Saturday 11 February 2012

KENYATAAN RODERIC BERHUBUNG NCR BERBAHAYA



TIMBALAN Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tidak bersetuju dengan tafsiran Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Roderic Fernandez berhubung peruntukan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO) bahawa 'Tiada Tanah NCR selepas 1930'.

Menyifatkan ia satu tafsiran yang salah, beliau berkata tidak seperti di Sarawak, tiada tempoh tertentu berhubung tanah NCR di dalam konteks Sabah.

"Jika anda melihat dengan jelas Ordinan Tanah Sabah, ia tidak menyatakan sedemikian. Saya bukan seorang peguam terlatih, tetapi saya mempunyai beberapa latihan undang-undang asas dan saya fikir ia adalah satu tafsiran yang salah kerana penghakiman yang dilakukan Mahkamah Tinggi Borneo selama bertahun-tahun ini mengiktiraf asas tanah-tanah NCR yang diwujudkan di Sabah.

"Saya fikir ia adalah satu kenyataan yang menyedihkan dan berbahaya. Sudah pasti ia adalah hak mahkamah untuk memutuskan apabila ia dikemukakan di mahkamah tetapi keputusan-keputusan sebelum ini adalah konsisten dengan hak adat bumiputera boleh diwujudkan dalam ordinan tanah. Jika tidak semua keputusan mahkamah tentunya salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kemajuan Koridor Pembangunan Sabah di pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), di sini Jumaat.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Fernandez semalam bahawa tiada tanah NCR baru boleh diwujudkan kerana hanya tanah-tanah 'yang masih' didiami penduduk pribumi sebelum SLO berkuatkuasa diiktiraf mempunyai status berkenaan.

Fernandez juga dipetik sebagai berkata bahawa tiada peruntukan di dalam SLO bagi kaum pribumi yang diduduki selepas tahun 1930 dan didakwa sebagai NCR dan tuntutan bagi tanah NCR hari ini mesti membuktikan pemilikan tanah adalah sebelum 1931.

"Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh membuat tafsiran sedemikian, tetapi apa yang boleh saya katakan bagi pihak PBS dan saya pasti Barisan Nasional juga akan berbuat demikian yakni jika beliau terbukti benar sebagaimana dinyatakan undang-undang menerusi mahkamah; maka saya fikir BN Sabah akan memastikan kami meminda ordinan berkenaan (SLO) bagi melindungi tanah NCR di Sabah.

"Jika beliau benar, PBS akan segera mengambil tindakan bagi kerajaan BN mengambil langkah dan melakukan pindaan dalam Ordinan Tanah Sabah bagi melindungi hak kaum pribumi Sabah dilindungi di bahawa ordinan berkenaan," katanya. (BERNAMA)

46 comments:

  1. Datuk Roderic Fernandez needs to re-evaluate his interpretation of the law and clarify his statement regarding this matter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan yang lanjut diperlukan daripada Datuk Roderik.

      Delete
    2. kenyataan dia telah menaikkan kemarahan pendudk Sabah.

      Delete
    3. he do need to re-evaluate his statement on the NCR..

      Delete
    4. I'm quite disappointed by the statement made by Roderic. He definitely needs to re-evaluate his interpretation of the law.

      Delete
    5. Datuk Roderik perlu meminta maaf kerana kenyataan beliau telah menaikkan kemarahab penduduk Sabah.

      Delete
    6. Roderik should well understand what he is talking. Don't let the people has negative view about him.

      Delete
    7. instead of re-evaluate his interpretation, better he apologize to all Sabahan due to his provocative statement in which he has denied the rights of the people in this state

      Delete
    8. Beliau harus memainkan peranan tetapi sedihnya memberi imej yang amat negatif selepas komen beliau.

      Delete
    9. berhati-hatilah ketika memberikan sesuatu kenyataan..

      Delete
  2. His statement regarding this matter has caused a lot of distress in the general public

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...kenyataan ini amat mengecewakan penduduk sabah yang selama ini berjuang untuk mendapatkan status NCR..

      Delete
    2. sebaiknya beliau memberikan penjelasan terhadap kenyetaan yang telah diberikannya.

