Thursday 9 February 2012

JKR, BAGAI TIKUS BAIKI LABU?

TERSANGKUT..... Penumpang terpaksa turun kerana aras bawah kenderaan tersangkut dengan timbunan batu pasir seperti bonggol kerana tidak digred rata.

Oleh: THAMPPAREQ KITOES

AKIBAT dari pelaksanaan kerja-kerja menyelenggara jalanraya yang tidak sempurna (cincai) menyebabkan penduduk Kg Kalamatoi marah dan meminta kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya tampil semula untuk membaiki kerosakan tersebut.

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Kalamatoi, Andawai bin Ansumor, 55, ketika memberitahu Sabahkini.net kelmarin.

Katanya, beliau terkilan dengan sikap kontraktor terbabit yang disifatkannya tidak menghormati kehendak rakyat kerana tugas yang dijalankan langsung tidak berkualiti, malah lebih memudaratkan kenderaan ketika melalui jalanraya tersebut.

“Kami suruh JKR atau kontraktornya buat penyelenggaraan mengikut jadualnya, tetapi bukan sekadar tumpahkan batu pasir di permukaan jalanraya dan tidak digred rata. Tengok apa sudah jadi selepas itu, banyak kenderaan tersangkut kerana jalan berbonggol-bonggol, menyusahkan pengguna,” tegas Andawai.

“Keadaan sebegini bukan satu lokasi sahaja malahan terdapat lima lokasi, (Jadi) bagaimana penduduk dan pemilik kenderaan tidak marah kalau kenderaan sering tersangkut di kawasan lokasi itu,” tambah Andawai sambil meminta JKR agar segera turun padang melihat sendiri keadaan di situ.

Ditanya sama ada beliau telah ajukan masalah tersebut kepada pihak berkaitan Andawai berkata, “Saya sudah bosan berulangkali mengemukakan masalah tersebut kepada Pejabat UPKR selain menghubungi JKR tetapi sehingga sekarang tiada juga tindakan,” jelasnya.

Andawai berkata, disebabkan masalah tersebut beliau sering menjadi sasaran cemuhan penduduk dengan pelbagai tanggapan termasuklah lemah dalam menjalankan tanggung jawabnya selaku agensi kerajaan yang diamanahkan berhubung pembangunan di kampung tersebut.

“Saya atau wakil rakyat tidak mahu dipersalahkan dalam kepincangan ini termasuk juga kerajaan tetapi yang harus dipersalahkan ialah pihak pelaksana yang gagal mengawasi perkara ini,” tambah Andawai.

7 comments:

  1. The JKR must make sure that the roads are constructed according to the standards so that it is safe to use.

    ReplyDelete
  2. JKR kena jalankan kerja mereka dngn berkualiti. patuhi piawaian yang ada.

    ReplyDelete
  3. JKR perlu repair balik jalan raya tu. sangat2 bahaya kepada pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  4. keadaan seperti ini memang sering berlaku di kampung. tiap tahun jalan sentiasa diperbaiki tapi hanya dengan menabur batuan. kan lebih baik kalau jalan terus diturap, tidaklah perlu diperbaiki dengan kerap.

    ReplyDelete
  5. Mengenai jalan yang kurang sempurna ini perlulah diambil perhatian. Mungkin kontraktor perlulah dipilih berdasarkan prestasi mereka.

    ReplyDelete
  6. kalau kita tengok gambar diatas, kenapa itu bas lalu di tepi? kenapa bukan ditengah2 jalan yang lebih elok permukaannya?? atau bas itu sebenarnya saja diletakkan dibahu jalan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Van itu macam kena lowered. Apa tidak tersangkut macam tu.

      Delete