Sunday 12 February 2012

KABINET TELAH BUAT KEPUTUSAN RCI DI SABAH



KERAJAAN Persekutuan telah membuat keputusan tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Dompok berkata kabinet telah menyerahkan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah mengilhamkan gagasan 1Malaysia, untuk mengumumkan perkara itu.

"Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya telah membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan.

"Saya membangkitkan lagi isu ini pada mesyuarat kabinet terakhir (8 Feb) dan kabinet kemudiannya telah membuat keputusan. Perdana Menteri akan menangani seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kalendar dalam bahasa Kadazandusun di SK Putaton, dekat sini Sabtu.

Dompok, yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) diminta mengulas laporan akhbar tempatan hari ini bahawa Najib dijangka akan membuat pengumuman yang amat ditunggu-tunggu berhubung perkara itu semasa lawatan dua hari ke sini mulai 16 Feb.

Pada Jumaat, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipetik berkata tidak mustahil Perdana Menteri akan mengumumkan perkara itu di Sabah minggu depan.

Ditanya kemungkinan RCI ditubuhkan sebelum pilihanraya umum, Dompok berkata: "Sudah pasti sebarang Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dibuat sebelum pilihan raya umum diadakan." (BERNAMA)

12 comments:

  1. Good news for Sabah, hopefully the Federal Government will announce the actual date in which the RCI will be finally implemented soon.

    ReplyDelete
  2. Hopefully with the RCI for illegal immigrants, the issues will be able to be resolved after so many years of facing this.

    ReplyDelete
  3. This is indeed the news all genuine Sabahan is waiting to hear.

    ReplyDelete
  4. hopefully with the speedy setting up this commission, the problems relating to this matter will be look into. Thus a realistic and effective solution may be devised.

    ReplyDelete
  5. persekutuan beri respon positif mengenai RCI. ia pasti akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap Persekutuan lulusan penubuhan RCI di Sabah.

      Delete
  6. RCI ini perlu bagi selesaikan masalah di Sabah terutama isu PATI.

    ReplyDelete
  7. Harap keputusan tu memberi kegembiraan kepada rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  8. Satu berita yang baik kepada kita kerana kerajaan persekutuan telah membincangkan dan telah memberikan keputusan yang menyebelahi kerajaan Negeri mengenai penubuhan RCI.

    ReplyDelete
  9. Dengan adanya RCI ini nanti akan dapat membantu menyiasat perkara yang berkaitan dengan PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  10. yup.. memang tidak mustahil RCI boleh ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah projek IC dan pendatang haram di negeri ini.. jika Najib boleh mengarahkan penubuhan RCI untuk kes TBH, mengarahkan penambahbaikkan sistem pilihanraya, pemansuhan ISA, kenapa tidak untuk RCI di Sabah..

    ReplyDelete
  11. syabas kepada Dompok dan Bumburing yang bertungkus lumus mahu memastikan negeri ini mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan persekutuan..

    ReplyDelete