Monday 6 February 2012

KE MANA HALATUJU SAPP?

Oleh : RAYMOND TOMBUNG

DALAM percaturan politik yang sedang berlaku sekarang, perlu ditanya soalan yang sangat relevan, Ke manakah halatuju SAPP? Tanpa disedari ramai orang, sebenarnya SAPP sejak akhir-akhir ini telah mendapati dirinya berada di dalam satu dilema yang bukan mudah untuk diselesaikan.

Dilema ini semakin ketara apabila STAR dilancarkan dengan sambutan yang begitu menghairahkan. Sebelum itu hari ulangtahun UBF yang pertama telah diadakan di Penampang dan dihadiri oleh Timbalan Presiden SAPP, Amde Sidek, di mana beliau duduk dan berdiri di hadapan sebaris dengan Dr. Drispin Sakoi, Presiden STAR, Datuk Dr. Jeffrey, Pengerusi UBF dan Datu Badaruddin Tun Mustapha, Presiden Penaja USNO.

Selama itu pun Dr. Jeffrey telah mengadakan satu siri perbincangan dengan Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP tentang bagaimana mereka boleh bekerjasama sebagai satu pasukan pembangkang untuk menentang BN dalam pilihanraya akan datang.

Yong telah mempunyai keterbukaan kepada kemungkinan Dr. Jeffrey akan mempunyuai partinya sendiri dan kalau Dr. Jeffrey gagal memperolehi partinya, SAPP telah bersedia memberi ruang untuk Dr. Jeffrey dan kumpulannya bertanding menggunakan lambang SAPP.

Malangnya setelah Dr. Jeffrey mendapat persetujuan dengan para pemimpin STAR di Sarawak untuk membawa parti itu ke Sabah sekali lagi (STAR pernah bertanding di Sabah di dua kawasan parlimen pada tahun 1999), dan melancarkan parti itu bulan lalu dengan sambutan yang amat luarbiasa, SAPP nampaknya telah mulai merasa ragu-ragu untuk bekerjasama dengan Dr. Jeffrey.

Malahan, SAPP telah mengeluarkan stetmen menafikan yang SAPP ada hubungan dengan STAR, dan Amde pula berkata kehadirannya di pelancaran STAR “hanyalah untuk memberi sokongan peribadi kepada Jeffrey”; satu kelentong politik yang cukup sopan, tetapi sangat tidak meyakinkan.

Saya percaya perubahan sikap SAPP yang tiba-tiba ini adalah disebabkan oleh hanya satu perkara; SAPP menggeruni kemungkinan STAR menjadi lebih penting dan lebih kuat dari SAPP, dan jika ia bekerjasama dengan STAR, ia akan menjadi kuasa nombor dua, dan meletakkan Yong di bawah tahap Dr. Jeffrey!

Mana tidaknya, selama ini Yong telah menganggap dirinya pemimpin pembangkang yang paling berpengaruh dan paling kuat di Sabah dan telah berharap Dr. Jeffrey akan menyertainya, sebagai pengikut. Sekarang, apabila bintang STAR bersinar lebih memukau daripada yang dijangka, SAPP seperti melihat STAR sebagai satu ancaman kepada kedudukannya.

Tetapi masalah bagi SAPP ialah, Apakah halatujunya sekarang, dalam percaturan politik terkini di mana STAR mendapat sokongan yang begitu kuat di seluruh Sabah? Apakah yang SAPP harus lakukan apabila melihat bahawa STAR dan USNO sudah menandatangani Deklarasi Semporna, dengan janji bekerjasama untuk menentang BN dalam pilihanraya akan datang?

Dr. Jeffrey berkata, Deklarasi Semporna yang ditandatangani dalam satu perhimpunan USNO di Semporna pada 29 Januari lalu, dalam satu perhimpunan yang dihadiri oleh 3,000 orang adalah satu dokumen penting kerana ia menyatupadukan rakyat Sabah, iaitu para KDM di Pedalaman dan para Muslim Bumiputera di Pantai Timur.

