Wednesday 29 February 2012

KAMPUNG TANPA WAYAR HANYA 'MINTA PUJI'?



Saudara Pengarang,

SEMENJAK kerajaan memperkenalkan dasar memperkasakan Teknologi Maklumat (IT) banyak usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan kadar celik IT, antaranya menyediakan perkhidmatan internet percuma.

Begitu juga dengan Kampung Tinangol, Matunggung, Kudat. Kerajaan telah menunjukkan kesungguhan dalam meningkatkan kadar celik IT di kalangan penduduk Tinangol dengan menyediakan perkhidmatan internet percuma atau dikenali Kampung Tanpa Wayar (KTW).

Dengan adanya perkhidmatan internet percuma, telah memberi peluang yang lebih baik terutama pada belia, golongan pelajar dan kakitangan kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang lebih baik, kualiti dan pada bila-bila masa luang/perlu.

Namun begitu, impian ini tidak menjadi kenyataan kerana perkhidmatan ini tidak berfungsi dengan baik dan sangat teruk. Dari mula pemasangannya iaitu awal tahun ini, adakalanya langsung tidak boleh diakses dan jika boleh diakses ianya hanya sekali sekala atau beberapa minit/jam sahaja dalam sehari.

Selain itu, ia tidak mampu memberikan jaringan walau jarak dari pusat pemancar tidak lebih 300 meter sedangkan perkhidmatan ini dikatakan mampu mencapai jangkauan hingga 300 meter dari pemancar.

Keadaan ketika ini amat menyedihkan kami, sehingga ramai di antara kami yang tertanya-tanya adakah piring pemancar besar yang diletakkan di tengah-tengah Kampung Tinangol ianya sekadar hiasan, wayang kulit atau minta puji?

Atau adakah perkhidmatan internet yang di war-warkan hanya permainan kerajaan untuk memancing undi penduduk Tinangol kerana ada suara yang mengatakan perkidmatan ini akan dirasmikan sebelum berlangsung PRU13 dan barulah perkhidmatan akan diperbaiki. Persoalannya, apakah rasionalnya semua ini?

Kenapa kami harus menunggu? Kerja-kerja dan keperluan-keperluan kami berkaitan dengan akses internet tidak boleh menunggu masa sebelum dirasmi lebih-lebih lagi berkaitan dengan PRU13.

Sebagai penduduk Tinangol, saya menyeru pihak yang berwajib agar dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap keluhan kebanyakan penduduk Tinangol yang mula mempersoalkan keberkesanan perkhidmatan di facebook.

Saya rasa perkhidmatan ini harus diperbaiki secepat mungkin untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat umum terhadap kerajaan amnya dan wakil parlimen iaitu Dato' Seri Dr Maximus Ongkili dan Adun Sarapin Magana.

Salam Hormat,

PEMINAT IT

10 comments:

  1. It is a good move to bring IT into the rural areas so that the people can catch up with the technology developments. However, it should be done more effectively, ensure that the coverage is good so that the people are able to enjoy uninterrupted connection.

    ReplyDelete
  2. Hope to see better connectivity for the line service in the rural areas, this is the IT era, without internet and computers, we are bound to fall behind.

    ReplyDelete
  3. Internet broadband penetration in Sabah has reached 33 percent, exceeding the 25 percent target set by the federal government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deputy Chief Minister Dr Yee Moh Chai said this proves that the federal government listens to complaints from the people and state leaders who want to see increased broadband penetration.

      Delete
    2. Yee who is also Human Resource Development and Information Technology Minister hopes that the federal government will take proactive steps to ensure that Sabahans enjoy similar broadband penetration to those in the peninsula.

      Delete
  4. Mungkin mutu qualiti perkhidmatan ini perlu dipertingkatkan. Namun tidak ada yang penting itu percuma tidak perlulah bising-bising bukan juga penduduk membayar semua itu.

    ReplyDelete
  5. ""Sebagai penduduk Tinangol, saya menyeru pihak yang berwajib agar dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap keluhan kebanyakan penduduk Tinangol yang mula mempersoalkan keberkesanan perkhidmatan di facebook.""

    bilang tidak dapat akses internet.. tapi dapat pula buat aduan di Facebook..

    ReplyDelete
  6. The internet connection will be improved step by step.

    ReplyDelete
  7. Bos.. Cam mana jua x down tu internet mo beratus org kamu online. Bukan murah murah tu kos mo p repair tu system, bukan cakap jak trus org mo dtg bikin. Suukur2 la kamu kena bagi free wifi, even telco 3G pun blum ada di kebanyakan kawasan Kudat. Kamu kira advance dan beruntung dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lubang pantat ko lah dero. Mulut shj basar mcm Tampayan. Barangkali Kapala ko ni pun tampayan juga bah kan. hahahahaha

      Delete