      Delete
  3. Roderic should be more careful while making any statements in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang perlu berwaspada bila membuat kenyataan kerana apa yang diluahkan akan dinilai oleh rakyat dan juga media.

      Delete
    2. jika benar apa yang diperkatakannya, diharap SLO akan segera dipinda demi hak dan kepentingan penduduk asli sabah.

      Delete
    3. yup, especially when he is not genuine Sabahan who don't know about this state..

      Delete
    4. Terserah kep[ada beliau untuk bercakap apa pun, beliau cukup matang untuk membezakan yang baik dan buruk.

      Delete
    5. berhati-hati bila bercakap kerana ianya akan menimbulkan pelbagai reaksi..

      Delete
  4. Hopefully what he said will be proven wrong by our local leaders and the law makers.

    ReplyDelete
  5. tanah NCR adalah hak2 penduduk, ia perlu dpertahankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Several state BN component party leaders, including United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation president, Tan Sri Bernard Dompok and Parti Bersatu Sabah deputy president, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili have expressed disagreement over Fernandez’s interpretation of the NCR provision in the Sabah Land Ordinance (SLO) that there is “no NCR land after 1930”.

      Delete
    2. Datuk Musa berkata isu tersebut akan dibincangkan dan mencari penyelesaian. Kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan undang2 terutama yang pakar mengenai perkara berkaitan dengan tanah.

      Delete
    3. ya,..yang penting hak penduduk perlu sentiasa dijaga.

      Delete
  6. CM mengatakan bahawa perkara ini akan dilanjutkan dan dibincangkan dalam kabinet..

    ReplyDelete
  7. "Fernandez juga dipetik sebagai berkata bahawa tiada peruntukan di dalam SLO bagi kaum pribumi yang diduduki selepas tahun 1930 dan didakwa sebagai NCR dan tuntutan bagi tanah NCR hari ini mesti membuktikan pemilikan tanah adalah sebelum 1931"

    How are they suppose to prove that they own the land before the year 1931??

    ReplyDelete
  8. state government would also be seeking the opinion of the legal fraternity, especially experts on land matters.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Sabah memandang serius terhadap isu NCR dan berharap mereka akan mencari penyelesaian yang terbaik yang menguntungkan semua.

    ReplyDelete
  10. I think this is merely his views.

    ReplyDelete
  11. Kenyataan yang dibuat oleh Peguam besar ini benar-benar akan membuat penduduk Sabah tidak senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap kerajaan dapat melakukan sesuatu berhubung perkara ini.

      Delete
    2. eliau tidak seharusnya mengeluarkan keyataan yang boleh menyebabkan semua orang tidak berpuas hati.

      Delete
  12. Kenyataan yang dibuat oleh beliau itu rasanya adalah pandangan peribadi semata-mata. Tambahan ramai pihak yang terkejut dengan semua itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kemungkinan kenyataan beliau adalah salah. bagaimana dengan pandangan hakim/peguam yang lain?

      Delete
  13. Kerajaan Negeri juga tidak begitu menyokong akan padangan tersebut. Kerajaan Negeri akan membincangkan perkara ini dan rasanya Tribunal akan dilaksanakan bagi menyiasat kes mengenai NCR di Sabah ini.

    ReplyDelete
  14. Roderic bukan orang tempatan Sabah.. mungkin beliau sendiri pun tidak tahu apa itu tanah NCR.. sedangkan mahkamah sebelum ini pernah memihak kepada penduduk kampung yang menuntut hak tanah NCR mereka..

    ReplyDelete
  15. saya cadangkan suapaya Roderic tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Sabah kerana dengan sengaja menafikan hak rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  16. Hak & milik penduduk seharus dipertahankan.

    ReplyDelete
  17. Look forward the Tribunal against NCR matter.

    ReplyDelete
  18. I think this problem will be solved sooner or later.

    ReplyDelete
  19. sebarang isu yang berlaku harus diselesaikan..harap hak dan kepentingan rakyat akan sentiasa dijaga.

    ReplyDelete
  20. Mungkin debat boleh dilakukan untuk menjawab pertikaian ini?

    ReplyDelete