Kehadiran 3,000 orang di Semporna lantas melonjakkan semangat Pakatan Borneo untuk melangkah terus walaupun tanpa ada lagi parti lain menyertainya, meskipun sebenarnya satu parti Cina memang diperlukan untuk bertanding di kawasan-kawasan Cina.

Masalahnya SAPP tidak mahu mengambil peranan ini (sebagai komponen Cina dalam Pakatan Borneo) kerana dari awal-awal lagi ia membayangkan dirinya mahu bertanding di 40 kawasan pilihanraya negeri dan lima kawasan parlimen!

Yong telah membuat perundingan dengan Pakatan Rakyat untuk meminta jumlah kerusi yang sama, tetapi PR berpendapat ia hanya layak bertanding di tiga kawasan DUN. Ia juga pernah diberitahu oleh PKR bahawa jika ia mahu bertanding 40 kerusi negeri kenapa mahu lagi kerusi parlimen?

Ketika perundingan ini terbantut, SAPP juga sedang berunding dengan Pakatan Borneo. Dalam mesyuarat Pakatan Borneo yang pertama pada 31 Januari yang lalu, SAPP masih juga meminta jumlah kerusi yang sama, sedangkan STAR dan USNO sudah bersetuju mengambil kawasan-kawasan KDM dan Muslim Bumiputera. Akhirnya, wakil SAPP, Amde, menyatakan bahawa SAPP “bersetuju pada dasarnya, tetapi tertakluk kepada perundingan dengan Presiden dan Majlis Tertinggi SAPP.”

Masalahnya sekarang ialah SAPP besar kemungkinan akan diabaikan oleh kedua-dua PR dan Pakatan Borneo. PR sudah jemu berunding dengan SAPP dan telah mengambil sikap, kalau mahu terimalah, kalau tidak, lupakan sahaja.

Demikian juga Pakatan Borneo tidak nampak bagaimana ia boleh berurusan dengan SAPP jika SAPP terus mahu berdegil meminta 40 kerusi DUN! Apa yang SAPP harus lakukan sekarang ialah menghentikan pendiriannya bahawa kononnya ia adalah parti pelbagai kaum atau parti yang bukan berdasarkan kaum. Ini kerana, seperti juga DAP, SAPP tetap parti Cina dari sudut pandangan rakyat Sabah.

Lainlah barangkali, jika dalam masa tiga tahun sebelum ini Datuk Eric Mojimbun telah mengambil-alih jawatan Presiden SAPP daripada Yong dan parti itu telah menjalankan kempen menarik sokongan pengundi KDM.

Sekarang ini, meskipun dengan kehadiran Mojimbun, Amde Sidek, Dullie Marie dan Peter Marajin di dalam SAPP, ia tetap parti Cina dari pandangan umum. Malah umum rakyat bertanya apakah pemimpin-pemimpin ini sedang buat di SAPP? Adakah mereka bermimpi untuk bertanding di kawasan-kawasan mereka atas tiket SAPP?

Bolehkah mereka menang? Masalahnya lagi, kecuali Mojimbun, para pemimpin bukan Cina SAPP (Amde, Dullie, dan Marajin) adalah para pemimpin yang masih hijau. Mereka belum berupaya menukar imej SAPP menjadi parti pelbagai kaum yang sejati, lebih-lebih lagi dengan peranan Yong yang dominan, dan perlu terus mengekalkan dominasi Cina dalam SAPP.

Oleh yang demikian SAPP harus merendahkan dirinya dan menerima hakikat ini. Jika ia mahu mempunyai peranan yang bermakna dalam kerjasama pembangkang di Sabah, ia perlu menerima peranan sebagai parti Cina yang akan bertanding di kawasan Cina sahaja. Jika ia terus juga berkeras dengan mahukan 40 kerusi ia akan menemui jalan buntu dalam semua usaha perundingannya dengan mana-mana pihak.

