang yang lain seperti STAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini mereka memang bekerjasama dengan star.

      Delete
  7. USNO merupakan parti lama di Sabah namun terhenti dan bubar disebabkan ramai ahli tertinggi keluar parti. Namun sekarang Abdullah Sani cuba membangunkannya semula.

    ReplyDelete
  8. S/ada Usno dapat bertanding atau sebaliknya, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  9. Paling penting ialah penilaian rakyat. So rakyat harus bersedia utk berdepan dengan pRU13 supaya dapat buat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..rakyat harus bersedia untuk membuat plihan yang terbaik.

      Delete
  10. pandai pula dia cakap jangan uji kesabaran usno sedangkan pemimpin2 usno sendiri yang bubarkan parti itu.. hebat sangatkah usno? terlalu mengidam sangatkah rakyat Sabah terhadap parti seperti usno??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kegemilangan USNO malap sudahlah..

      Delete
  11. kenapa pemimpin2 usno tidak cuba guna nama lain? adakah nama 'usno' itu sendiri yang memberikan kemenangan kepada usno??

    ReplyDelete
  12. bukankah lebih baik jika bekas pemimpin2 usno ini dapat menyertai parti pembangkang sedia ada.. cukuplah parti pembangkang yang ada di Sabah.. kalau terlalu banyak parti pun, bukannya dapat memberikan peluang cerah kepada pembangkang di negeri ini untuk merampas kerajaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketaralah mahu pok dapat kuasa saja. Masing-masing mahu jadi hero. Bermimpi di siang hari betul.

      Delete
  13. apa pun, sekarang ni sudah terlalu banyak parti politik di Sabah..rakyat pandai-pandailah memilih.

    ReplyDelete