Thursday 9 February 2012

KENAPA SAIFUL TIDAK DIBAWA KE MAHKAMAH?



Saudara Pengarang,

SAYA merasa pelik dan hairan bahawa apabila Datuk Seri Anwar dituduh 'meliwat' walaupun difitnah, contohnya mahkamah tergesa-gesa membuat tuduhan, akhirnya Datuk Seri Anwar dilepaskan kerana tidak ada bukti mencukupi.

Hal ini memalukan pihak kerajaan, Saiful dan konco-konconya yang berniat jahat tidak diheret Ke Mahkamah Syariah atas tuduhan palsu terhadap Datuk Seri Anwar atas tuduhan fitnah liwat.

Menurut Undang-Undang Syariah; ”Seseorang yang membuat laporan palsu atas perihal Liwat atau Zina, dia boleh dihukum penjara dan 80 sebatan”.

Adalah jelas bahawa Saiful tidak boleh mendapat empat (4) saksi yang boleh membuktikan perkara di atas tersebut benar-benar berlaku. Maka oleh yang demikian saya rasa pihak Jabatan Agama Islam, Kuala Lumpur dengan segera mengambil tindakan yang betul sejajar dengan undang-undang Islam supaya orang ramai lebih yakin terhadap undang-undang Islam.

Jangan jadikan undang-undang hanya untuk dikenakan terhadap orang-orang tertentu sahaja.

Salam Hormat,

DATUK HJ. ZAINI BIN MOHD. ISA

10 comments:

  1. Mesti Saiful Bukhari ketakutan sekarang bila nampak surat daripada Datuk Zaini ini.

    ReplyDelete
  2. Anwar takkan bawa hal ini ke mahkamah.

    ReplyDelete
  3. ikut saja la perkembangan kes ni, mahkamah sentiasa adil dalam keputusan.

    ReplyDelete
  4. bukankah Saiful sekarang dalam proses menunggu rayuan?

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu saja lagi kes ini pasti akan dibuka semula.

    ReplyDelete
  6. yang peliknya, jika Anwar boleh saman utusan kerana membuat fitnah yang boleh menjejaskan imej beliau, kenapa beliau tidak saman Saiful kerana membuat fitnah yang bukan sahaja menjejaskan imej beliau malah membuang masa dan duit beliau selama 4 tahun??

    ReplyDelete
  7. jika Anwar tidak bersalah, kenapa perlu beliau ajak penyokong2nya melakukan demonstrasi untuk membebaskan beliau??

    ReplyDelete
  8. So far there are no comment regarding this matter from Saiful's camp.

    ReplyDelete
  9. let's just bury the hatchet for this. There are more pressing matters at hand.

    ReplyDelete