Mungkin ia berfikir akan berunding dengan Sabah People’s Front (SPF), tetapi harapan SPF untuk menerima para pemimpin BN yang kononnya akan melompat ke SPF sebenarnya belum lagi menjadi kenyataan. Ketika ini ada juga yang menyuarakan keraguan sama ada lompatan-lompatan itu akan berlaku memandangkan banyak sudah kedengaran langkah undur di sana-sini.

Namun walaupun SPF menjadi sebuah parti yang mempunyai kekuatan baru, SAPP tetap juga akan menemui jalan buntu dan melanggar tembok tebal jika ia terus menuntut 40 kerusi negeri. Bagaimana jika pada waktu itu SPF juga mahu menyertai Pakatan Borneo? Bukan ruang SAPP akan menjadi lebih sempit lagi?

Kesimpulannya, SAPP mempunyai hanya dua pilihan: 1. Merendahkan diri dan menjadi komponen Cina dalam Pakatan Borneo, atau 2. Bertanding sendiri dalam 40 kawasan DUN untuk menguji kekuatan sebagai parti yang kononnya pelbagai kaum atau tidak berasas kaum.

46 comments:

  1. SAPP mahu bekerjasama dengan STAR / PKR?? SAPP mengatakan parti malaya hanya mengambil kesempatan ke atas Sabah. Tapi kalau SAPP bekerjasama dengan PKR, jadi SAPP mengiyakan saja parti malaya di Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its clearly that SAPP is a confuse party.

      Delete
    2. SAPP tidak ada pendirian. begitulah jika perjuangan untuk diri sendiri.

      Delete
    3. SAPP sukar untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain. Sama ada parti pembangkang malaya atau tempatan

      Delete
    4. Kalau macam itu la rasanya SAPP tidak berpeluang untuk menang

      Delete
    5. what's that malay phrase? cakap tak serupa bikin?

      Delete
    6. sampai sekarang belum nampak lagi dengan siapa sebenarnya SAPP mahu bekerjasama sedangkan sejak dari tahun lalu lagi SAPP merancang2 untuk membuat kerjasama dengan parti lain.

      Delete
    7. sejak dari tahun lalu lagi SAPP merancang untuk bekerjasama dengan parti lain tapi sampai sekarang belum juga tercapai. rasanya, lebih baik lupakan hasrat itu.

      Delete
    8. It's clearly a double standard stand.

      Delete
    9. sapp ni sekejap mau kerjsama dengan PR dan kini mau bekerjasama dengan star..

      Delete
    10. SAPP tidak ada pendirian yang tetap.

      Delete
    11. Kalau mementingkan diri sendiri, tidak mungkin untuk bekerjasama.

      Delete
  2. Hard to tell whether SAPP could be trusted.

    ReplyDelete
  3. SAPP ini sudah banyak kali mahu bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain, tapi setiap kali tidak terjadi kerana ego mereka yang tinggi serta takut kedudukan mereka terjejas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP tidak dpt bekerjasama dgn parti lain jika ia terus ego dan tamak.

      Delete
    2. kalau ego memang sukar untuk bekerjasama dengan pihak lain.

      Delete
    3. Sikap tamak yang ada pada SAPP akan membawa kejatuhan kepada parti.

      Delete
  4. Sukar untuk SAPP bekerjasama dengan sesiapa pun selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti sendiri ke belakang.

    ReplyDelete
  5. Sabahans have been advised not to be easily influenced by empty promises made by the opposition.

    ReplyDelete
  6. lebih baiklah SAPP bertanding sendiri pada PRU-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga sapp akan bergerak sendiri nanti..

      Delete
    2. Lebih baik bergerak sendiri, baru ngam, tidak ada perebutan kuasa nanti.

      Delete
    3. Rakyat masih kurang beryakin dengan SAPP, itulah SAPP ingin bergabung dengan parti lain.

      Delete
    4. Kalau SAPP boleh, teruskan perjuangan tanpa bergabung dengan parti lain.

