Monday 27 February 2012

KERAJAAN BN DI SUKAU, KERAJAAN TERPAKAI?



TEMUBUAL....Abdul sedang ditemubual Sabahkini.Net mengenai masalah Kg Dumundung.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KAMPUNG Pulau Dumundung, Sukau, Kinabatangan sejauh 50 batu nautika dari Bandar Sandakan yang mempunyai penduduk seramai 150 orang, 80 daripadanya pemilih berdaftar terus terpinggir daripada arus perdana pembangunan pembangunan negara, setelah diabaikan Ahli Parlimen Kinabatangan.

Kampung tersebut yang diterokai sejak era 50-an lagi sudah melalui 4 kerajaan antaranya iaitu USNO, BERJAYA, PBS dan BN/UMNO; namun kampung ini tidak pernah berubah dalam apa juga pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan dari dulu dan kini.

Senario tersebut dapat dilihat melalui kerosakan jambatan kayu sepanjang 1,000 kaki, kerosakan Surau dan 40 buah rumah PPRT yang berpunca daripada kecuaian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar; yang dimaklumkan tidak lagi mempedulikan nasib mereka sejak sekian lama.

Manakala Ketua Kampung, KK Birai Sukang dan Pengerusi JKKK Maarof Surah yang dilantik oleh ADUN Sukau hanya tahu makan gaji buta dan langsung tidak mahu memperdulikan hal-hal kampung tersebut.

Penduduk akui betapa susahnya jika sesebuah kampung tidak mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK seperti yang terjadi di Kampung Dumundung kerana Ketua Kampung dan JKKK yang ada berkongsi dengan Kampung Sungai Madang.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ketua Cawangan UMNO Kampung Dumundung Kinabatangan, Abdul Amir Hamzah kepada Sabahkini.Net semasa berada di kampung tersebut, kelmarin.

Kata Abdul, Jambatan kayu sepanjang 1,000 kaki tersebut hanya sekali sahaja dibaik pulih iaitu pada tahun 2007; kini sudah terlalu usang dan bakal mengundang bahaya kepada pengguna setempat.

“Salah satu punca kenapa kampung kami terus disebabkan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang menjalankan urus tadbir tidak pernah mahu mempedulikan langsung masalah para penduduk kampung; walaupun telah diberi mandat untuk menjaga kebajikan dan kemajuan kampung, tetapi mereka telah mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan," kata Abdul lagi.

USANG....Abdul menunjukkan jambatan usang di Kg Dumundung yang berbahaya.

DAIF......Abdul menunjukkan gelagar Surau yang sudah reput dan menunggu rebah ke bumi.

Tegas Abdul, jika difikirkan sedalam-dalamnya, mereka tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada ADUN Sukau atau Ahli Parlimen Kinabatangan kerana mungkin mereka tidak tahu apa yang sudah berlaku di kampung tersebut.

“Pemaju Mukimnya tidak pernah melawat kampung kami, tetapi ADUN telah melantik dua orang sebagai agen mata dan telinga kerajaan iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK; tetapi mungkin mata mereka buta dan telinga mereka pekak," ujar Abdul.

Tegas Abdul, beliau benar-benar malu kerana sebagai Ketua Cawangan UMNO Kampung Dumundung yang telah diberikan kepercayaan seramai 150 orang dan 100 peratus pengundi Sukau dan Kinabatangan; tetapi tidak berupaya membantu membela nasib penduduk kampung ini tersebut.

“Adapun surau, hanya tunggu runtuh menyembah bumi. Kami juga tiada Klinik, tiada bekalan elektrik tiada, tiada paip air. Hanya ada jambatan uzur. Belum ada projek masuk ke kampung kami, hanya sekadar baik pulih sahaja,' kata Abdul lagi yang terkedu kerana ada penduduk menggelar kerajaan BN sebagai Kerajaan 'Terpakai' (Second Hand).

Abdul menekankan, mereka sudah puas mengadu masalah mereka tetapi tidak siapa yang ambil peduli, seperti permainan futsal sahaja layaknya; namun berharap agar Ketua Menteri Sabah melawat kampung mereka dalam masa terdekat.

17 comments:

  1. keadaan kampung tersebut amat daif, pembangunan harus dilakukan di kampung tersebut.

    ReplyDelete
  2. kenapa ketua cawangan umno itu tidak berjumpa terus dengan Bung??

    ReplyDelete
  3. Kerajaan tidak harus mengabaikan pembangunan perkampungan, keseimbangan harus dicapai.

    ReplyDelete
  4. Abdul menekankan, mereka sudah puas mengadu masalah mereka tetapi tidak siapa yang ambil peduli, seperti permainan futsal sahaja layaknya; namun berharap agar Ketua Menteri Sabah melawat kampung mereka dalam masa terdekat.

    Turun padang dan memahami keadaan rakyat. Aktiviti ini harus diamalkan selalu.

    ReplyDelete
  5. Segala komplan masalah harus diambil perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  6. Manakala Ketua Kampung, KK Birai Sukang dan Pengerusi JKKK Maarof Surah yang dilantik oleh ADUN Sukau hanya tahu makan gaji buta dan langsung tidak mahu memperdulikan hal-hal kampung tersebut.

    meraka yang gagal melaksanakan tugas harus dulucutkan pangkatnya. Mereka seharus dilantik untuk mewakili dan bersuara untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. Senario tersebut dapat dilihat melalui kerosakan jambatan kayu sepanjang 1,000 kaki, kerosakan Surau dan 40 buah rumah PPRT yang berpunca daripada kecuaian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar; yang dimaklumkan tidak lagi mempedulikan nasib mereka sejak sekian lama.

    Prompt and immediate attention needed to the matter. The WR should promptly go down and closed to the people to understand the real situation the people are facing.

    ReplyDelete
  8. Pemaju mukim perlulah turun padang dan melihat sendiri masalah penduduk dan menyuarakan perkara ini kepada ADUN atau ahli parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus diambil serius kalau mahu menolong rakyat. Mereka telah diamanahkan untuk membantu rakyat jadi harus la membantu.

      Delete
  9. Penduduk juga perlu memainkan peranan mereka untuk menyuarakan masalah yang mereka hadapi itu kepada pihak yang tertentu. Ini bagi memudahkan kita mendapat maklumat.

    ReplyDelete
  10. Jika dilihat sememangnya kampung tersebut dalam kekurangan perhatian oleh pihak tertentu. Semoga dengan adanya liputan dari Sabahkini akan membantu masalah kampung ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  11. Did the KK and JKKK carry out their duty diligently? Can't put all the blame on MP and ADUN.

    ReplyDelete
  12. kerajaan BN kalau prihatin berilah water pam karen. Buat mereka pam air dari perigi mereka ke rumah rumah usang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi keburukan BN akan terbongkar kalau sadde tak bantu kampung kami ini.....

      Delete