      Delete
  7. Benar jika kita lihat sendiri SAPP seperti terpaksa berkongsi dengan parti pembangkang yang lain untuk meraih undi dan sokongan nanti,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP tidak pernah menang atas tiket sendiri..buktinya pada prk batu sapi di mana YTL kalah..jadi SAPP perlukan sokongan parti pembangkang lain untuk berdiri..namun atas keegoaan dan ketamakan SAPP itu sendiri, kemungkinan SAPP akan jatuh teruk pada pru13 dan seterusnya akan menjadi penentu sama ada SAPP masih relevan atau tidak..

      Delete
  8. SAPP dan STAR cuba bersatu? Kenapa perkara ini berlaku? Apa sebenarnya SAPP inginkan? Nampak sudah kelemahan yang dihadapi oleh SAPP. Tidak mampu berdiri dengan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mereka tidak akan bekerjasama...dan ini bermakna akan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru di sabah..dan yang akan menang ialah BN sabah sebab berlaku pecahan undi pembangkang.

      Delete
  9. Sebelum itu SAPP cuba bersama PR namun telah mendapat bantahan dari parti komponen PR iaitu DAP. Maka ini menyebabkan kerjasama itu terbatal. Tapi kenapa pula SAPP mahu dengan PR sedangkan SAPP mahu memperjuangkan autonomi Sabah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukar untuk Sapp bekerjasama dengan pr kerana sapp tidak sehaluan dengan dap.

      Delete
    2. SAPP dan DAP tidak akan dapat berkejasama.. Pasti akan mendatangkan banyak masalah.

      Delete
  10. rasanya SAPP akan berdiri sendiri pada pru13 nanti..ini kerana SAPP dengan secara terang ingin bertanding di 2/3 kerusi sabah iaitu 40 DUN...Star sudah pasti tidak setuju..maka dalam UBA, SAPP bukan salah satu daripadanya...jika SAPP menyertai UBA, maka Yong harus lupakan hasratnya untuk menjadi KM sabah..

    ReplyDelete
  11. dan jika SAPP tidak menyertai UBA ini bermakna SAPP lebih mementingkan agenda sendiri berbanding dengan perjuangan yang dilaung-laungkan..dan ini bermakna SAPP menipu rakyat sabah..

    ReplyDelete
  12. ianya adalah dilema bagi SAPP...masuk salah, tidak masuk pun salah..pandai2 lah SAPP..

    ReplyDelete
  13. tunggu dan lihat sajalah samaada sapp akan bekerjsama dengan parti-parti lain atau tidak.

    ReplyDelete
  14. kuat sangatkah Yong sehingga boleh dikalahkan oleh calon tidak popular ketika pilihanraya kecil Batu Sapi??

    ReplyDelete
  15. jika parti2 pembangkang Sabah tidak mampu mencapai kata sepakat atau bersatu, saya yakin selepas pilihanraya umum nanti BN akan kekal mentadbir negeri ini..

    pembangkang asyik melaung2kan supaya rakyat bersatu menumbangkan kerajaan, tapi mereka sendiri tidak bersatu kerana masing2 mengidamkan jawatan..

    ReplyDelete
  16. STAR masih baru, harus memberi masa untuk membuktikan kebolehannya.

    ReplyDelete
  17. Masing-masing ada agenda sendiri, bukan senang untuk mengetepikannya dan bekerjasama dengan misi yang sama.

    ReplyDelete
  18. Persaingan pembangkang cuma memberi ruang kepada BN untuk memenang sahaja.

    ReplyDelete
  19. SAPP masih tidak jelas dengan hala tujunya, ini menyebabkan rakyat masih tidak beryakin dengannya.

    ReplyDelete
  20. Kalau masih bersikap penting diri dan kedudukan, bukan senang untuk bergabung.

    ReplyDelete
  21. BN masih akan memenangi kerusi banyak jik apembangkang terus berpecahan dan rebut kerusi.

    ReplyDelete
  22. STAR masih dalam penggal ujian. Tidak tahu lagi boleh berfungsi ke tidak.

    ReplyDelete
  23. Adakah SAPP ikhlas untuk kerjasama dengan parti lain?

    ReplyDelete